Bab 35

6.8K 212 11
                                    

Bunyi pinggan berderai pecah menarik perhatian Aryan Haikal dan Encik Khalid yang rancak berbual di gazebo rumahnya. Mereka laju menuju ke dapur untuk melihat apa yang telah terjadi.

"Mama OK? Mama tak sihat ke?" Soal Ulya kerisauan. Tangan Puan Munirah dicapai. Terdapat sedikit kesan luka.

"Ish! Aku OK lah. Tak payah pegang-pegang aku!" Puan Munirah menepis kuat tangan Ulya yang memegang tangannya. Dia rasakan tangan itu tidak layak menyentuh walau seincipun kulitnya.

"Mama tak OK ni. Tangan mama berdarah. Ni pegang pinggang pun boleh jatuh. Mama tak sihat ke ni?" Ulya mencuba lagi. Dia risaukan ibu mertuanya itu. Walaupun dilayan seperti sampah tetapi Ulya masih meletakkan darjat ibu mertuanya itu sama seperti ibunya sendiri.

"Aku kata aku OK tu maknanya aku OK lah! Kau tak faham bahasa ke?" Puan Munira mengherdik Ulya kasar. Dalam pada masa yang sama dia sedang merencanakan sesuatu.

"Mama? Ulya? Kenapa ni?" Soal Aryan Haikal cemas. Ketika dia masuk ke ruangan dapur dia melihat ketegangan di antara ibunya dan isterinya. Apa pula yang berlaku?

"Hah tangan awak berdarah tu Mun?" Encik Khalid pula terus meluru ke arah isterinya. Tangan Puan Munirah segera dicapai. Dilap darah yang mengalir.

Tiba-tiba Puan Munirah menangis membuatkan Ulya terkejut. Baru sebentar tadi dia kata dia OK siap marah-marah lagi. Tapi sekarang lain pula. 360 darjah berubah!

"Mama tak tahulah Ryan. Mama tak tahu apa salah mama pada Ulya. Mama cuma nak tolong dia sediakan kuih untuk papa dengan Ryan je. Tapi dia tepis. Tak bagi mama buat. Tu yang pinggan tu jatuh tu. Mama ni jahat sangat ke Ulya? Sampai Ulya benci sangat pada mama? Mama cuba nak berbaik dengan Ulya tapi Ulya buat mama macam ni?" Tersedu-sedan Puan Munira menutur satu persatu ayat yang telah dikarangnya dari awal lagi.

Melopong mulut Ulya mendengar pertuduhan demi pertuduhan ibu mertuanya itu. Terkedu lidahnya untuk membela diri. Bukan apa tapi kerana tidak menyangka Puan Munira sanggup memfitnah dirinya.

Begitu juga Aryan Haikal. Dia tergamam. Bersilih ganti wajah Ulya dan ibunya dipandang.

"Sebab ini ke Ulya beriya tak mahu pindah duduk sendiri dengannya?" Desis hati Aryan Haikal.

"Ulya takut ke perhatian Ryan kurang ke kalau mama tolong Ulya buat kerja?" Puan Munira masih lagi dalam babak lakonannya.

"Ap.. apa mama cakap ni? Tad..tadi mama..." tergagap-gagap Ulya mahu berbicara.

"Ulya! Naik atas sekarang!" Tiba-tiba suara Aryan Haikal memotong kata-kata Ulya.

Tajam pandangan Aryan Haikal pada Ulya. Kini Ulya begitu kecil di mata Aryan Haikal.

"Ryan, Ryan. Jangan dimarah isteri tu. Nasihat elok-elok ya." Puan Munira cuba memegang watak ibu mertua yang bertimbang rasa. Lakonannya jika dicalonkan sebagai pelakon wanita terbaik di ABPH pasti menang.

Aryan Haikal hanya diam apabila mendengar nasihat ibunya dan hanya matanya saja seakan memberikan arahan kepada Ulya agar mendengar arahannya sebentar tadi.

Dengan segera Ulya terus beredar dari situ dan naik ke tingkat atas. Air matanya mula berlinangan namun cuba ditahan.

Menggigil tangannya menahan amarah bercampur dengan kecewa. Kakinya pula perlahan-lahan digagahkan untuk menapak ke tingkat atas. Air mata yang mengalir tidak henti di pipi diseka namun itu hanya sia-sia. Air mata Ulya tetap saja tidak mahu berhenti. Masih membasahi pipinya.

*****

Tombol pintu bilik dipulas lemah lalu ditolak pintu itu. Kelihatan Ulya sedang duduk termenung di birai katil bagai menunggu hukuman mati yang akan dijatuhkan terhadapnya.

"Ehem!" Aryan Haikal berdehem sebelum melangkah masuk ke dalam bilik. Dia melangkah perlahan ke arah isterinya.

Ulya pula sekadar menoleh lemah. Dia buntu samaada mahu membela diri ataupun hanya diam dan membiarkan dirinya dianggap salah.

"Explain!" Aryan Haikal meminta penjelasan.

"Tak ada benda nak jelaskankan." Pendek Ulya membalas.

"Jadi betullah apa yang mama cakap tadi?"

"Ikut awaklah nak percaya ke tidak. Awak lagi kenal siapa saya."

Aryan Haikal mengeluh lemah. Dia tahu ibunya tidak menyukai isterinya itu tapi untuk mencederakan diri sendiri mustahil ibunya senekad itu.

"Habis tu awak nak kata mama yang pecahkan pinggan tu sendiri? Awak nak kata mama sengaja buat macam tu sebab dia nak kenakan awak?"

"Awak fikir sendiri lah Ryan. Saya malas nak komen apa-apa. Kalau awak rasa saya yang buat. Ikut awaklah." Ulya bingkas bangun dan terus keluar dari bilik itu meninggalkan Aryan Haikal.

Aryan Haikal pula dibiarkan Ulya sendirian. Bukan tidak mahu membela diri daripada fitnah ibu mertuanya itu cuma dia rasakan Aryan Haikal lebih mengenali dirinya dan lebih bijak membuat keputusan.

*****

Pagi itu Ulya tersedar dari lenanya yang ditemani air mata sepanjang malam. Kelopak mata dibuka pelahan kepalanya pula terasa bagai dicucuk-cucuk. Sakit sangat. Dalam keadaan samar-samar Ulya menoleh ke sebelah kiri katilnya, Aryan Haikal tiada.

Sepanjang malam dia dibiarkan tidur sendirian. Tanpa pujukan tanpa belaian seorang suami seperti malam-malam sebelumnya. Remuk hati Ulya memandang ruang kosong disebelahnya.

Ulya mencuba bangkit dari pembaringannya untuk mengambil wudhuk namun dia gagal. Kepala terasa begitu berat mungkin kerana dia terlalu terekan. Akhirnya, matanya terpejam semula.

*****

"Bu! Bu! Ngun!" Mikail menggoncang-goncang tubuh ibunya Ulya.

Lambat-lambat Ulya membuka mata. Cahaya sinaran matahari yang memasuki biliknya begitu menyakitkan matanya. Ulya cuba juga membuka matanya dan dia menoleh ke arah gerangan yang mengejutkannya dari tidur itu.

"Bu! Ngun!" Tutur Mikail pelat apabila melihat Ulya sudah terjaga daripada tidurnya.

Ulya tersenyum apabila melihat Mikail yang mengejutkannya. Lantas dia mengusap ubun-ubun kesayangannya itu.

"Sorry Mika. Ibu bangun lambat. Mika lapar ye?" Lembut tutur Ulya kepada Mikail.

"Saya yang suruh dia kejut awak. Tak bangun-bangun dari pagi. Awak tengok jam tu dah pukul berapa? Mama pun dah siap masak dah. Dahlah tangan dia tengah luka." Sinis! Cukup sinis kata-kata Aryan Haikal.

Ulya yang masih dalam keadaan mamai terus melihat jam di telefon bimbitnya. Membulat matanya. Pukul 12.00 tengah hari!

Dia cuba bangun untuk ke kamar mandi tetapi kepalanya masih lagi berdenyut-denyut. Kepalanya ditekan-tekan rasa seperti hendak pitam saja.

"Tak payah nak berlakon sakit. Tak payah keluar dari bilik ni pun tak apa semua kerja rumah kat bawah tu mama dah buat. Duduk jela kat bilik ni sepanjang hari." Malas Aryan Haikal mahu melihat Ulya yang seakan mahu mencari perhatian daripadanya.

Aryan Haikal terus mendukung Mikail dan membawanya keluar meninggalkan Ulya.

Apabila Aryan Haikal membuka pintu kedengaran suara gelak ketawa di tingkat bawah. Ya! Ulya sangat mengenali suara itu. Suara Laila! Pilu hati Ulya mendengar sakitnya tidak dipedulikan.








Hai readers...semua sihat? Btw sis nak say sorry sebab lama sgt2 nak update chapter baru ni. Sis busy sikit dua tiga bulan ni. So sorry

Please jangan larii and keep reading ok.. jangan lupa vote 😘😘😘

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now