Stella masih memeluk Furqon selepas menamparnya,untuk menghentikan amukan Furqon dan itu berjaya. Dean sudah tidak mampu bergerak,manakala Furqon pula terdiam dan Stella menangis teresak-esak kerana dia tidak mahu Furqon terus mengamuk. Pelukannya begitu erat sekali dan Furqon hanya mendiamkan dirinya,Eyra pula berjalan melangkah ke arah Dean yang tidak bermaya itu. Khairil menyusul dari belakang,Zafril dan Hamzar hanya melihat mayat bergelimpangan selepas berlaku adegan berbalas tembakan itu.
"Teruk gak kau kena tibai...hmm.." ujar Eyra memerhatikan keadaan muka Dean yang penuh dengan kesan lebam.
"Kita tambah lagi nak?" Cadang Hamzar tersengih jahat,Dean menggelengkan kepalanya laju.
"Oi..kesian la sikit.." ujar Khairil.
"Nak kesian apa dah bunuh orang siap simen buat arca? Diorang lagi kejam..." bidas Eyra geram.
"Biar aku soal dia.." ujar Zafril menghampiri Dean.
"Sekarang apa kata kau beri information yang kami mahukan..tentang ibu bapa Furqon,motif korang nak libatkan syarikat lain yang pernah bekerjasama dengan Mentari Holding.." kata Zafril sambil duduk mencangkung dan merenung Dean.
"Dato' Haziq menyimpan data rahsia segala kegiatan sindiket-sindiket gelap dan membolehkan kami dihukum gantung..." ujar Dean nafasnya tergagap-gagap.
"Teruskan..." ujar Zafril.
"Ada maklumat mengatakan data itu ada pada anak perempuannya...Stella Qisrina.." sambungnya lagi dan Eyra menoleh ke arah Stella yang memeluk Furqon itu.
"Jadi sebab itu kau letupkan syarikat yang ada bekerjasama dengan Mentari Holding?" Soal Zafril lagi dan Hamzar memerhatikan dari belakang.
"Ya..." ujar Dean lemah.
"Siapa lagi selain kau bersubahat..dalam hal kemalangan yang dirancang ni?" Suara Furqon kedengaran dan Dean tersentak.
"Furqon.." Stella mendongak melihat Furqon,kemudian pelukan Stella dilepaskan dengan lembut.
"Furqon.." Eyra memberi laluan pada Furqon,untuk menghampiri Dean yang tidak mampu bergerak itu.
"Will you tell me now?" Soal Furqon merenungnya.
"Se...selain aku ada lagi empat orang yang bertanggungjawab dalam rancangan pembunuhan ibu bapa kau.." Dean mula ketakutan dan memberi penerangan.
"Siapa empat orang ni?" Soal Furqon lagi.
"Mereka sukar dilihat pada khalayak ramai...dan segala apa yang mereka lakukan sukar untuk dibongkarkan.." rambut Dean direntap kasar dengan tiba-tiba.
"Aku tanya nama mereka..bukan profile penuh diorang...faham?" Furqon memberi amaran dan Dean mengangguk lemah.
"Mula dari Anderson,Remy,Darren dan Yami..." ujar Dean lagi.
"Yami? Some kind Japanese?" Mr.Ohsem menyampuk dari belakang,Furqon hanya menjelingnya sahaja.
"A...aku tak pasti..Anderson dan Remy adalah sayap dia...Yami ni nama gelaran dia...dan juga Darren dia agak misteri.." ujar Dean.
"Misteri? Apa maksud kau?" Soal Zafril yang berada bersebelahan Furqon.
"Data mengenai dia semua tiada..hanya nama sahaja.." kata Dean lagi.
"Macam kau juga..." ujar Zafril apabila Furqon menoleh ke arahnya.
"Kenapa korang bunuh ibu bapa aku? Apa salah diorang pada kamu?" Furqon mencekak kolar Dean,dan merenung umpama singa kelaparan.
"Dia..."
BAM!
Belum sempat Dean menjawab soalan Furqon,seseorang telah menembaknya dan mereka menoleh ke satu arah. Seorang pemuda berpakaian kot serba hitam,mengacu pistolnya yang masih berasap. Furqon dan pemuda itu berbalas renungan,kemudian pemuda itu mengeluarkan sesuatu.

YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
ActionFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...