Pagi-pagi lagi Aryan Haikal sudah bersiap-siap untuk keluar. Simple tetapi tetap nampak kacak dan bergaya. Setelah siap semua dia mengambil kunci kereta Audinya dan terus keluar dari biliknya.
Apabila sampai di tingkat bawah Aryan Haikal mencari mamanya di dapur.
"Ma! Haa ma Ryan nak keluar tau ada hal. Ryan tak balik makan tengah hari tau. Bye ma." Aryan terus mencium pipi Puan Munira dan bergegas keluar dari rumah.
"Eh Ryan! Ya Allah bertuah punya anak. Mama tak sempat cakap apa-apa lagi. Dengan tak sarapan dulu terus keluar. Haih, hujung minggu pun keluar. Hmmm." Puan Munira menggeleng kepalanya. Macam-macam perangai anaknya yang satu itu.
Tak lama selepas Aryan Haikal keluar En. Khalid pula masuk ke dapur.
"Mun, abang nak keluar ni nak jumpa kawan abang jap. Abang tak balik lunch." En. Khalid dengan slumber terus berlalu keluar dari dapur.
Berkerut-kerut dahi Puan Munira. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"Haih orang-orang dalam rumah ni dah kenapa. Haa tinggal aku sorang-sorang. Membazir je buat sarapan dah aku yang kena makan sorang-sorang." Bebel Puan Munira seorang diri.
Walaupun hujung minggu suami dengan anaknya masih juga tiada masa di rumah.
*****
Aryan Haikal memandu keretanya menuju ke rumah Syed Mukhris. Ada sesuatu yang perlu dia tanyakan. Sesuatu yang begitu penting baginya.
Apabila sampai di rumah Syed Mukhris Aryan terus menekan lonceng rumah temannya itu. Bertalu-talu lonceng rumah ditekan.
"Ya Allah siapalah yang tak menyabar sangat ni tekan lonceng macam nak runtuh rumah ni." Aqilah membebel sendirian keluar menjengah di muka pintu rumahnya.
Apabila Aryan Haikal melihat Aqilah di muka pintu terus dia menyapa, "Qila!"
"Lah kau ke? Nak runtuh rumah aku ni kau buat tau. Tekan sekali dua cukup lah. Ish." Aqilah tidak berpuas hati.
Dia menekan remote control pintu pagarnya. Lalu menyuruh Aryan Haikal masuk ke rumahnya.
"Alaa.. sorry lah Qilah aku takut korang tak dengar tadi. Syed ada tak ni?" Aryan tersengih-sengih kerana di marahi Aqilah. Dia melangkah memasuki rumah Syed Mukhris sambil meninjau-ninjau mencari temannya itu.
Aqilah terus bercekak pinggang mendengar pertanyaan Aryan Haikal itu. Dia menggeleng kepalanya. "Kau ingat aku ni gila aku suruh kau masuk tapi Syed tak ada? Mestilah ada tu pasal aku suruh kau masuk. Dey! Pooooorahh!" Aqilah mengangkat tangannya ala-ala aci-aci sedang marah.
"Err.. aah juga eh. Ok ok sorry babe. Aku masuk ye." Aryan terasa dirinya begitu bodoh kerana menanyakan soalan seperti itu. Dengan perlahan-lahan dia melangkah masuk di hadapan Aqilah. Konon acah takut kena marah lagi.
"Kau dah kenapa? Tu Syed ada kat tingkat atas tengah tengok tv. Haa pergilah naik. Aku nak buat air kejap." Aqilah terus meninggalkan Aryan Haikal di situ.
"Hah ok. Buat air tu sedap-sedap kalau boleh ada kuih-muih or biskut sekali pun sedap jugak." Kata Aryan separa menjerit sambil memegang perutnya yang sudah menjerit meminta ehsan dari tuannya untuk diberi makanan.
Itulah orang lain pagi-pagi hujung minggu macam ni bersama keluarga sarapan sambil berborak-borak. Dia pula sibuk mengendeng di rumah orang. Kan dah terpaksa buat muka tak malu meminta Aqilah menyediakan sedikit makanan untuknya.
Aqilah hanya membuat tanda "ok" saja menunjukkan dia akan menyediakan apa yang diminta oleh Aryan Haikal itu.
*****
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romansa"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...