Chapter 38 : Human Biology

2.5K 201 16
                                    


10 malam di sebuah restoran ternama...

Furqon dan Stella bersama Darweez serta Ayasha,duduk di satu meja dalam satu restoran. Furqon tak terfikir pun King akan booking satu restoran hanya untuk mereka berempat,sekejap mungkin bukan berempat apabila kelibat Ikhwan bersama Alisa dari jauh. Malah Mr.Ohsem turut bersama mereka,dari cara mereka berbual seakan sudah kenal lama.

"Asalamualaikum hey guys..." Ikhwan menyapa.

"Waalaikumussalam...." Mereka menjawab dengan dingin.

"Nampaknya mereka seperti ada masalah.." Ikhwan berkata selamba sambil mencebik.

"Kita pilih meja di sana.." Ujar Alisa mencelah.

"Emm! Emm! Nanti terjangkit dengan muka zombie diorang tu..." Mr.Ohsem berkata dengan selamba sebelum satu pukulan padu,tepat mengenai celah kelangkangnya.

"Pergh...." Furqon dan Darweez mengerutkan dahinya.

Beberapa minit kemudiannya...

"Hey Ayasha,awak tak patut buat macam tu.." Stella menegur Ayasha kerana perbuatannya.

Mr.Ohsem terbaring di meja sebelah,Ikhwan hanya tersengih sahaja melihat keadaannya.

"Heh!" Mr.Ohsem segera bangkit.

"Hah?" Ikhwan dan Alisa terkejut.

"SAKIT CAMNI HANYALAH MAINAN KANAK-KANAK SAHAJA! AKU BOLEH HADAP LAGI TERUK DARIPADA NI!" Mr.Ohsem berkata dengan semangat,Furqon hanya mampu menekup muka.

"OUH SHUT UP!!..." Ayasha membaling dulang tepat pada muka Mr.Ohsem.

"Oi! Mana dia dapat dulang tu? Sekejap itu bukan masalahnya,Ikhwan dia hidup lagi ke tak?" Darweez pula risau.

"Mamak... Teh tarik kurang ma...nis,roti canai tampal satu... Ha...." Mr.Ohsem matanya berpusing macam pusing kipas.

"Rasanya 50-50..." Ikhwan berseloroh.

"Boleh saya tamatkan riwayat dia?" Soalan Alisa didengari oleh Mr.Ohsem.

"Ha!..." Mr.Ohsem bangkit dan menekup mukanya,dan sebelah kaki diletakkan atas kerusi.

"The legend will never know the pain...kaching!" Mr.Ohsem berkata dengan tersenyum menggoda.

Alisa dahinya berkerut dan terus menyepak kerusi,lantas Mr.Ohsem tersadung cium lantai. Ikhwan menoleh ke arah Alisa,dan menghela nafas pendek.

"Sorry my leg move by her own..." Jelas Alisa selamba.

Ikhwan menggaru kepalanya dan membantu,Furqon dan Stella hanya memerhatikan Ikhwan tanpa berkata apa-apa. Tidak lama kemudian derapan tapak kaki kedengaran,mereka semua menoleh kecuali Ikhwan dan Alisa serta Mr.Ohsem.

King berjalan ke arah mereka bersama dua orang berpakaian sut serba hitam,mungkin sama seperti Furqon dan Darweez sebagai hitman.

"Maaf kerana tunggu lama..." King menurunkan topinya,sambil tersenyum menunduk hormat pada Ikhwan serta Alisa.

"Jadi ada apa kau minta kami semua datang ke restoran booking ni? Ada perkara yang serius berlaku?" Soal Furqon dengan serius.

"Ya... Boleh kata macam tu.." Jawab King tersenyum dan mereka semua terkejut,kecuali Ikhwan dan Alisa.

"Sebelum bagi la aku duduk kejap,penat berjalan...waiter!"

Selesai membuat pesanan King menghela nafas pendek,dua orang yang bersama mereka itu hanya mendiamkan diri sahaja.

"Err... King siapa mereka?" Soal Darweez.

"Kenalkan mereka berdua ni...Razif dan Reza...mereka ni hitman sama seperti kamu berdua..." King memberi pengenalan.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now