Furqon berjalan beriringan bersebelahan dengan Stella,dia dipanggil untuk berbincang mengenai melakukan serangan hendap pada organisasi digelas Medusa. Sebaik tiba di hadapan pintu bilik,pin kod ditekan dan pintu terbuka secara gelongsor ke kiri.Dia terkejut apabila melihat bapa saudaranya iaitu Hafizul ada di situ juga,Ikhwan pula hanya tersenyum sebaik menyedari kehadiran Furqon dan Stella. Meja panjang lebar dan beberapa wajah yang tidak dikenali berada di situ,duduk memandang ke arahnya.
"Jangan berdiri sahaja di situ Furqon come and have a sit..." King juga ada di situ memintanya duduk bersama.
Furqon tidak berkata apa-apa dan terus mengambil tempat duduk,beberapa orang tidak dikenalinya diperhatikan oleh Furqon satu persatu. Tetapi mereka tidak mengendahkannya dan sekadar mendiamkan diri.
"Baiklah semua....apa kata kita mulakan..." ujar King tersenyum.
"Seperti yang kita jangka,pengkhianat semua itu lebih licik dari kita jangka..." ujar seorang lelaki berusia 40an.
"Kita kena pastikan mereka tidak memulakan plan tersebut..." ujar seorang lagi lelaki bertopi dan berkaca mata.
"Benarkah satellite itu wujud,jangan-jangan cuma rancangan menakutkan kita sahaja..." Ujar lelaki berusia 40an itu tersengih.
"Malangnya ia memang wujud!" Mr.Ohsem masuk dengan tiba-tiba.
Semua yang berada di situ terkejut dengan kehadirannya,Furqon dan Stella berpandangan. Ikhwan dan Hafizul pula tersengih melihat kehadirannya,lelaki hidung besar itu dengan selamba ke arah pemain video. King hanya memerhatikan perbuatan Mr.Ohsem dengan tersengih,sebaik selesai dengan segera Mr.Ohsem mengaktifkan pemain video itu.
Satu imej kelihatan yang terapung di permukaan angkasa lepas,itu adalah sebuah satelit yang agak besar berbanding biasa. Semua tersentak dan memandang ke arah Mr.Ohsem dengan penuh tanda tanya.
"Jika kamu semua nak tahu,itulah satelit senjata nuklear..." Mr.Ohsem memberi penjelasan dan semua tercengang,tapi King,Hafizul dan Ikhwan sekadar tersenyum sahaja.
"Bagaimana kamu boleh dapat gambar itu?" Soal seorang lelaki yang dari tadi mendiamkan diri.
"Tuan Raikal...tuan Hazim dan juga tuan Bakhtiar..senjata ini diambil oleh pihak barat dan saya meminta keizinan dengan mereka...untuk gambar ini..." Mr.Ohsem berkata dengan nada selamba.
Mr.Ohsem memberi penjelasan jika ingin satelit dimusnahkan,perlu tumpaskan pihak organisasi bernama Medusa. Furqon dan Stella sekadar memasang telinga,Ikhwan dan Hafizul pula hanya menjadi penonton.
"Betul ke itu Ohsem? Lain benar personaliti dia?" Bisik Stella pada Furqon.
"I have no idea..." Furqon mencelah.
Mr.Ohsem memberi penjelasan dengan ringkas,namun amat difahami dan akhirnya cadangannya diterima. Mereka akan menjatuhkan markas diketuai Anderson,orang kanan Yami.
"Kita tak boleh redah macam tu je...kita perlukan seseorang yang berkebolehan menyelinap tanpa sedar..." King bersuara dan Mr.Ohsem mengangguk.
"Tapi bagaimana? Dengar kata tempat Anderson dikawal ketat..." Hazim memberi soalan.
"Sebab itu perlu menjadi halimunan..." Mr.Ohsem memberi cadangan gila dan Furqon menekup muka.
"Nonsense... I'm alert about technology this year,but we don't have that kind technology!" Raikal pula bersuara.
"Itu aku boleh uruskan..." Ikhwan berkata dengan selamba.
"Heh apa kau boleh buat budak?" Bakhtiar berkata sinis.
"Jaga cakap kau,aku lagi tua dari kau..." Ikhwan menjawab dengan nada dingin,Bakhtiar terkejut dengan renungan mata Ikhwan.
"Apa kau merepek ni?" Soal Hazim.
"Indeed Ikhwan ada teknologi itu..." King berkata dengan nada yakin.
"Lebih senang kata hanya aku sahaja teknologi itu..." Jelas Ikhwan lagi.
"Bagaimana kau nak lakukan?" Soal Raikal menjelingnya.
"Itu rahsia aku...consider its done..." Jawab Ikhwan selamba dan Hafizul sekadar menghela nafas pendek.
"Sekejap Wan...mana Alisa?" Soal Hafizul.
"Dia? Ada di luar,pusing sekitar syarikat...dengan Ayasha.." Jelas Ikhwan.
"Eh...Ayasha Qistina anak dato Zahir?" Soal Hafizul.
"Ya...buat masa ni,Alisa yang volunteer jaga Ayasha sekejap..." Jawab Ikhwan lagi.
"Hey bro...badan kau okay? Tak ada kesan sampingan?" Soal Hafizul berbisik.
"Yeah...kami okay,terima kasih pada arwah..." Ikhwan berkata dengan tersenyum.
"Cuma aku tak sangka kau hilang selama 30 tahun...muncul balik..muka masih muda lagi..." Hafizul berkata tersengih.
"Sebabkan formula manusia biologi yang sebati dengan aku dan Alisa...kami berhenti dari terus menjadi tua..." Ikhwan memberi penjelasan.
"Kadang teknologi dan sains memang menakutkan...." Jelas Hafizul dan Ikhwan hanya tersengih sahaja.
"Masa aku mula-mula masuk askar,kau baru lima tahun...sekarang dan 40 tahun....kuat lagi kau ya..." Ikhwan berkata lagi dan tersengih.
"That's true...aku tak sangka rakan abang aku masih hidup..." Hafizul berkata kemudian senyumannya hilang.
"Yeah....sebenarnya aku sempat jumpa Kazeem selepas bangun dari tidur yang lama...." Jelas Ikhwan.
"Jadi?" Hafizul meneka.
"Ya...dia minta aku tengokkan anak dia..." Ujar Ikhwan memandang Furqon yang fokus pada perbincangan.
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
ActionFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...