Chapter 25 : Another Hitman?

3K 217 10
                                    

Sunyi~~~~

Ya itulah keadaan tempat persembunyian sasaran mereka,Karim Dawal yang mengedar dan menjual dadah. Apa sahaja jenis dadah Karim boleh mendapatkannya,asalkan bayaran setimpal dengan risiko yang dihadapinya. Gudang lama yang usang dan juga kawasan terbiar,Darweez memerhatikan keadaan sekitar dari binokular yang dipegang olehnya. Dia menurunkan binokular,kini dia berada di atas bangunan terbiar yang berhampiran dengan gudang tersebut.

"Bagaimana?" Soal Mr.Ohsem yang sedang baring santai di sebelahnya.

"Ada lapan orang yang sedang berkawal,lima daripadanya gunakan AK-47. Seorang gunakan Remington Pump Gun,dua lagi Mp-Navy Five..." jelas Darweez.

"Woo...sorang je guna Pump Gun? Menarik tu menarik..." ujar Mr.Ohsem selamba.

"Kau boleh buat ke?" Soal Darweez.

"Ini Mr.Ohsem la..jangan pandang aku sebelah mata okay..." kata Mr.Ohsem lalu bangun dan beredar,Darweez tiada idea apa yang bakal dilakukan olehnya.

Darweez kembali memerhatikan keadaan,dia harus memastikan situasi untuk menyelinap masuk. Namun sesuatu menarik perhatiannya kerana Mr.Ohsem sudah berada di kawasan berdekatan,bersiap sedia menyelinap masuk. Sebelum itu Mr.Ohsem memandang ke arahnya,lalu mengenyitkan mata dan memakai cermin mata hitam.

"Huh? Biar betul mamat tu?" Darweez menurunkan binokular dan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Darweez sekali memerhatikan dan Mr.Ohsem sudah menyelinap masuk ke dalam,lantas Darweez segera bergerak meninggalkan lokasinya.

Ini kerja gila!

TAP!

Mr.Ohsem sudah menyusup masuk melalui tingkap tidak berkaca,kemudian bergerak dengan melangkah perlahan-lahan. Suasana dalam bangunan itu agak sunyi,itu sudah pelik baginya namun dia tetap melangkah ke hadapan.

Darweez pula segera bergerak pantas menuruni anak tangga,Sig Sauer P226 dipasang penyenyap dengan pantas. Dia segera membrek sebelum tiba di pintu keluar bangunan berhadapan bangunan sasaran.

"Menyusahkan betul..." kata Darweez sendirian.

Mr.Ohsem pula memerhatikan keadaan bahagian dalam bangunan,seorang pengikut Karim Dawal dalam penglihatannya. Matanya bersinar dan tersengih licik,kemudian terus beredar dan dalam kepalanya ligat memikirkan sesuatu yang havoc semestinya.

Pengikut Karim Dawal yang sedang asyik merokok itu,Mr.Ohsem menghampiri dari belakang dengan senyap. Darweez pula bergerak secara senyap-senyap,menghampiri salah seorang pengawal yang berkawal jauh sedikit dari rakannya yang lain.

"Hmph!!" Darweez merangkul kasar leher si pengawal.

"Hiak!" Mr.Ohsem pula menarik tali pinggang pengikut Karim Dawal.

"Oi kau!" Pengikut itu cuba menarik pistol,namun seluarnya melurut turun sehingga nampak seluar dalam.

"Woo...gambar beruang...hmm.." ujar Mr.Ohsem selamba.

Darweez menghentak leher pengawal itu dengan belakang pistol,sehingga jatuh pengsan dan Mr.Ohsem pula terus menyepak tengah kelengkang pengikut itu.
"ARGHH!!!" Jeritan yang amat kuat menarik perhatian rakannya yang lain,malah Darweez turut sama terkejut

"Oi..Ohsem...apa kau buat..." kata Darweez mengerutkan dahinya.

"Uuu....that must be hurt.." kata Mr.Ohsem apabila pengikut itu terus jatuh pengsan akibat sepakan yang kuat pada 'telur' semulajadinya.

"Ha! Itu dia...!!" Jerit rakan pengikut yang pengsan dengan mulut berbuih.

"Ops! Adieu..!!" Kata Mr.Ohsem terus berlari apabila dikejar dalam 10 orang pengikut yang lain.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now