Chapter 30 : No ordinary human

2.5K 210 6
                                    



"Ha....ha...."

Keluhan nafas berat jelas kedengaran dan pandangannya melilau,dari kiri ke kanan dari kanan ke kiri. Itulah yang dilakukan oleh pemuda itu dan memandang ke satu arah,terkejut kerana bas jenis ekspress dalam keadaan remuk dan rosak teruk.

"Apa yang berlaku?..." soalnya sendirian.

Pemandu telah mati dan tergantung pada tempat duduknya,manakala dia pula cuba bangun namun tidak terdaya dan dia sedar tangannya penuh dengan darah.

"Am...am I gonna die?..huff...huff..." soalnya sendirian tidak mampu untuk bangkit.

Dia nekad untuk cuba bangkit dan pohon kayu kecil,digunakan untuk menongkat dirinya dan darah mengalir menitis ke tanah. Nafasnya semakin berat dan kaki mula melangkah,biarpun susah dia cuba gagahkan.

Pemuda itu memeriksa keadaan dalam bas dan terkejut,kerana di antara mayat penumpang ada seorang gadis masih selamat. Tetapi kecederaannya agak teruk dan tanpa membuang masa,pemuda itu membawanya keluar.

"KIta kena dapatkan bantuan...." ujar pemuda itu sendirian.

Sejam kemudian....

Pemuda itu berjalan dengan bersusah payah dan dalam keadaan mendukung gadis,dia tidak berseorangan namun gadis itu mesti dirawat secepat mungkin. Dia tidak peduli mengenai dirinya,namun gadis yang bersama harus diselamatkan.

Sebuah kereta jenis Daihatsu melalui jalan kecil yang sunyi,seorang professor usia lebih kurang 40an sedang memandu sambil melayan lagu-lagu lama. Kadangkala dia bersiul menghiburkan hatinya.

"Haih...kenapa rasa tidak sedap hati ni..." keluh professor itu sendirian.

"Huh?" Professor itu tersentak susuk tubuh keluar dari tepi jalan.

Lantas professor itu menekan brek kecemasan dan hanya seinci sahaja jarak berhentinya kenderaan itu,professor itu segera keluar untuk memeriksa apa yang berlaku dan orang itu rebah.

"Oh..my god....."

Ikhwan membuka matanya dan masa itu dia berada dalam kenderaan miliknya,Alisa pula kehairanan dengan gelagatnya kemudian menghulurkan tisu.

"Thanks..." ujar Ikhwan tersenyum kelat.

"Welcome..awak berpeluh...mimpikan perkara 50 tahun yang lepas?" soal Alisa dan Ikhwan hanya mengangguk sahaja.

"Yeah...sekarang kerap bermain dalam minda..." jelas Ikhwan kemudian menarik nafas lega,lantas dia menghidupkan enjin kenderaannya.

"Kita dah lama tidur..." ujar Alisa dan Ikhwan hanya mendiamkan diri sahaja.

"Sekarang kita kena lindungi Code Z..." kata Ikhwan menarik pedal gear,kemudian kluc dilepaskan perlahan-lahan.

"Ikhwan..." Alisa memegang baju Ikhwan.

"Huh? Alisa?" Ikhwan kehairanan.

"Siapa kita sekarang?" soalan Alisa hanya dijawab pandangan sayu oleh Ikhwan.

"Siapa tahu...kita ni bagaikan mayat hidup je..." jawab Ikhwan menghela nafas pendek.

Kereta jenis Nissan Skyline GT34 meluncur laju meninggalkan kawasan di mana bas mereka berdua terjatuh,hanya mayat berjaya dinaikkan namun bangkai bas pula dibiarkan.

Ikhwan dan Alisa...

Siapakah identiti mereka?

♓ ♓ ♓ ♓

Furqon berkerut mendengar penjelasan daripada King,begitu juga dengan Stella yang menjadi pendengar daripada tadi. Furqon mengurut batang hidungnya kemudian dia mendongak ke atas siling,Stella memegang dagunya memikirkan apa yang dikatakan oleh King sebentar tadi.

"Jadi kau nak cakap mereka tu bukan manusia?" soal Furqon.

"Mereka manusia luar biasa...ayat 'bukan manusia' itu sensitif Furqon..." kata Stella.

"Okay..I'm sorry..." ujar Furqon menggaru kepalanya.

King hanya menghela nafas pendek lalu menarik buka laci mejanya,di bawah sekali lalu dikeluarkan sampul surat berwarna perang cerah. Furqon kehairanan namun dia membiarkan sahaja,King menghulurkan sampul surat tersebut ke arahnya.

"Apa ni?" soal Furqon hairan.

"Balik nanti kau bukak la...maklumat tentang sasaran kau ada di dalam..." jawab King.

"Termasuk orang yang bunuh ibu bapa aku?" soal Furqon dengan wajah yang dingin.

"Yea....tak payah la buat muka seram...kau nak buat muka tu kat rumah je..." kata King dengan selamba.

Sebaik menghantar Stella pulang Furqon segera pulang tanpa memikirkan apa-apa,Darweez pula tiada manakala Steve dan Mr.Ohsem sedang berbual mengenai sesuatu. Furqon sedikit terkejut kerana ini kali pertama dia lihat wajah Mr.Ohsem,penuh dengan ceria sentiasa tersenyum.

Furqon tidak mahu masuk campur tangan dan menapak naik tangga,menuju ke arah biliknya sendiri dan Mr.Ohsem pula masih berbincang dengan Steve.

"Kau sure?" soal Steve.

"Ya..aku pasti...orang yang dipanggil Ikhwan dan Alisa oleh King,bukan manusia biasa seperti kita..." ujar Mr.Ohsem.

"Maksud kau mereka tu..." Steve cuba meneka dan Mr.Ohsem telah memotong.

"Tahun 1990 ada satu bas ekspress terjatuh dalam gaung..termasuk pemandu seramai 39 mayat dijumpai...dan dua lagi mayat tidak dapat ditemui...menurut teori aku Ikhwan dan Alisa adalah mereka...." jelas Mr.Ohsem.

"Mengarut la..kalau macam mereka dah tua la..ni tahun 2040 la.." ujar Steve.

"Siapa tahu...."

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now