Chapter 41 : No Flirting Please?

2.4K 189 2
                                    


Furqon berlari masuk ke dalam hospital sebaik parkir kenderaannya,Stella menyusul dari belakang. Ayasha dan Mr.Ohsem berada di hadapan wad pembedahan,King pula berbual dengan Ikhwan dan Alisa. Air muka mereka begitu serius,mungkin mengenai apa yang berlaku dengan Darweez.

"Hey guys..." Furqon menyapa Mr.Ohsem.

"Hey..." Mr.Ohsem menjawab sambil tersenyum kelat.

Stella menghampiri Ayasha yang sedang kerisauan,sebaik menyedari Stella tiba dengan cepat Ayasha memeluknya. Menangis semahu-mahunya,Furqon dan Mr.Ohsem berpandangan.

"Aku memang terhutang nyawa dengan kau Ikhwan,kalau kau tak ada...Darweez.." Steve turut ada.

"Its okay...aku juga tidak sedap hati masa tu Steve..." Jawab Ikhwan tersenyum kelat.

"Harap Darweez selamat..." King menghela nafas pendek.

Alisa tidak berkata apa-apa dan sekadar mendiamkan diri,tidak masuk campur perbualan mereka. Lampu tanda pembedahan sedang dijalankan,sudah dipadamkan kemudian seorang doktor keluar dengan menghela nafas lega.

"Doktor Rayyan...bagaimana keadaan anak saya?" Soal Steve mendapatkan doktor bernama Rayyan itu.

"Keadaannya agak kritikal,kakinya patah dan tulang abdomennya hampir hancur. Mujurlah kamu sempat hantar ke sini,jika dia selamat malam ini insha Allah dia akan selamat...." Jelas Rayyan dengan serius.

Furqon kenal lelaki bergelar doktor itu,tapi dia hanya memerhatikan dari tempat dia berdiri. Ikhwan berjalan menghampiri Furqon,Mr.Ohsem hanya duduk di kerusi panjang dan menghela nafas lega.

"Nampaknya pihak organisasi Medusa sudah jalankan tindakan mereka..." Ikhwan berkata sambil memandang Furqon.

"Kenapa kau cakap dengan aku?" Soal Furqon.

"Aku cakap dengan kau sebab nak tahu apa tindakan kau lepas ni...." Ikhwan berkata lagi sambil tersenyum.

"Aku nak hancurkan organisasi itu sekarang juga...." Furqon menjawab.

"You have some guts,but that's not enough..." Ikhwan menghela nafas pendek dan mengorak langkah.

Furqon mengekorinya dan Ikhwan berhenti melangkah,lalu dia duduk di kerusi panjang yang dikhaskan untuk pelawat hospital. Furqon turut duduk di sebelahnya,memandang Ikhwan dengan penuh seribu satu soalan.

"Aku pernah sebut bukan mengenai ada orang yang sama seperti aku?" Soal Ikhwan dan Furqon mengangguk.

"Orang paling atas Medusa,juga ada mempunyai kebolehan sama seperti aku..." Ikhwan menyambung lagi.

"Jadi apa yang kau nak katakan..." Furqon menduga dan Ikhwan tersenyum.
"Nak serang organisasi yang besar,kita kena ada rancangan...sebabkan Darweez tidak mampu bergerak..kita kena perlukan manpower..." Jelas Ikhwan lagi.

Furqon terdiam dan setuju dengan kata-kata Ikhwan,dengan keadaan Darweez yang sekarang ini mustahil untuk bertindak. Furqon menekup muka dan kesal kerana dia tidak mampu melindungi rakannya.

"Jadi apa yang patut kita lakukan?" Soal Furqon.

"Kau kena fikir sendiri,tugas aku cuma lindungi kau...." Ikhwan menjawab selamba dan Furqon mencebik.

Namun apa yang dikatakan oleh Ikhwan ada benarnya,dia harus fikirkan plan untuk menjatuhkan organisasi seperti Medusa dengan teliti.

Tetapi...

Persoalan utama dia...

Siapakah orang yang mampu membantunya untuk jayakan misi ini.

"Furqon?" Satu suara menegur dan Furqon menoleh lalu terkejut.

"Zafril?....." Furqon terkejut dengan kehadiran orang yang amat dia kenal.

"Apa yang kau buat di sini? Kau pun Ikhwan?" Soal Zafril menghampiri mereka berdua.

"Yo!" Sapa Ikhwan.

Zafril perasan air muka Furqon yang kurang ceria,lalu dia segera duduk di sebelahnya. Menyentuh bahu rakannya itu,meminta Furqon menceritakan segala-galanya. Akhirnya Furqon mengalah dan menerangkan dari awal sehingga akhir.

"I see....aku rasa benda macam ni..kena serahkan pada polis..." Jelas Zafril.

"Nah.... Polis tidak akan bertindak,sebab dah kena 'suap'...." Bidas Ikhwan duduk menyandar dinding,tangannya disilangkan pada dadanya.

Zafril menjeling ke arah Ikhwan,manakala perasan Alisa menghampiri mereka dan duduk di sebelah Ikhwan.

"Siapa tu bro?" Soal Zafril ingin tahu.

"Siapa? Dia ni? My wife..." Jawab Ikhwan selamba,reaksi Alisa hanya mendesah sahaja.

"EH??!" Zafril terperanjat.

"Yang kau nak terkejut camtu kenapa?" Soal Furqon mengangkat sebelah kening.

"Tak ada apa-apalah...saja..." Jawab Zafril tersengih.

"Aku harap member kau tu akan okay..." Zafril menyambung lagi.

Furqon sekadar mengangguk lemah kemudian menghela nafas pendek,Zafril hanya mampu tersenyum kelat lalu memandang ke arah Ikhwan.

"Wan...aku benda nak bincang dengan kau..." Zafril berkata dengan nada tegas.

Ikhwan hanya mengangkat kehairanan,lantas dia dan Alisa mengikut Zafril. Sampai di kafeteria hospital,mereka memilih makanan ringan lalu duduk di satu tempat.

"Ha... Apa yang kau nak bincangkan?" Soal Ikhwan selamba.

"Aku dapat maklumat yang kau minta..." Jawab Zafril mengeluarkan satu dokumen dalam sampul kertas dari begnya.

Sampul kertas berwarna coklat cerah itu ditatap lama,lantas Ikhwan mengambil sampul itu. Dia membuka dan membaca maklumat yang ada pada dokumen tersebut.

"Seperti yang kita jangka..." Ikhwan menyerahkan dokumen pada Alisa.

"Siapa orang ni Wan? Macam dah lama kenal gaya kamu berdua check profil orang tu?" Soal Zafril.

"Senang kata kami ada hutang yang nak dituntut..." Jawab Ikhwan.

"Apa?...." Zafril kehairanan.

"Dia bunuh seseorang yang pernah selamatkan nyawa kami..." Jawab Ikhwan air mukanya berubah dingin.

Zafril sedikit terkejut dan menelan air liur,bagaikan berhadapan haiwan buas apabila melihat reaksi air muka Ikhwan.

Stella mengusap bahu Ayasha yang sedang sebak,kemudian dia pandang ke arah Furqon yang bersendirian. Jelas Furqon menahan kesedihan,lantas dia bangun dan pergi ke arah lelaki tersebut.
"Furqon?" Furqon menoleh sebaik sahaja Stella menegurnya.

Furqon hanya tersenyum kelat sahaja,Stella duduk di sebelahnya lalu tangan Furqon dipegang lembut. Furqon sedikit terkejut dan menoleh ke arah Stella yang sedang tersenyum tawar.

"Cheer up...awak tak boleh down okay..." Pujuk Stella.

"Yeah I know that,tapi saya teringatkan arwah ibu bapa saya....mereka juga mati dalam kemalangan..." Furqon berkata sayu.

"I know about that...like I said,cheer up and keep strong..." Balas Stella.

Furqon sekadar mendiamkan diri,dia merenung tepat ke arah anak mata Stella. Pegangan tangan dibalas olehnya,Stella terkejut sedikit dengan tindakan Furqon.

"Stella...thanks...for cheering me up.." Furqon berkata sambil tersenyum.

"Furqon...." Stella membalas senyumannya.

Mereka berbalas renungan mata dengan tersenyum,Furqon terasa tenang kerana dipujuk oleh Stella.

"Ehem! No flirting in hospital please..."






DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now