Telefon Aryan Haikal tidak henti-henti berdering. Hampir 30 panggilan tidak dijawabnya. Dia malas hendak menjawab panggilan itu. Kalau dia jawab alamatnya dia terpaksalah menghadap perangai mengada-ngada Laila itu.
Nak ajak pergi sanalah nak ajak pergi situlah. Rimas dia dibuatnya.
Apabila memikirkan tentang Laila terus Aryan teringatkan tentang hubungan mereka berdua. Status dirinya kini.
"Hmm..." Aryan Haikal mengeluh.
Sakit kepalanya memikirkan tentang ikatan yang telah terjalin antara dia dan Laila sejak dua bulan yang lalu.
Dua bulan yang lalu.
"Ryan. Mama bukan nak aturkan hidup Ryan. Tapi mama taknak terus-terusan menunggu budak tu!" Puan Munira menggenggam tangan anaknya.
Anak mata Aryan Haikal ditenung sedalam-dalamnya. Dia mahu Aryan faham dan erti yang dia sangat menginginkan anak terunanya itu bahagia bukan menderita menunggu dan terus menunggu.
"Ma..." Aryan Haikal membalas lemah.
"Ryan. Mama faham kalau Ryan masih tak boleh lupakan budak tu. Tapi sampai bila Ryan nak tunggu dia?" Puan Munira mencelah.
Rasa tersekat di kerongkongnya mahu menyebut nama Ulya. Racun yang disembur Laila benar-benar meresap ke dalam dirinya. Perasaan benci dan menyampah semakin hari kian menebal lagi-lagi apabila melihat anak terunanya itu semakin tidak terurus dari hari ke hari.
"Ma. Ryan tak boleh ma." Aryan Haikal menundukkan kepalanya. Tidak punya daya lagi mahu membalas lebih-lebih dengan mamanya itu.
"Ryan! Mama tak kira. Kali ni Ryan kena ikut cakap mama. Ryan kena jugak terima Laila." Puan Munira bertegas.
Aryan Haikal diam tidak berkutik. Dia tidak tahu bagaimana lagi mahu mencari alasan. Lagipun status Ulya kini masih lagi menjadi tanda tanya bagi dirinya.
Atas alasan apa lagi untuk dia menunggu Ulya. Sehingga kini belum ada khabar berita lagi Ulya akan pulang ke Malaysia.
"Ryan kali ni please dengar cakap mama sayang. Hmm." Puan Munira mengendurkan suaranya apabila melihat anaknya diam sahaja.
"Lagipun Laila tu betul-betul sayang kan Ryan. Dulu Ryan ingat tak dia sanggup mengalah demi Ryan bahagia? Perempuan ni jarang tau nak bekorban melainkan untuk orang yang dia sayang je Ryan." Puan Munira menyambung lagi.
Aryan Haikal masih mendiamkan diri. Berfikir sejenak. Apa saja keputusan yang akan dia ambil selepas ini bakal menentukan perjalanan hidupnya yang mendatang.
Lama mereka mendiamkan diri. Suasana menjadi sunyi seketika.
"Ma..." Aryan bersuara setelah mendiamkan diri agak lama.
"Ye sayang. Please jangan kecewakan mama." Puan Munira memandang muka anak terunanya dengan harapan tinggi yang menggunung.
"Ryan tak pasti dengan keputusan Ryan ni. Tapi Ryan taknak kecewakan mama." Aryan menunduk.
Karpet baldu mewah rumah Puan Munira dikuis-kuis Aryan.
"Betul ni Ryan? Ya Allah betapa gembiranya mama. Mama nak kena call papa ni." Riak wajah Puan Munira serta merta berubah dari gusar ke gembira tidak terkata.
Mana tidaknya anaknya bakal mendirikan rumah tangga kelak. Bukan itu saja, Aryan Haikal juga bersetuju untuk mengahwini gadis pilihannya.
Aryan Haikal hanya mampu senyum tawar melihat kegembiraan mamanya. Keputusan yang dibuatnya ini benar-benar menjerat hatinya.
Namun, kegembiraan mamanya lebih penting dari segalanya. Dipadamkan saja nama Ulya dari hatinya kini. Mungkin Ulya sudah bahagia di sana dengan lelaki itu.
*****
Dari luar Villa putih milik En. Rahman dan Puan Dahlia kelihatan tersergam indah.
Riuh rendah suana di villa itu. Sudah lama villa itu tidak dipenuhi orang dan seriuh ini. Keceriaan jelas terpamer di setiap wajah semua yang ada di situ. Lebih-lebih lagi Puan Dahlia dan En. Rahman. Mana tidaknya orang yang ditunggu-tunggu dan dirindui telah pun pulang.
Malam itu setelah kenduri kesyukuran selesai, Puan Dahlia mendekati anaknya. Ada perkara perlu dibincangkannya dengan anaknya itu.
"Ulya." Sapa Puan Dahlia sambil menghulurkan secawan coklat panas di atas meja.
"Ye! Ma." Senyuman diberikan sambil matanya ralit memandang skrin telefonnya.
"Mama nak tanya sikit ni." Puan Dahlia memulakan bicara.
"Nak tanya apa ma. Tanya jela." Mata Ulya masih lagi tidak lekang dadi skrin telefonnya.
"Sudah-sudahlah tu tengok telefon je. Pandang mama kejap." Puan Dahlia mula serius.
Sejak kepulangan Ulya semiggu yang lepas perkara inilah yang acap kali bermain di fikirannya. Sering dia mencari peluang untuk menanyakan soal ini tetapi ada saja yang menghalang.
Ulya yang leka bermain dengan telefonnya terus meletakkannya di sisi meja. Coklat panas yang dibancuh oleh mamanya dihirup sedikit dan terus dia fokus kepada mamanya.
"Apa dia ma." Ulya memegang tangan Puan Dahlia.
"Hmm... mama lagi hari tu nak tanya soal ni. Tapi asyik tak berksempatan saja. Mama se..." Tanpa sempat Puan Dahlia menghabiskan kata-katanya Ulya terus memotong.
"Soal Mika?" Ulya menyoal.
Puan Dahlia mengangguk.
Ulya menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menjawab persoalan mamanya itu. Dia sudah mengagak status Mikail dengan dirinya akan disoal oleh orang-orang yang bakal dia berhadapan kelak.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...