Furqon dan Yami berbalas renungan,mereka menyimpan dendam kesumat yang sama. Yami bunuh ibu bapa Furqon,manakala Furqon bunuh tiga orang rakannya."Mana kau sorokkan perdana menteri huh?" Soal Furqon.
"Kau ingat aku beritahu dengan mudah? Paksa aku budak..." Yami membalas.
"Sure,memang itu tujuan aku.." Balas Furqon pula dan Yami mula berang.
"Aku akan balas dendam kawan aku yang kau bunuh...." Ujar Yami.
"Dan aku akan pastikan kau akan terseksa kerana hancurkan kebahagiaan aku.." Balas Furqon.
Mereka berdua menumpukan tenaga pada suit gear masing-masing,dan terus meluru antara satu sama lain. Tumbukan dilepaskan seiring dan lagaan berlaku,keadaan sekeliling retak dan lantai merekah teruk. Tumbukan dibalas tumbukan,tendangan dibalas tendangan. Furqon menepis tangan dan kaki Yami,lantas kepala Yami dipegang lalu dihentak dengan kuat menggunakan kepala Furqon sendiri.
"Sial kau!" Yami menghayunkan penumbuknya tepat ke perut.
Furqon terbeliak besar dan terseret ke belakang,dia memegang perutnya dan terasa senak yang amat. Tapak tangan digayakan mencakar,tenaga dikumpulkan lalu melepaskan serangan gelombang.
Yami terseret jauh ke belakang akibat ditolak oleh serangan tersebut,dia tidak boleh menghela nafas lega kerana Furqon sudah menghampirinya.
"Ketap gigi kau jahanam!"
Tumbukan deras mengenai dagu Yami,dan melambung tinggi merempuh kerusi singgah sana miliknya. Yami mengusap dagunya dan sakitnya bukan kepalang,dia menumpukan tenaganya dan bergerak pantas di hadapan Furqon.
"Rasakan ni budak!"
Pukulan padu menghentam kepala Furqon,dia mengilas tangan Yami dan lehernya dihadiahkan sepakan kuat. Yami merempuh dinding lalu dengan segera dia bangkit,Yami menghala laser beam ke arah Furqon.
Tembakan laser itu ditahan oleh Furqon,namun membuatkan dia tercampak jauh ke belakang. Furqon jatuh tergolek beberapa kali,sebelum dia bangkit dan terseret. Furqon mengetap gigi dan terus meluru ke arah Yami,mereka berlaga tumbukan dan tinju.
"Aku tak sangka kau pun gunakan suit gear..." Ujar Yami menepis serangan Furqon.
"Aku pula tak sangka kau masih tak sedar diri biarpun dah tua..." Balas Furqon mengelak dan menangkis serangan Yami.
Yami mula geram dan menghayunkan tumbukan,begitu juga dengan Furqon dan tumbukan mereka mengenai pipi masing-masing. Tumbukan Furqon hinggap ke pipi Yami,dan tumbukan Yami juga hinggap ke pipi Furqon.
"Argh!...."
Mereka berdua berundur menjarakkan posisi masing-masing,nafas mengah jelas kedengaran dari mulut mereka. Furqon menarik nafas panjang,kemudian dihelakan dengan lembut. Letupan kedengaran dari luar,namun Furqon tidak mengendahkannya. Dia mengambil langkah terus meluru ke arah Yami,sekali lagi tinju mereka berlaga. Cakar dikeluarkan dan Yami pula menarik keluar kerambit,lantas senjata mereka pula berlaga.
Pertarungan mereka bagaikan tiada penghujung,masing-masing bermodalkan dendam kesumat. Sehinggalah Furqon mengelak libasan kerambit Yami,tangan ditangkap lalu ditarik ke arah Furqon dan satu tumbukan padu mengenai muka Yami.
"ARGH!!!...."Yami tercampak ke belakang dan bergolek merempuh timbunan kotak kayu,lalu tertimbus dengan kayu-kayu yang berselerak. Asap berkepul akibat kotak kayu itu runtuh,Furqon hanya mendiamkan diri. Tidak lama kemudian timbunan kayu itu meletup,Yami kembali bangkit dan mukanya berdarah pada hidung.
Yami mengesat darahnya dan mula geram,garisan warna kuning pada suit gear dia berubah warna merah. Furqon bersiap sedia namun terkejut,Yami sudah berada di hadapannya. Furqon tergamam dengan kepantasannya,namun belum sempat dia berbuat apa-apa. Tumbukan padu mengenai perut Furqon,lantas membuatkan Furqon senak yang teramat. Tidak cukup dengan itu,sebaik Furqon memandangnya Yami terus memberikan satu pukulan padu pada mukanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/87137126-288-k642605.jpg)
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
ActionFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...