Chapter 7 : Stella Qisrina

4K 285 5
                                    

Aku membuka mata perlahan-lahan,jam loceng berbunyi agak sebelum aku matikan suisnya. Berat betul rasanya badan aku ni,lantas aku bangkit dan turun dari katil. Hari sudah siang ke? Nasib sempat solat subuh tadi,kemudian aku tidur balik patut la ke laut..

Sedang aku mengelamun kedengaran bunyi nada dering untuk mesej masuk,lantas iPhone 6 aku ambil dan periksa pada peti masuk. Ia daripada King dan apa yang dia mahukan kali ini,lalu aku tekan mesej tersebut dan kali ini dia suruh aku berjumpa dengannya. Alamat yang diberikan aku kenal,malah ia sebelah tempat kerja lama aku.

"Woops! Allahuakbar...!" Hampir gugur jantung aku apabila telefon pintar aku berdering semasa aku sedang berfikir sesuatu.

"Ehem...hello?" Aku berdehem sebelum mengangkat panggilan tersebut.

"Ingat tidur lagi...." suara King kedengaran dan aku hanya menghela nafas pendek.

"Ada apa kau call ni? Tahu la aku dah baca mesej tu...nanti kejap lagi aku sampai...." balas aku merengus.

"Haha...jangan marah tak elok cepat tua..." ujar King dan aku sekadar menghela nafas pendek.

"Yelah...dah aku nak siap-siap ni...jumpa sana..." ujar aku sambil mematikan talian.

Sebaik aku matikan talian,telefon pintar aku campak ke atas tilam. Tuala aku capai dan menuju ke bilik mandi,sejuk betul air paip hari ni dan tadi hujan lebat ke apa? Selesai mandi aku mengeringkan tubuh,kemudian mengenakan kot satu sut sekali dengan seluar. Aku berjalan ke arah cermin sambil membetulkan tali leher berwarna biru gelap,kemudian aku tersenyum sendirian ke arah cermin melihat bayang sendiri.

"Hello kau sungguh kacak hari ni.." kata aku bangga sebab aku kacak hehehe...

Aku turun melalui tangga dan keadaan tangga yang berpusing itu memang memeningkan kepala,kemudian kelihatan Steve sedang duduk membaca surat khabar. Dia terkejut apabila melihat aku sedang berkejar keluar,lantas aku terdengar suaranya menegur.

"Furqon? Nak pergi mana?" Soal Steve dan aku menoleh ke arahnya.

"King panggil suruh jumpa dia..."

"Ouh baiklah...sampai salam aku pada dia..."

Sekadar mengangguk dan aku segera menuju ke garaj,pintu garaj dinaikkan perlahan-lahan dan Nissan Skyline Gtr35 serta Ducati Panigale yang dikirim dari England diparkir kemas. Sudah setahun juga ya selepas aku tolong Zafril dengan keluarga dia,agak-agak apa khabar dua orang couple tu? Sudah kahwin ke belum? Sudah agaknya. Baiklah nak guna mana satu ya? Aku ikut gerak hati kata mengatakan patut bawa kereta,jadi mengambil kunci kereta yang tersangkut kemas pada dinding. Enjin kereta berderam lembut sebaik dihidupkan,nasib baik la aku tahu serba sedikit pasal kereta macam ni kalau tak memang susah kalau mati ditengah jalan. Pintu pagar rumah terbuka kemas,dan kluc aku lepaskan perlahan-lahan serta pendikit minyak aku tekan lalu kereta bergerak keluar dari perkarangan rumah mewah tersebut.

Aku pandu menyusuri jalanraya dan ketika itu perasan ada sebuah kereta Audi RS7,kami berdua berselisih dan aku merasakan pemandunya seperti memerhatikan aku. Namun aku hanya biarkan sahaja,pendikit minyak aku tekan kuat lalu kereta meluncur laju menuju ke destinasi yang ditetapkan. Tidak sampai satu jam aku tiba di bangunan dimaksudkan oleh King,boleh tahan besar juga syarikat ni betul ke sini? Aku parkir berdekatan dengan kawasan pintu masuk,kemudian keluar dari kereta dan menuju ke pintu masuk namun ada seseorang mendekati aku.

"Boleh saya bantu?" Soal lelaki itu berpakaian segak dengan kot lengkap tali leher.

"Err...saya datang sebab disuruh...." ujar aku dan takkan la nak sebut nama King? Buat malu je kalau dia tak kenal.

"Ouh...jadi encik ni mesti encik Furqon bukan....? "soal lelaki itu dan aku mengangguk kemudian lelaki itu tersenyum.

"Kenalkan saya Riduan,saya yakin encik Furqon masih ingat tahun lepas masa encik mula-mula diserap masuk oleh King?"

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now