"Ha! Termenung apa tu!" Aqilah menyergah Ulya yang sedang termenung di birai katilnya. Alahai teman sebiliknya sorang ni sejak akhir-akhir ni asyik termenung saja.
"Opocot mak kau masuk longkang! Ops! Tipu je. Ingat aku nak melatah? Haha sorry sikit I'm not like others Jemah dot com tu ok." Ulya membuat mimik muka seakan maknyah.
"Oi, agak-agaklah nak buat-buat melatah tu. Kau doakan mak aku masuk longkang ke apa? Nampak ni siku tajam aku ni? Aku siku kang!" Aqilah menggosok-gosok sikunya. Bukan calang-calang punya siku tau! Siku mata pedang. Sekali kena bisa tak terkata.
"Heheh, sorry-sorry." Ulya mengangkat tangan memohon ampun. seriau dia melihat siku si Aqilah tu. kalau kena bisa juga tu.
"Ha, ni tadi kau termenungkan apa tu? Boypreng eh? Ulya like seriously sejak bila kau ada boypreng ni? Awat tak habaq kat ceq? Boleh la ceq canang kat pompuan mulut puaka tu yang hang ni lagi laku dari dia. Ui lama dah ceq tak nampak hang termenung-menung macam ni tau. Dari tak beroommate sampai beroommate dengan hang sem ni baru la ni ceq nampak hang lagu ni." Keluar dah loghat Aqilah. Kalau bab gossip tak laku lagilah bahasa KL.
"Kau ni dah kenapa? Aku mana ada boyfriend, aku malaslah nak fikir. Kau tahukan lepas je aku putus sem lepas beberapa bulan lepas tu aku menyesal. Aku dengan tebal mukanya mintak get back balik kat si Ryan tu lepastu apa yang aku dapat? Aku kena reject mentah-mentah wei." Kalau boleh Ulya tak mahu ingat lagi perkara yang memalukan itu. Sesak dadanya. Dia tahu semua tu salahnya tapi dia langsung tidak diberi peluang kedua.
"Oh, tak eh? Ala baru aku nak bagi sedass kat muka pompuan longkang tu. Eh, tapikan kau ni bukannya takda orang nak. Ada je, tu ha si mamat yang sama nama dengan Ryan tu beria-ria dia kejar kau tau. Kau tu je jual mahal."
"Aryan Daniel ke maksud kau? Dia tu kau rasa betul-betul ke nak kat aku? Entahlah wei aku macam susahlah nak percaya kat lelaki. Semua tau nak main-main saja. Mana pernah nak serius." Air coklat di atas meja yang bersebelahan dengan katilnya diambil lalu diminum Ulya sehingga habis. Haus pula rasanya.
"Aku rasa macam ok je dia tu. Terpulanglah pada kau. Hmm, apa kata kau kenal-kenal dulu dengan dia. Lepas kau kenal-kenal, kau nilailah dia tu macam mana ok ke idok. Ha, ok lah Cik Ulya Kaisarararaa aku nak mandi nanti sambung borak lagi eh." Laju Aqilah mencapai tuala dan barang mandiannya tetapi langkahnya terhenti, "Ulya, jangan biar benda yang lepas tutup jalan kebahagiaan kau k." Langkah disambung kembali.
Pening rasanya bila fikir pasal semua ini. kebahagiaan? Betul-betul Ulya tidak faham apa kebahagiaan itu sebenarnya masih wujudkah untuk seorang gadis yang bernama Ulya Kaisara ini?
'Aryan Daniel? Macam menarik untuk dicuba. Belum cuba belum tahukan. Manalah tahu aku boleh buka hati aku ni untuk dia. Manalah tahu kunci kebahagiaan aku ni ada pada dia. Cewah! Berangan je kerja kau ni ya Ulya'
*****
Bep!
Aryan Daniel – Morning sweet heart!
Ulya – Selamat pagi Ryan. Assalamualaikum.
Aryan Daniel – Ops, Walaikumsalam. Sara, Ryan nak ajak Sara lunch tengah hari ni. Sara nak tak? Hope you will not say no.
'Keluar lunch? Ok, nak pergi ke tak eh. Kalau tak pergi bila lagi kau nak kenal dengan dia kan? Ok, sis cuba.'
Ulya – Actually Sara ada kerja sikit tengah hari ni but it's okay I will say yes for our first meeting.
Aryan Daniel – Wow! Ryan macam tak percayalah Sara nak keluar dengan Ryan. Okay, wait! Betul ke Sara yang balas mesej Ryan ni? Atau Ryan mimpi?
Ulya – No Ryan, you're not dreaming. This is reality that i said yes for our first meeting and lunch just now.
Aryan Daniel – Sara, Ryan tak tahu nak cakap apa tapi yang penting I will use this chance sebaik mungkin! Ok, now 10 o'clock already. So I need to get ready. Pakai cantik-cantik tau Sara, I will pick you around 12 ok. See you later darl.
Ulya – Wow, awalnya you nak bersiap. Ok Ryan, jumpa nanti.
Telefon pintar Ulya letak di sisi pandangan dialihkan ke atas sambil berbaring di atas katil. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Dia merasakan inilah satu permulaan baru untuk dia. Tidak salah untuk mencuba lagi kan? Kalau dulu dia malas nak fikir tentang cinta sekarang cinta jadi topiq utama dalam fikirannya. Bahagianya dia sekarang ini.
'Eh, kejap. Alamak aku nak pakai apa jap lagi ni? Tadi Ryan kata pakai cantik-cantik mesti dia nak bawak aku tempat yang special ni. Takkan lah aku nak pakai baju t-shirt je. Pergi mamak bolehlah kalau pakai macam tu.' Dengan segera almari dibuka besar-besar. Ulya memilih baju yang ingin dipakainya. Lagaknya persis orang tiada langsung baju. Tergaru-garu kepala melihat cermin apabila baju yang dipadankan di badannya tidak mengena.
'Arghh, stressnya aku! Ok, jap kau ni dah kenapa Ulya? Kau kan selalu bergaya asal pulak hari ni kau jadi blur ni? Dah-dah hari ni aku nak pakai palazzo dengan blouse dusty pink ni. Rambut pula aku nak buat ala-ala style si Izara Aisyah tu. Wu, curlass kau Ulya.'
*****
Dari jauh kelihatan Honda Jazz hitam memasuki perkarangan Kolej 12. Pemandunya pula nampak segak memakai kaca mata hitam, ramai gadis-gadis menjadi pemerhati tidak berbayar sekejap sehinggalah kereta itu berhenti di hadapan Ulya. Bagai nak gugur jantung Ulya apabila cermin kereta itu diturunkan. Aryan Daniel rupanya. Ulya terasa bagai menjadi seorang bintang popular sekejap kerana ramai yang menjadi pemerhati. Ops, tidak lupa geng mulut puaka campur longkang pun turut menjadi pemerhati tidak berbayar. Ternganga mulut masing-masing.
"Girls, did you all see what I see just now? Tell me, I'm dreaming now." Chacha ketua geng mulut puaka campur longkang menggosok-gosok matanya.
"No, Chacha you're not dreaming. Kami pun nampak apa yang kau nampak. Gila hot mamat yang pick up dia tu babe." Lengan Chacha dipeluk Fyna. Hampir cair Fyna melihat Aryan Daniel. Fuh, panas bontot lah Chacha lepas ni.
"Abang dia kot tu. Hmm, ok lah jom cepat masuk kereta I dah lapar ni nanti I makan you all pulak kang." Terkipas-kipas tangannya menahan terik matahari dan panas melihat scene yang menyakitkan mata itu tadi. Terus saja dia menerobos masuk ke dalam kereta Myvinya.
Pantang sungguh Chacha apabila melihat Ulya dan Aqilah lebih daripadanya. Mana boleh ada orang yang lebih cantik dan lebih dari segala-galanya daripada dia. Kereta Myvi yang dihadiahkan oleh papanya itupun sudah berapa kali didesaknya untuk ditukar. Tidak standard katanya bawa kereta macam tu. Sebagai anak Dato' Megat Iskandar yang mempunyai empayar syarikat balak yang besar tidak layak rasanya dia memakai kereta seperti itu. Hampir saja papanya menampar pipinya kerana menghina pemberian papanya itu.
"Hadiah apa yang papa kasi ni? This is not our standard papa. Come on. Kereta cabuk macam tu anak Dato Megat Iskandar nak pakai bawak pergi universiti? Hell no!" Lantang suara Chacha. Panas sungguh hatinya. Malu dengan rakan-rakannya apabila hadiah kereta Myvi itu diberikan pada majlis harijadinya. Semua rakan-rakannya tergelak kecil melihat kereta itu.
"Natashah! Do you know what are you talking about? That's car is a present from me for you. How could you say like that? Papa taknak anak papa ni terlampau manja dan bermewah sangat dengan duit dan harta. Nanti tak reti nak berdikari langsung. Cubalah bersyukur sikit Natashah." Sakit dadanya melayan kerenah anak tunggalnya itu. Kalaulah isterinya masih ada sudah pasti Ntashah tidak akan jadi bergini.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Lãng mạn"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...