Prolog

31.2K 553 3
                                    

          

Fone ditenung lama oleh Ulya. Satu persatu perkataan ditaip di skrin telefon pintarnya. Berat sungguh hatinya untuk menghantar mesej itu kepada kekasih yang sudah empat tahun bersamanya. Jika bukan sekarang entah berapa lama lagi dia harus pendam apa yang terbuku di dalam hatinya. Setelah agak lama berfikir sedalam-dalamnya Ulya akhirnya menekan butang 'send'.

Ulya – Assalamualaikum, Ryan terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan saya pada awak. Saya rasa saya sudah banyak menyusahkan hidup awak. Saya paksa-paksa awak untuk datang jumpa mak saya. Tak apalah saya faham, selepas ni saya tak akan paksa awak lagi. Sebab saya dah give up dengan alasan awak. Kita bawaklah haluan masing-masing ya. Carilah perempuan yang lebih memahami awak selepas ni.

Ulya- Selamat tinggal Aryan :)

Setitis demi setitis air mata Ulya berguguran mengalir di pipinya. Kulit mukanya yang bewarna kuning langsat itu bertukar menjadi kemerah-merahan. Akhirnya, Ulya tewas dan menangis teresak-esak sendirian di dalam biliknya. Alangkah baiknya jika dia mempunyai rakan sebilik setidak-tidaknya boleh memujuknya namun sayang Ulya hanya bersendirian di atas katil sambil memeluk bantal yang dijadikan kawan tangisnya.

'Adakah keputusan kau ni betul Ulya? Ulya kau dah lama kawan dengan dia, dah empat tahun kot Ulya. Mana pergi sayang kau? Takkan kau nak buang macam tu je?'

'Tak! Tak! Tak! Ni keputusan aku! Dia tak sayang aku! Sebab tu dia taknak jumpa mak aku!'

'Ya Allah bantulah hambamu ini ya Allah'

                Akhirnya, Ulya tewas dengan pemainan akalnya sendiri, dia lena keletihan. Tidur Ulya malam ini ditemani oleh air mata. Dia keliru dengan perasaan dan keputusan yang dia lakukan.

****

Beep!

Ulya memisat-misat matanya seakan sedar tidak sedar. Dia melihat telefon pintarnya yang berbunyi itu tadi. Berdegup kencang jantungnya apabila mendapati Aryan membalas mesejnya.

'Aryan, walau apapun keputusan kau. Aku tetap dengan keputusan aku. Maafkan aku Aryan. Bismillah.' Ulya membuka mesej daripada Aryan.

Aryan- Apa awak cakap ni Ulya? Saya sayang awak Ulya. Kita dah lama kawan kan? Takkan awak tak faham saya lagi? Saya taknak putus Ulya please.

Ulya- Kita memang dah lama kenal Ryan tapi apa guna dah lama kenal dah lama kawan tapi awak masih nak main-main lagi? Enough lah Ryan. Saya dah letih nak paksa awak.

Aryan- Sayang, please fikir masak-masak.

Aryan- Ok. Macam nilah, kita jumpa dulu even buat kali terakhir. Lepas tu awak buatlah keputusan awak. Saya hormat keputusan awak.

'What? Jumpa? No! Double no! Kalau aku jumpa dia mesti aku tak jadi putus punya. Dia tak serius dengan aku, so aku tak boleh tarik balik keputusan aku. Yup! Ni keputusan aku. Aku tak boleh jumpa dia! Titik!'

Ulya- Takpalah Ryan, saya tak nak dah jumpa awak. Tolong hormat keputusan saya ni. Kita bawa haluan masing-masing ya. Halalkan makan minum saya dan saya doakan awak jumpa jodoh yang solehah. Aaminn. Asslamualaikum.

Block!

'Aku yakin, aku takkan kuat kalau aku baca apa yang dia akan reply lagi. Ok, sambunglah nangis Ulya sampai kau tertidur balik.'

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now