Chapter 36 : Furqon's Resolve

2.5K 188 0
                                    


"Tolong jangan bunuh aku... Tolong!.." Seorang lelaki botak dan berjanggut,mengesot ke belakang kerana kakinya sudah berlubang kerana tembakan peluru aku.

Sedang dia merayu aku memeriksa maklumat pada telefon pintar,kesalahan dia memang teruk dan kejam. Nama dia Shah dan terlibat dengan jual beli dadah,aku menghela nafas pendek.

"Shah bin Abu,pendek nama.. Terlibat jual beli dadah,pernah kena tangkap tapi terlepas dari hukuman mati...hmm...not I care about that..but sorry job is job..." Ujar aku dengan muka dingin,lalu mengacukan senjata warna emas ke arah kepalanya.

"Tolong! Tolong! Jangan bunuh aku,apa sahaja tapi jangan ambil nyawa aku!" Shah merayu dan aku perasan tatu di lengannya.

Medusa...

"Apa yang boleh kau lakukan membuatkan aku tidak membunuh kau? Aku tidak berminat dengan duit,aku sudah ada banyak..." Ujar aku merenungnya,Stella pula yang berada di belakang aku sekadar mendiamkan diri.

"Aku tahu mengenai ayah gadis belakang tuan,saya sumpah! Saya boleh bagi maklumat asalkan tidak mengambil nyawa saya..." Shah merayu dan aku menoleh ke arah Stella.

Stella mengangguk setuju dan aku menurunkan senjata aku,keadaan Shah tidak mampu bergerak kerana lengan dan peha aku sudah tanam peluru. Stella menghampiri Shah yang menahan kesakitan,aku pula kekal memegang pistol untuk berjaga-jaga.

"Please tell me..." Stella merayu.

"Sebenarnya tuan Haziq tidak terlibat dalam dadah atau jual beli organ...dia cuma pembekal duit pada organisasi dipanggil Medusa ini..." Jelas Shah dengan nada lemah.

"Tapi kenapa dia diburu pihak Medusa ni?" Soal aku.

"Ini sebab tuan Haziq tidak mahu terlibat dengan kegiatan Medusa...dia tidak mahu sumber dia dijadikan modal untuk pasaran gelap...aku juga difitnah,aku langsung tidak terlibat dalam jual beli dadah..." Jelas Shah.

"Jadi kenapa kau lari?" Soal aku lagi.

"Saya ingat tuan dari pihak Medusa...." Jelas Shah.

Stella mengembungkan pipinya merenungnya,aku menelan air liur melihat riak mukanya. Agak comel juga dia buat reaksi muka seperti itu.

"Err... Don't blame me...dia larikan diri..sorry bro..." Aku berkata sambil menggaru pipi.

"Jadi apa yang tuan akan buat?" Soal Shah dan aku menarik keluar telefon pintar.

"Bawa dia balik ke syarikat,sini ada tempat rawatan yang sempurna...maaf berikan kau maklumat yang salah...."

Aku mendesah mendengar penjelasan daripada King,sengal betul orang tua ni lah. Menyusahkan aku betul,tak pasal-pasal aku tembak salah orang.

Apa yang mampu kami lakukan,hantar Shah ni ke syarikat untuk berikan rawatan.

S&K CORPORATION

"Aku harap kau tak menipu..." Ujar aku sebaik sahaja tiba di syarikat.

"Saya sanggup bersumpah...." Jawab Shah.

"Bagaimana tatu tu?" Soal aku.

"Ini... Cuma tanda sahaja...dosa saya yang lepas..." Jawab Shah.

"Good apa kata kerja dengan aku,sini ada hostel...kau tak perlu risau dengan keselamatan...kau..." King mencelah.

"Betul ke tuan?" Soal Shah.

"Dengan syarat kau mesti berikan maklumat tentang Medusa,kesemuanya jangan satu pun tertinggal..." King memberi peringatan.

"Saya akan berikan yang terbaik tuan!" Shah mengangguk.

"Kalau kau tak bagi salah maklumat,benda macam ni tidak akan jadi dan aku tak payah serang orang yang salah!" Aku menjerit ke arah King.

"Oi... Kau nak orang tua ni sakit jantung ke?" Soal Mr.Ohsem yang muncul dari mana.

"Biar dia mati! Eh,bila masa kau muncul?" Soal aku terkejut dengan kehadiran Mr.Ohsem.

"Saya layak dengan apa yang tuan lakukan..." Shah mencelah dan kami bertiga menoleh ke arahnya serentak.

"Shah...apa maksud kau?" Soal aku.

"Saya dulu masa mula-mula sertai Medusa,saya banyak buat dosa.. Saya tengok mereka bunuh orang,tapi saya hanya diamkan diri sahaja...sehinggalah saya dikhianat..." Shah mengepalkan penumbuknya sekuat hati.

Aku hanya mendiamkan diri dan mengingati apa yang dikatakan Dean,ayah dan ibu aku mati disengajakan. Seseorang merancang kemalangan mereka,kenapa mereka sanggup bertindak lebih teruk dari binatang?

"Sedangkan harimau tidak serang kaum mereka...tapi manusia..." Aku mengomel sendirian.

"Furqon?" King menoleh ke arah aku.

"Aku nak organisasi Medusa runtuh!" Ujar aku.











DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now