Sebuah jeti lama di mana seseorang berdiri menunggu temannya,King berdiri megah melihat ke arah laut. Dia menoleh ke satu arah,sebaik mendengar deruman enjin motorsikal kuasa tinggi. Penunggang itu berhenti di sebelah King,topi keledar hitam dibiarkan pada kepalanya dan menoleh ke arah lelaki berusia 40an.
"Maaf ganggu kau bertugas..." ujar King dan penunggang itu menaikkan visor helmet,dan kelihatan dua anak mata berwarna biru jernih.
"Its okay..apa yang tuan mahukan kali ini?" Soal penunggang itu.
"Aku tak minta apa-apa...cuma bagaimana budak baru aku?" Soal King lagi dan penunggang itu sekadar ketawa kecil.
"Mereka berbakat...lebih-lebih lagi anak 'dia'..." ujar penunggang menoleh ke arah King.
"Budak..tu,Furqon...dia.." King tidak mampu meneruskan kata-katanya.
"Dia tahu perkara sebenar?" Soal penunggang itu terkejut,King sekadar mengangguk perlahan.
"Jadi apa tindakan kau King?" Soal penunggang itu lagi.
"Aku baru berikan dia tugasan baru.." jawab King.
"Jadi siapa target dia seterusnya?"
"Remy Hamilton..."
"Orang kanan ketua Medusa,kau sure dia boleh handle Remy?"
"Aku tak boleh nak agak,sebab Furqon penuh dengan kejutan.."
Penunggang itu sekadar mengangguk sahaja,dia tidak sedikit pun gusar keputusan daripada King. Seolah-olah dia sudah lama mengenali King.
"Jadi apa tindakan kau? Silent Dragon?" Soal King tersengih menoleh ke arah penunggang itu.
"Gelaran tu dah basi la..tak payah la panggil.." ujar penunggang itu.
"Basi huh? Tapi pihak mafia tetap buru kau.." bidas King.
"Jika mereka tahu siapa aku.." kata penunggang itu sambil menghidupkan enjin motorsikalnya.
"Heh..masih berbisa huh? Jadi aku tanya sekali lagi,apa tindakan kau selepas ini?"
"Aku nak perhatikan budak-budak tu je..." kata penunggang dan menekan gear serta berlalu pergi meninggalkan King sendirian.
King hanya tersenyum pahit melihat penunggang itu pergi,apa hubungan King dan penunggang tersebut? King tidak tahu apakah rancangan dia,cuma berharap tidak terjadi di luar batasannya. Kemudian telefon pintar miliknya berbunyi,dia mengeluarkan dari poket seluarnya.
Nombor private...
"Hello?" King menjawab panggilan tersebut.
"Hello Bakar...its been a while.." satu suara yang agak garau menyapa.
"Hafizul?"
Furqon membuka beg bimbit yang agak panjang serta besar,sambil diperhatikan oleh Stella dan Ayasha. Darweez dan Zafril hanya mendiamkan diri,kemudian Furqon mengangkat keluar sepucuk senapang penembak hendap. Furqon memeriksa keadaan dalam peluru,puas hati dengan apa yang diperolehi Furqon mengangguk sendirian.
"Kau nak tembak senyap-senyap ke? Ingat senang ke?" Soal Darweez dan Zafril sekadar menjadi pendengar ketika itu.
"Aku tak cakap kan nak tembak guna ni kan..." jawab Furqon selamba kemudian menyimpan semula senapang tersebut.
"Yang kau order ni buat apa?" Soal Darweez tidak puas hati dengan jawapan Furqon.
"Adakala kita tak perlu bazir tenaga,untuk membunuh penjenayah yang professional..senapang ni aku perlukan.." jawab Furqon sambil menutup beg bimbitnya yang besar itu.

YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AcciónFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...