Pagi yang indah ketika itu dengan kicauan burung yang keluar mencari makan,Furqon hanya menghela nafas rendah. Dia sedang menunggu makanan yang dipesan,Stella pula sedang menunggu di dalam kereta.
Tidak lama Stella keluar dari kenderaan dan ingin menghampiri Furqon,kebosanan menunggu seorang diri dalam kereta. Furqon sekadar tersenyum sahaja. Namun muncul kenderaan pacuan empat roda di hadapan Stella dengan tiba-tiba.
"Huh?..." Furqon tersentak dan segera berlari ke arah di mana Stella berada.
Tiga orang lelaki berpakaian serba hitam dan menangkap Stella,kemudian seorang lagi menekup mulut Stella dengan kain yang diletak cecair klorofom. Stella hilang kesedaran dan rebah,dengan pantas mereka membawa Stella pergi.
Furqon segera menuju ke arah kenderaan miliknya,panggilan daripada ketua kedai makan mengenai makanan yang dipesan tidak diendahkan.
"TAK GUNA!!..." Jerit Furqon segera menekan pendikit minyak,kereta Nissan skyline GTR35 meluncur laju mengejar musuh.
Furqon memandu dengan kelajuan yang tinggi dan memintas setiap kenderaan yang ada di jalan raya,matanya fokus mengejar kenderaan pacuan empat roda di hadapannya.
Stella diculik dengan mengejut ketika Furqon membeli makanan untuk tengahari,semua berlaku dengan sekelip mata tanpa sempat Furqon berbuat apa-apa.
"Sial tul balik dari Jepun dah macam-macam hal..." rungut Furqon apabila menyedari kenderaannya terkena tembakan beberapa das.
Dua buah kenderaan jenis honda civic lama,berwarna hitam gelap dan melepaskan tembakan ke arahnya. Stella yang tidak sedarkan diri akibat terkena ubat klorofom,Furqon diasak oleh dua kenderaan yang menghalang.
"Shit...Stella!..." Furqon cuba mengejar namun gagal.
Saat pemandu kenderaan pacuan roda yang sedang fokus ke arah jalan raya,terkejut dengan kehadiran seseorang berdiri di tengah-tengah jalan raya. Mengenakan jaket berhud dan berdiri tenang,anak matanya yang tajam dapat dilihat.
"Boss ada orang di tengah jalan!.." ujar pemandu risau.
"Langgar je la! Itu pun nak aku cakap ke?" kata lelaki dipanggil boss itu.
Pemuda berhud itu hanya membetulkan sarung tangannya,kemudian dia membuka langkah dan terus berlari dengan laju. Tangannya bersinar dan terus menahan bonet hadapan kenderaan pacuan empat roda itu.
KRASSSHHH!!
"APA?!..." Boss penculik itu terkejut apabila kenderaan besar ditahan dengan sebelah tangan.
Pada masa yang sama juga seorang gadis memegang pistol,sambil matanya memerhatikan kenderaan Furqon diasak oleh dua kenderaan penjahat. Pistol dipusingkan beberapa kali kemudian terus menembak,tepat mengenai salah satu pemandu kenderaan hitam itu.
KROONNG!!
Kenderaan itu bergolek sebaik ia hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan,gadis itu tidak mahu membuang masa dan mengacukan ke arah seorang lagi pemandu tersebut.
"Die..." kata gadis itu dan..
BLAM!!
"Argh!!..." Tepat tembakannya mengenai pada bahu kanannya.
BRAAMMM!!
KROONGG!!
Sebaik pemandunya ditumpaskan kenderaan hitam itu bergolek beberapa kali,sehingga tergolek dan meletup sebaik melanggar pembahagi jalan. Furqon tidak faham dengan apa yang berlaku,kemudian dengan segera menekan brek dengan mengejut.
Furqon membuka pintu kereta dan keluar serta tergamam,melihat seorang pemuda berhud mencekak leher boss penculik itu hanya dengan sebelah tangan kiri. Furqon segera menarik senjata apinya dan terus menembak ke arah pemuda berhud,pemuda itu sekadar menghela nafas dan terus menangkap peluru tersebut.
"APA?.." Furqon tersentak apabila pemuda berhud itu menjatuhkan butir peluru ke jalan.
"Furqon Kazeem..." ujar pemuda itu menjatuhkan boss penculik.
"Macam mana kau tahu nama aku?.." soal Furqon.
"Itu tak penting..apa kata kau bawa girlfriend pergi dari sini?" kata pemuda itu selamba menuding ke arah Stella yang tidak sedarkan diri.
Furqon segera mendapatkan Stella dan terus dibawa ke arah kenderaannya,Furqon tertanya-tanya benarkah orang di hadapannya adalah manusia?
"Jangan risau hal aku..kau bawa cik muda ke tempat selamat sudah..." ujar pemuda itu kemudian hilang daripada pandangan mata kasar.
Furqon sekali lagi terkejut kerana pemuda berhud hilang begitu sahaja,dia memandang sekitar kawasan mencari-cari jika pemuda itu bermain muslihat. Namun hampa kerana kelibat pemuda berhud itu tidak lagi kelihatan,gadis yang memerhatikan dari bumbung pencakar langit sekadar menoleh ke belakang.
"Bukan ke kita dah janji jangan menonjol sangat..." kata gadis itu atau lebih dikenali sebagai Alisa.
"Relax...dia tak akan tahu identiti kita.." jelas pemuda berhud itu lalu menurunkan hudnya,wajah Ikhwan yang tersengih kelihatan.
"Hmm...fine whatever..." ujar Alisa malas nak bertikam lidah.
"Kita tak boleh bagi mereka cuba culik Stella lagi..." kata Ikhwan menyilangkan tubuhnya.
"Jadi pandangan awak mr.obvious?" soal Alisa memerli.
"Observe and protect..."
"Dah agak itu jawapan awak.."
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AkcjaFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...