FURQON P.O.VAKU diminta oleh Ikhwan untuk datang ke tempat dia bekerja,syarikat RAU cawangan Malaysia? Jadi syarikat itu berdasarkan nama organisasi mereka,aku tiba di kaunter perkhidmatan. Gadis yang berada di situ terkejut dengan kehadiran aku.
"Encik Furqon bukan?" Soal gadis itu.
"Ah... Ya..." Aku pula yang terkejut sebab gadis ini tahu nama aku.
"Mr Ikhwan sudah tunjukkan gambar awak,sebab itu saya kenal nama awak.. Dia tunggu awak di tingkat 50...encik masuk lif di sana...." Ujar gadis itu menudingkan jari telunjuk ke arah lif tidak jauh dari sini.
"Terima kasih miss...saya pergi dulu.." Ujar aku dan beredar.
Gadis itu hanya tersenyum melihat aku pergi,dia menggelengkan kepala sahaja dan kembali duduk.
"Miss ya...saya belum kahwin lagi.." Nisa berusia 24 tahun,masih bujang.
Aku masuk ke dalam lif dan mencari butang untuk ditekan,namun aku tersengih kehairanan dan terkebil-kebil. Namun pintu lif ditutup dengan sendirinya,aku mula tidak faham apa yang berlaku.
Selamat siang tuan,tingkat mana tuan ingin pergi?
"Huh? Err.... Tingkat 50?" Jawab aku tersengih.
Tingkat 50 tuan? Baiklah sila tunggu...
Lif mula bergerak dan aku hanya menghela nafas pendek,jadi inilah yang dikatakan kemudahan teknologi. Aku sibuk membunuh sasaran,sampai perkembangan dunia dan negara aku tidak tahu.
Ting!
Baiklah tuan sudah sampai di tingkat 50..terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami...
Aku hanya keluar dari lif sebaik pintu dibuka,kelihatan Ikhwan sedang berdiri di hadapan sebuah bingkai yang terdapat lukisan di dalamnya.
"Nice art..." Ujar aku.
"Yeah... Its belong from someone I dear.." Jelas Ikhwan.
"Alisa?" Soal aku pula.
"No... Sebelum aku jadi manusia biologi.." Jawab Ikhwan.
"Ouh sorry...sekarang dia sudah tiada?" Soal aku.
"Kalau dia masih ada,dah tua dah..." Jelas Ikhwan dan berjalan meninggalkan lukisan itu.
"Kau betul ke dah tua? Muka masih muda lagi..." Kata aku mengekorinya.
"Aku dibekukan selama 30 tahun,sel penuaan aku dah mati...DNA aku bukan lagi yang biasa...jika luka akan sembuh kembali.." Jelas Ikhwan.
"Woo.... That's cool..." Ujar aku.
"Not cool...aku cuma nak hidup sebagai orang biasa..." Jelas Ikhwan.
"Some kind immortal?" Soal aku tersengih.
"I don't know..." Jawab Ikhwan menolak pintu.
Aku mengekorinya masuk ke dalam bilik tersebut,gelap dan tidak nampak apa-apa pun di dalam. Namun sedikit demi sedikit,lampu mula menyala dan kelihatan ia adalah bilik senjata. Aku tertangkap ke arah satu balang,satu sut baju serba hitam berbentuk ala jubah.
"Itu la gear suit...aku rasa itu sesuai dengan kau..." Jelas Ikhwan dan aku kehairanan.
"Apa maksud kau...?" Soal aku.
"Aku nak bagi kau sut la apa lagi...lawan kali bukan sembarangan..." Jawab Ikhwan.
Aku menghampiri sut tersebut dan balang terbuka,betul ke ia mampu setanding dengan Ikhwan punya?
"Come on try it..." Ikhwan mempelawa.
Aku akhirnya siap memakai gear suit tersebut,seperti Assassin Creed baju dia kerana ada hud di belakang. Kot dia agak labuh seperti jubah,warnanya yang serba hitam menarik minat aku.
"Pergh like real assassin hehe..." Ikhwan memuji dan aku sekadar tersengih.
"Ingat guna bila kau berdepan dengan Yami...." Ikhwan menambah lagi dan aku mengangguk faham.
"Kau punya gear suit seperti berbeza dengan aku..." Ujar aku dan Ikhwan sedikit terkejut lalu tersenyum.
"Sut yang kau pakai adalah rekaan aku,sut aku pula yang biasa kau nampak tu adalah ciptaan seseorang yang menyelamatkan nyawa aku.." Jawab Ikhwan tersenyum ceria.
"Aku agak kagum kau boleh senyum dengan keadaan kita sekarang ni..." Bidas aku.
"Kau dah mengaku kalah ke?" Soalan Ikhwan membuatkan aku terdiam.
"Come on bro,kita kena uruskan Medusa ni...jika mereka dapat balik kunci yang mereka mahukan..negara kita tidak akan selamat!" Jelas Ikhwan lagi dan aku hanya menghela nafas pendek.
"I guess don't have a choice..." Ujar aku tersenyum kelat,Ikhwan pula hanya tersengih.
"Once in a while...."

YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AksiFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...