Hujung minggu yang ditunggu2 Ulya pun tiba. Masa untuk dia bermalas-malasan di rumahnya. Seharian menonton televisyen dan tidur semamangnya adalah hobi Ulya sejak 4 tahun yang lalu."Ahhh, bestnya macam ni. Hope si Aqilah tu tak ganggu akulah hari ni. Jap lagi, ada je dia punya idea nak akak aku keluar. Haihhh." Mengeluh panjang Ulya. Di dalam hatinya berdoa agar Aqilah membenarkan dia untuk berehat hari ini.
Sudah 10 episod drama Ulya marathon namun kelibat Aqilah langsung tidak muncul. Naik hairan Ulya. Ini bukan kebiasaan ni. "Minah ni buat apalah kat atas ni. Tak turun2 makan tak, tengok tv pun tak. Ish pelik ni." Ulya menggaru2 kepalanya yang tidak gatal. Nak kata ada kutu memang tak la. Setiap bulan buat rawatan saloon tu.
Ulya mengambil keputusan untuk menjenguk rakannya itu di tingkat atas. Laju saja kali Ulya menapak ke tingkat atas. Kalau tersandung memang cium anak tangga laa jawabnya Ulya. Sampai je di depan pintu bilik Ulya terus melekapkan telinganya di pintu. Kedengaram bunyi gelak ketawa Aqilah. 'Amboi sakan gelak. Apa yang lawak sangat tu?' Ulya terus mengetuk pintu bilik Aqilah. Pelik sungguh rakannya hari ni.
"Aqilah oi, oh Aqilah." Ulya menunggu Aqilah menyahut. Tidak sampai beberapa saat pintu bilik Aqilah dikuak sedikit. Kepalanya dijulurkan keluar.
"Ha, kau nak apa?" Aqilah terus mangajukan soalan. Pelik betul kelakuan kawab si Ulya sorang ni.
"Kau ni dah kenapa? Macam ada sembunyi sesuatu je. Kau simpan lelaki eh? Riuh je aku dengar kau gelak." Ulya serkap jarang.
"Uish kah ni. Kau ingat aku ni murah sangat ke? Aku waras lagilah. Aku kalau nak buat benda tu aku fikir parents aku dul.." kata2 Aqilah termati di situ, cepat2 dia menutup mulutnya. Memang cari nahaslah dia. Ibarat menyimbah asid ke luka. Benda dah parah makin parah.
"Aku gurau je. Kau tak payahlah nak perli aku. Tak pelah kalau kau nak sembunyikan apa2 pun dari aku. Aku tak kisah. Aku turun dulu." Pantas Ulya berpaling dan terus turun ke tingkat bawah. Hatinya seperti tersiat2. Dia malu. Kenapa atas satu kesilapan saja dia haru terus dihukum. Ahh sungguh dia sakit.
"Ulya, maafkan aku. Aku pun tak terniat nak perli kau." Aqilah mengeluh perlahan. Telefon yang sedari tadi dia jauhkan dilekapkan semula ke telinganya. "Hello awak..."
*****
Beberapa hari sudah berlalu Ulya masih menjauhkan diri daripada Aqilah. Pergi kerja pun berasingan. Jika sebelum ini dia akan menumpang Aqilah namun semenjak kejadian itu dia memandu sendiri ke tempat kerjanya. Puas Aqilah meminta maaf kepadanya mamun tidak diendahkan Ulya. Bukan niatnya untuk berjauh hati tapi dia memerlukan ruang untuk membuang pedih luka yang ditoreh semula itu.
"Ulya, aku minta maaf. Aku tak berniat pun nak perli kau. Aku tak sengaja. Ok, aku janji aku akan jaga mulut aku yang jahat ni lepas ni!" Aqilah menepuk2 mulutnya berkali2.
"Tak payahlah kau nak sakitkan mulut kau tu. Salah aku juga. Cakap macam tu kat kau. Macam aku tak pernah buat je kan." Ulya hanya menunduk. Sebenarnya dia tidak selesa untuk membicarakan soal itu di tempat kerjanya. Tapi dia faham kegusaran Aqilah selagi dia tidak mengurnya seperti selalu.
"Kau jangan cakap macam tu babe. Setiap orang pernah buat kesilapan. Aku harap kau boleh maafkan aku. Kita lupakan soal tu ya." Aqilah masih lagi cuba mendapatkan kemaafan dari sahabatnya itu.
"Yelah, tapi dengan satu syarat!" Akhirnya Ulya mengalah. Tapi akal cerdiknya telah mengeluarkan satu idea bernas untuk mengorek rahsia Aqilah. "Alah kau ni. Nak bersyarat pulak. Ha yelah. Apa saja syarat aku sanggup asalkan kau tak buat perang dingin ni lagi dengan aku." Nak taknak Aqilah terpaksa akur. Tak larat dia mahu serumah dengan ais batu!
Senyuman nakal mula terukir di bibir Ulya. "Hehehe, kau kena jawab soalan aku ni dengan jujur. Sebenarnya apa yang kau sembunyikan hari tu ha?" Ulya mengangkat2 keningnya.
"Er, dah agak dah. Hmm, aku sebenarnya tak larat dah nak sembunyi2 dari kau lagi. Sebenarnyakan, em em aku kan emmm.." Aqilah mula menguis2 meja kerja Ulya sambil tersengih2. Tak ubah macam orang mabuk dilamun cinta!
"Sebenarnya apa?!" Ulya mengetuk meja membuatkan Aqilah terperanjat lalu laju saja dia menuturkan ayatnya yang tersangkut2 tadi.
"Sebenarnya aku nak kahwin. Ops!" Cepat2 dia menutup mulutnya.
Tercengang2 Ulya. "Nak kahwin? Sejak bila kau becinta ni? Setahu aku sejak kau putus dengan Amran dulu kau takda berkawan dengan sesiapa kan?" Ulya kehairanan. Tidak habis fikir dia.
"Aku sebenarnya.." Gagap lagi si Aqilah ni. "Nak kahwin dengan pilihan mama aku. Kebetulan, pilihan mama aku tu kena dengan citarasa aku so why not kan aku terima je. Lagipun bila aku jumpa dia and borak dengan dia. Aku tengok dia ok je. Heheh" panjang lebar Aqilah menerangkan.
"Pilihan mama kau? Oh my..!" Ulya terhenti berkata2 seakan berfikir sesuatu. "Hah, ni mseti sebab dia kacak, bergaya, and ada duit ni kan?" Aqilah ni kalau takda pakej yang sebegitu janganlah ada hati nak ngorat dia. Kirim salamlah jawabnya.
Aqilah hanya mengangguk dan menghadiahkan sengihan kepada Ulya. Dia tahu dia bakal diberikan bebelan percuma sebentar lagi. Tak lama sebentar saja lagi. 'Satu, dua, tig..'
"Kau ni.." Ulya mula bersuara.
'Hah, aku dah agak dah.' Aqilah mula memerah otaknya untul mencari alasan agar dapat keluar dari bilik itu dengan kadar segera.
"Rupa, harta semua tu tak bawa ke mana. Yang penting budi pekerti dia. Sekarang kau kenal dia yang macam tu tapi kau belum kenal lagi dia yang sebetulnya. Please Aqilah jangan ulang kesilapan aku. Aku bukan apa .." Kata2 Ulya terus dipotong oleh Aqilah.
"Kau taknak benda yang jadi kat kau berulang kembali kan? Dah lah wei, move on please. Takkan lah sebab kau trauma dengan lelaki sampai aku pun kau tak kasi kahwin?" Aqilah memandang tepat ke anak mata Ulya. Meminta kefahaman daripada Ulya.
"Hmm, kalau kau dah cakap macam tu. Aku hormat keputusan kau. Tapi satu je. Hati2 jangan biar dia main2kan kau ya." Ulya mencapai tangan Aqilah dan digengam erat.*****Hari perkahwinan Aqilah sudah pun tiba. Aqilah yang nak kahwin Ulya pula yang berdebar dan gelisah memikirkan layanan bakal suami Aqilah itu. Entah baik entah sebaliknya. 'Ulya doa yang baik2 saja lah.' Segala anasir diusir cepat oleh Ulya.
Kaki Ulya melangkah memasuki bilik pengantin yang dihias cantik. Bertemakan krim merah menjadi pujian sanak saudara. Bunga2 pula ada di mana2 menjadi hiasan utama bilik itu.
"Babe! Asal lambat! Kau ni aku nervous tau, patutnya kau kena ada awal untuk tenangkan aku!" Aqilah mencapai tangan Ulya terus ditarik ke arah katil. Dipersilakan Ulya duduk di hadapannya.
"Ish kau ni, tengah solek pun boleh kau lari2 ya. Marahkan mak andam kau tu. Dah pergi duduk sana!" Ulya menyorong badan Aqilah supaya duduk di kerusi untuk disolek.
"Ala kau ni. Aku ni nak sambut kau je pun." Aqilah mencebik. "Maaf ye kak, ok sambung solek balik" Aqilah buat muka seposen sambil duduk di kerusi kembali. "Kau ni Aqilah, tak reti duduk diam tau. Kang kalau tak lawa muka kau ni jangan kau salahkan akak pula eh." Kak Hanim membebel sebelum menyambung kembali kerjanya yang tertangguh tadi.
"Ok2, saya janji saya tak gerak2 dah. Ulya kau tunggu aku kejap tau. Tapi kalau kau lapar kau pergilah makan dulu kat bawah. Tapi ingat 8.45 dah naik semula tau. Kau tu pengapit aku!" Sempat Aqilah memberi amaran.
Ulya tergelak kecil melihat gelagat rakannya seorang ini. "Ye, aku taulah. Hmm aku makan lepas kau nikah kot. Sebab aku tak lapar lagi ni. Lagi pun malas nak comot2. Nanti jatuh market aku kang. Hehe." Sempat Ulya membuat lawak.
"Orang cantik, comot macam mana pun lakulah." Aqilah membalas.
"Kau ni Aqilah cuba senyap and duduk diam2. Susahlah akak nak solek kau ni." Kak Hanim mula bercekak pinggang.
Aqilah dengan serta merta terus diam dan membetulkan duduknya membuatkan Ulya semakin galak mentertawakannya.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...