Chapter 60 : Daily Conversation

1.9K 175 3
                                    


FURQON P.O.V

Sudah empat bulan berlalu dan berita mengenai Medusa?

Zero...

Tak ada langsung dan Ikhwan pun sama,mereka masih mengesan di mana organisasi itu bersembunyi.

Sekarang ini kehidupan aku seperti biasa,mencari sasaran yang ditetapkan untuk memberi hukuman.

Medusa...

Hydra...

Satu persatu masalah datang,tak boleh ke dunia ni aman tanpa ada masalah. Negara nampak je aman,tapi korupsi di dalam kerajaan siapa tahu?

Ha..

Siapalah aku nak menghukum kerajaan,tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan peluru.

Tapi...

Apa yang aku perlu lakukan adalah untuk melindungi,Stella sedang berbual dengan gadis penjual bunga sambil memegang bunga yang sudah dibungkus kemas.

Pada siapa dia nak tu?

Bestfriend?

Boyfriend?

Kenapa aku nak risau?

Tugasan aku sebagai melindungi dia,bukan bercinta dengan dia.

"Furqon?" Lamunan aku terhenti apabila ditegur oleh Stella.

"Ah.. Stella.. Dah siap ke?" Soal aku membuka pintu kereta.

"Yeah..thanks sebab temankan.." Stella membalas dan masuk ke dalam kereta.

Nissan Skyline Gtr35 meluncur jalan raya,memintas setiap kenderaan dan aku serta Stella senyap dalam kereta. Seperti tidak kenal dan entah kenapa sejak bapa dia berjaya diselamatkan,aku merasakan Stella akan hilang dari pandangan.

Tapi kenapa aku nak risau pula?

Bukankah lebih baik dari bersama pembunuh seperti aku?

"Furqon kenapa awak diam je?" Soalan Stella mengejutkan aku.

"Huh apa?" Soal aku.

"Saya tanya kenapa awak diam je...biasa bukan awak selalu berbual..." Ujar Stella.

"Ouh... Saya tak ada mood sebenarnya,jangan risau la...cuma tak nak banyak bercakap je..." Apa yang aku cakap ni celaka?!

Stella mengangguk lemah dan menyandar pada kerusi,dia menoleh ke luar tingkap kenderaan. Sepanjang perjalanan kami tidak berbual,mungkin lebih baik macam tu rasanya.

"BODOH!" Ujar Eyra mengetuk kepala aku.

"Adoi! Apa masalah kau!?" Soal aku geram,suka-suka je minah ni ketuk kepala aku.

"Kau la ngek,kalau suka tu luah je la..bukan kau tak ada duit..." Eyra berkata selamba.

"Duit hasil bunuh orang? Kau gila ke? Aku nak duit hasil yang sah dan halal!" Balas aku geram.

"Orang macam kau tahu halal haram ke?" Soal Zafril

Aku menjongketkan muka dan soalan Zafril ni buatkan dia nak tidur ICU,soalan cari nahas namanya. Sebenarnya aku sekarang baru lepas makan tengahari,Eyra pelawa aku join sama jadi tak salah nak berehat sebentar bukan?

"Wowowoo... Furqon,simpan pistol kau...Zafril mulut kau tu boleh cover tak?" Eyra menahan tangan aku dari keluarkan pistol.

Zafril hanya mengangkat tangan sahaja,tanda faham dengan kata-kata Eyra. Khairil yang turut berada di situ,sekadar ketawa kecil sahaja. Aku pula sekadar merengus kasar,dan menyimpan semula pistol ke dalam sut.

"Kau ni ke mana-mana memang bawa pistol ke?" Soal Eyra.

"Yeah..." Jawab aku pendek.

"Kalau kantoi dengan polis macam mana?" Soal Eyra lagi.

"Lari.." Jawab aku selamba.

"Serius?" Eyra mengangkat kening.

"Ala korang pun sama bawa pistol..." Bidas aku.

"Ya.. Tapi tak ada la 24 jam bersama kami,letak kat dalam kenderaan sudah la.." Eyra memberi jawapan.

"Dalam masa 24 jam itu,aku tak yakin diri aku akan selamat.." Aku membidas dan Eyra terdiam.

"Organisasi bernama Medusa tu masih belum ada berita lagi?" Soal Eyra menoleh ke arah Zafril.

"Nah...aku dah siasat dan membuat undercover.. Nothing can be help..." Zafril menggelengkan kepala.

"Tapi aku yakin mereka akan muncul semula..." Aku memberi jawapan ringkas.

"Stella ayah dia dah selamat,bukankah itu tanda tugasan kau sudah selesai...?" Soal Eyra lagi.

"Yalah.. Kenapa masih nak memburu mereka?" Khairil mencelah.

"Mereka hutang nyawa dengan aku...selagi ini tidak selesai..selagi itu aku akan buru mereka..." Jelas aku lagi.

Mereka bertiga terdiam mendengar penjelasan aku,Khairil sekadar menghela nafas pendek.

"Furqon..." Ujar Eyra.

Telefon pintar aku berdering dengan tiba-tiba,siapa pula yang hantar mesej pada aku waktu sekarang ni?

"Ah... Ada tugasan..." Ujar aku membaca pesanan ringkas dari King.

"Tugasan?" Soal Eyra.

"Jangan-jangan..." Zafril meneka.

"Yeah...aku nak 'sembelih' orang jap lagi..." Jawab aku selamba dan bangun dari tempat duduk.

"EH?!!" Eyra dan Khairil terkejut manakala Zafril tersengih.

"Aku gerak dulu,thanks sebab belanja aku makan..." Ujar aku lagi sambil menuju ke arah kereta.

Aku masuk ke dalam perut kereta,sebaik enjin dihidupkan aku memandang ke arah mereka. Eyra dan Khairil serta Zafril mengangkat tangan,aku membalas dan terus beredar. Nissan Skyline gtr35 meluncur laju,menuju ke destinasi yang ditetapkan.

Pada masa yang sama Medusa sudah mulakan gerakan mereka...









DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now