Furqon dan Remy berbalas renungan,pistol emas kemas dalam genggaman Furqon dan diacukan ke arah Remy. Furqon menahan geram dan lebih-lebih lagi orang yang di hadapannya,antara yang bertanggungjawab di atas kematian ibu bapanya."Why don't you shoot?" Soal Remy.
"Why did you kill my father?" Soal Furqon.
Remy tidak menjawab namun dia sekadar ketawa sahaja,Furqon mula terasa hilang sabar namun jarinya masih boleh dikawal lagi.
"Why you laughing huh!?" Furqon menyoal geram.
"Ayah kau menyibuk hal kami,dia selalu menghalang jalan kami untuk lebih kaya.." Ujar Remy tersengih dan Furqon mengetap gigi merenungnya tajam.
"Dadah.. Penyeludupan dan pelacuran itu semua mampu membuatkan kami senang lenang tanpa perlu bekerja.. Malah yang lagi menarik adalah dengan senjata berada di ruang orbit bumi,kami dapat mengaut keuntungan berlipat kali ganda..." Jelas Remy.
"Kemudian ayah aku menghalang tindakan kamu semua? Sebab itu kamu semua bunuh dia? Tapi cara kamu semua cara pengecut!!" Jerit Furqon mula hilang sabar.
"Dia terlalu hebat,aku dan kawan yang lain tidak mampu menumpaskan secara berhadapan...jadi dengan kemalangan jalan raya.. Bom! Krash! Hahaha..." Remy ketawa besar."Sial kau!!...." Furqon menjerit dan menarik picu pistol miliknya.
Namun orang bawahan Remy yang berada di helikopter,sudah mengacukan mesingan terlebih dahulu. Furqon berguling ke kanan untuk mengelak,senjatanya terlepas dari genggaman. Remy pula menarik senjatanya,sekali dengan bom tangan lalu dicampak ke sebelah Furqon.
"Shit!..."
Furqon menggunakan kekuatan seluruh tubuh badannya,melompat untuk mengelak dari letupan tersebut. Dia bersembunyi di sebalik pokok besar berhampiran,Remy tersenyum sinis dan laras pistol ditarik.
"Oi apahal? Tadi macam nak bunuh aku? Apa cerita ni?"
Remy melepaskan tembakan dan orang bawahan turut menembak ke arah tempat di mana Furqon berlindung,tembakan deras secara berterusan membuatkan Furqon mati akal. Tapi dia menarik nafas panjang dan helakan,akhirnya dia kembali bertenang dan menarik sesuatu dari dalam sut hitamnya.
"Nak main dengan aku? Fine,aku akan tunjukkan!"
Satu objek dilemparkan ke arah berdekatan helikopter,membuatkan orang bawahan Remy berhenti menembak. Lalu dia memerhatikan sebelum terkejut,letupan kuat berhasil berjaya merosakkan helikopter sepenuhnya. Remy menoleh ke belakang terkejut,melihat keadaan helikopter yang hangus itu.
"REMY!!!...."
Remy tersentak dan menoleh apabila namanya dipanggil,lantas terkejut Furqon sudah berada hampir dengannya. Tanpa sempat sedar satu penumbuk hinggap pada pipi Remy,lalu tergolek beberapa kali sebelum berhenti.
"Damn it!" Remy bangkit dengan keadaan bibirnya berdarah teruk,gigi geraham patah dan diludah keluar dari mulut.
"Sedap makan sup gigi...?" soal Furqon meregangkan penumbuknya.
Remy mengesat darah mengalir keluar dari bibirnya.kemudian dia menoleh ke arah helikopter dan kembali menoleh pada Furqon. Dia tersengih dan menarik keluar sepucuk pistol,dan Furqon terkejut kemudian segera melompat ke kiri elak dari terkena peluru.
"Shit! Ada je pistol tu...." Omel Furqon berlari untuk elak dari terkena tembakan.
Remy terus menerus menembak tanpa henti,Furqon menarik pistol revolver Colt Python. Peluru diisi satu persatu pada lubang kelongsong,nafas ditarik panjang kemudian dihelakan pendek dan perlahan.

YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AçãoFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...