Bab 39

9.9K 251 10
                                    

Kedengaran suara gelak ketawa Laila bersama dengan seorang lelaki di dalam sebuah kelab malam. Siap bertepuk bertampar.

"You keluar dengan I ni you tak takut ke Ryan tahu?" Soal lelaki itu.

"Alah rilek lah Farish, dia tengah busy jaga bini dia yang dah nak mati tu. So dia bukan ambil peduli pun I nak keluar dengan siapa." Jawab Laila selamba.

"Oh! Kalau macam tu jom over night kat rumah I malam ni. Dah lama kita tak have fun kan?" Jari jemari lelaki itu sudah mula menjalar meraba-raba seluruh pelusuk tubuh Laila.

"Boleh sayang. I nak minta dari Ryan memang tak dapatlah kan. Baik I minta dari you." Laila memberikan senyuman menggodanya. Makin dilentikkan badannya apabila mata Farish kelihatan sedang meratah seluruh tubunya.

Berbotol-botol air kencing setan diteguk mereka malam itu. Mereka betul-betul hanyut dalam dosa kemaksiatan.

*****

"Qila... air?" Puan Dahlia menyuakan air kopi hangat kepada Aqilah.

"Thank you mama Dee. Mama Dee tak tidur lagi?" Soal Aqilah. Puan Dahlia kelihatan begitu sugul kerana risau akan Ulya.

"Belum ngantuk Qila. Mama Dee tak boleh nak tidur." Ujar Puan Dahlia. Kedengaran keluhan panjang daripadanya.

"Mama Dee sabar ya. Kita doakan Ulya cepat sembuh. Semua yang jadi ni ada hikmahnya." Aqilah cuba memberikan semangat ke Puan Dahlia.

"Mama tak sangka sampai sekarang mama Ryan tu masih tak boleh terima Ulya. Apa salah anak Mama Dee tu Qila?" Sebak hati Puan Dahlia. Ibu mana yang tak sedih apabila anaknya diperlakukan sebegitu.

Pada awalnya, setelah Aqilah menceritakan segalanya Puan Dahlia tidak dapat memaafkan Aryan Haikal. Padanya apa yang dilakukan Aryan Haikal itu begitu melampau. Tamparan yang diberikan kepada Aryan Haikal tempoh hari dirasakan belum cukup untuk membayar penderitaan anaknya.

Ya! Memang anaknya tidak didera secara fizikal. Tetapi penderaan mental adalah lebih menyakitkan. Jika tidak dapat dikawal maut menanti. Ya Allah selamatkanlah anakku Ya Allah. Rintih hati Puan Dahlia bersama air matanya turut mengalir.

"Mama Dee.. shh shh. Mama Dee kena kuat untuk Ulya. Mama Dee tak boleh macam ni." Aqilah cuba untuk meredakan hati Puan Dahlia. Air mata Puan Dahlia disekanya.

Mereka berpelukan. Aqilah cuba memberikan kekuatan kepada ibu teman baik yang dianggap seperti ibunya sendiri. Luluh hatinya melihat Puan Dahlia tidak henti-henti mengangis.

"Sayang, Mama Dee cepat siap-siap kita kena ke hospital sekarang. Ryan kata Ulya dah sedar." Ujar Syed Mukhris yang barun turun dari tingkat atas.

"Alhamdulillah. Dah cepat Qila kita bersiap." Puan Dahlia dan Aqilah bingkas bangun dan menuju ke bilik masing-masing.

*****

"Ibu!"

Suara yang begitu Ulya rindui. Suara itu datang dari arah jambatan pelangi. Segera Ulya berjalan menuju ke arah jambatan itu.

"Mikail sayang. Tunggu ibu. Ibu datang ni." Ujar Ulya riang.

"Ibu! Cepat ibu! Mika tak boleh lama!" Jerit Mikail. Kini dia berada di seberang jambatan.

"Tunggu ibu Mika. Jangan tinggalkan ibu lagi sayang. Ibu rindu Mika." Ulya berlari anak mendapatkan Mikail air mata mula mengalir di pipinya. Tidak dapat dia bayangkan jika dia harus kehilangan Mikail lagi.

Akhirnya Ulya berjaya mendapatkan Mikail. Didakapnya dan diciumnya Mikail sepuas hatinya. Tidak tertanggung rindu hatinya pada anaknya itu.

Kali ini dia tidak sanggup untuk berpisah lagi dengan anaknya itu.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now