"Laila, I dah tak larat nak ikut you dah. Lagi tadi dah 10 butik you masuk tapi satu pun you tak berkenan. So sekarang I malas nak ikut you dah. I nak tunggu luar je. You masuk butik tu sorang-sorang." Aryan mengeluh. Matanya liar mencari tempat duduk kosong yang berdekatan di situ.Lenguh betul kakinya, rasa macam nak patahnya.
"Alaa, yela-yela. Sian sayang I ni. Tunggu kejap ye sayang. I promise you kejap jeee." Laila terus meniggalkan Aryan Haikal dan masuk ke dalam sebuah butik.
Mahu saja dicium tunangnya itu acah-acah nak bagi semangat tapi dibatalkan saja niatnya itu. Sudah masak sangat dengan perangai Aryan Haikal. Mana dia mahu tunjuk sweet-sweet depan orang, belakang orang pun belum tentu.
"Tunggu kahwin nanti ye Laila. Hiks." Laila menyabarkan dirinya.
Tersengih-sengih dia sendirian. Tanpa dia sedar dirinya diperhatikan oleh orang yang berada di butik itu.
"Er, ehem! Hei you! I nak baju ni dengan yang ni." Laila baru menyedari dirinya kini menjadi bahan gelak orang ramai terus memanggil sales girl butik itu.
Semua baju yang dia ambil diberikan kepada sales girl itu dengan kasar.
"Hei! Buat apa tercegat kat situ. Ikut I cepat. Banyak lagi I nak beli ni." Laila mengherdik sales girl itu tanpa segan silu.
Kini dia benar-benar menjadi perhatian orang ramai. Ada yang tersengih melihat pembantu butik itu dikenakan Laila. Ada juga yang jengkel dengan sikap Laila itu.
Laila sedar akan dirinya yang menjadi perhatian orang ramai itu hanya berbuat tidak tahu saja. Malah semakin galak dia mengambil itu dan ini lalu ditimbunkan kepada pembantu butik itu.
Sedang asyik Laila galak mengambil itu dan ini tiba-tiba kedengaran bunyi orang jatuh di belakangnya. Dengan pantas dia berpaling dan mendapati sales girl yang dibulinya itu sudah jatuh terbaring ditimpa baju-baju yang diberikan Laila.
Orang ramai semua berkerumun melihat kejadian tragis itu. Sales girl yang lain terus mengangkat baju-baju yang menimbun di atas kawannya itu.
Masing-masing memandang sinis kepada Laila. Dasar perempuan yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan langsung!
*****
Setelah puas meninjau-ninjau tempat duduk yang berdekatan akhirnya Aryan Haikal dapat tersenyum puas.
"Akhirnyaa!! Ada juga tempat aku nak duduk. Nak naik tercabut dah kaki aku ni. Laila-laila kau kalau tak seksa tak sah! Dah lah gedik errr!" Aryan Haikal mendengus kasar. Jika nak diikutkan perasaannya mahu saja dia angkat kaki saja balik ke rumah. Tapi malas pula dia hendak menjawab nanti dengan mamanya.
Apa yang boleh dilakukannya kini hanyalah mengeluh saja.
Sedang asyik dia ralit memandang orang ramai keluar masuk butik-butik di pusat membeli belah itu tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Sesosok tubuh yang begitu dia kenali. Sangat dia kenal. Seorang wanita tinggi lampai dan mempunyai kulit putih kekuningan berdiri di hadapan sebuah butik pakaian kanak-kanak.
"Ulya? Aku mimpi ke ni?" Aryan terus berdiri dan berjalan perlahan-lahan menghampiri wanita itu bagi memastikan siapakah wanita itu oleh kerana jarak antara dia dan wanita itu agak jauh.
Baru setapak dua dia melangkah tiba-tiba kedengaran bunyi riuh rendah daripada butik yang Laila masuki tadi. Terus Aryan Haikal berpaling memandang butik itu.
"Dah kenapa pula tu?" Aryan Haikal berkira-kira untuk melihat keadaan di butik itu. Namun di keraskan hatinya untuk mendekati wanita yang dilihatnnya tadi.
Baru saja dia berpaling semula kelibat wanita itu langsung tidak kelihatan lagi. "Aduh! Mana pula dia pergi? Laju betul jalan. Jap! Tadi dia bawak stroller. Aik! Bukan Ulya kot tu." Aryan Haikal bermonolog sendirian. Masakan Uly membawa stroller baby. Anak siapa pula?
Aryan Haikal terus saja melangkah memasuki butik yang dimasuki Laila. Memang kecoh keadaan di dalam butik itu.
"Kau ni reti buat kerja ke tak? Aku baru bagi sikit je baju suruh kau pegang dah jatuh semua. Ni kotor dah ni kau nak suruh aku beli?? Aku tak pakai baju kotorlah bodoh!" Kedengaran suara perempuan menjerit memaki pekera-pekerja di butik itu.
Aryan Haikal terus merempuh orang ramai yang berkerumun melihat kejadian itu. Dia kenal benar dengan suara itu. Lain tak bukan LAILA!
Laila yang sedang asyik memaki hamun sales girl butik itu terus terdiam apabila melihat Aryan Haikal juga turut berada di situ memerhatikannya dengan pandangan yang tajam.
Aryan Haikal bengang dan terus melangkah keluar meninggalkan Laila di butik itu tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya.
Keadaan yang sedari tadi kecoh terus menjadi sunyi apabila Laila pergi begitu saja meninggalkan semuanya mengejar Aryan Haikal.
Semua orang terpinga-pinga melihat Laila. Nasib saja tiada yang merakam kejadian itu kalau tidak habislah dia.
Terkedek-kedek Laila berlari dengan kasut tumit tingginya itu. Naik terpelecok kakinya. Akibatnya dia tidak dapat mengejar tunangnya itu.
Sampai saja di pintu utama pusat membeli belah itu dia melihat Aryan sudah menaiki sebuah teksi dan berlalu pergi.
"Arghhh! Tak guna! Ni semua sebab sales girl bodoh tu! Hangin betullah aku. Nanti kau aku report kat boss kau!" Laila menjerit melepaskan geramnya.
Dia akan pastikan sales girl butik itu tidak terlepas!
Pada Laila semua yang terjadi adalah atas kesilapan orang lain dan bukan dirinya. Dirinya sentiasa betul dan tidak pernah salah.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...