Bab 37

10.5K 232 13
                                    

Pagi-pagi lagi Aryan Haikal sudah terpacak di hadapan rumah Syed Mukhris. Naik hairan Aqilah dan Syed Mukhris melihat teman mereka yang seorang itu.

Yang lagi pelik Aryan Haikal bersendirian. Ini lain tidak bukan kalau kes bergaduh ni. Desis hati Syed Mukhris.

"Masuklah Ryan. Kusut je muka ni kenapa?" Soal Syed Mukhris sebaik saja Aryan Haikal  melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Kau gaduh dengan Ulya ke? Tak pun mama kau buat hal ea?" Berderu-deru soalan keluar dari mulut Syed Mukhris.

"Kau ni aku tak duduk lagi dah berderu-deru soalan kau tembak aku eh." Aryan Haikal naik rimas dengan soalan Syed Mukhris itu.

"Habis tu kenapa? Kau dengan datang sini sorang-sorang dengan muka kusut je aku tengok. Ish tertanya-tanya tau." Tidak senang hati Syed Mukhris selagi Aryan Haikal tidak menjawab soalannya.

"Haih kau ni makin kusut akulah. Hmm sebenarnya aku datang sini sebab aku nak mintak kau dengan Qila tolong aku." Akhirnya Aryan Haikal memulakan mukadimahnya.

"Tolong apa tu?" Soal Syed Mukhris.

"Kau kena tolong aku Syed. Aku tak boleh buat benda ni sorang-sorang." Ujar Aryan Haikal.

"Tolong apa tu Ryan. Macam berat je bunyinya." Sampuk Aqilah sambil memghidangkan air teh untuk Aryan Haikal dan suaminya.

"Korang kena tolong aku. Kalau korang takda tak jadi plan aku ni."

"Eh! Iye. Nak kena tolong apa ni? Cuba kau cerita dulu satu-satu." Soal Syed Mukhris yang naik geram dengan Aryan Haikal yang masih lagi tidak bercerita hal yang sebenar.

"Macam ni..."

*****

"Aunty... bila Laila boleh kahwin dengan Ryan ni aunty?" Laila merengek tanpa ada rasa segan silu kerana mereka berada di restoran.

"Laila.. sabarlah sikit. Plan kita nak buat Ryan dengan perempuan tu bergaduh dah berjaya tau. Tinggal tunggu mereka tu bercerai je." Ujar Puan Munirah.

"Ish! Lama betullah Laila kena tunggu. Laila dah tak sabar tau nak jadi isteri Ryan. Laila tak sabar nak bahagiakan Ryan." Ujar Laila tersenyum-senyum sambil memasang angan-angan.

"Kamu jangan nak berangan lebih. Kalau nak jadi isteri Ryan kamu tu kenalah pikat Ryan. Bagi dia jatuh hati and gila bayang kat kamu." Puan Munirah menyisip sedikit air jus orennya.

"Eee.. Laila dah cuba dah aunty. Tapi Ryan tu jual mahal sangat. Bini dah macam tu pon still tak nak ceraikan." Laila mencebik.

"OK! Aunty ada plan. Kali pasti dorang akan bercerai punya. And Ryan akan gila bayang dengan Laila." Bersinar-sinar raut wajah Puan Munirah apabila terfikirkan sesuatu yang bakal merealisasikan impiannya.

"Oh yeke. Apa dia aunty? Oh gosh! I can't wait! Tell me tell me now please aunty." Gedik sungguh Laila sehinggakan orang sekeliling mereka memandang aneh ke arah mereka.

Apabila menyedari keadaan itu Laila hanya memberikan jelingan saja. Oh lupa siapa yang boleh menurunkan ego di Laila Gedik ini kan.

"Iye sabarlah. First kita berbaik dulu dengan Ulya. Buat betul-betul tau sampai betina tu percaya dengan kita..."

*****

Mikail yang sedang asyik bermain di laman rumah diperhatikan oleh Ulya. Lama-kelamaan fikiran Ulya jauh melayang. Memikirkan Aryan Haikal yang kian jauh berubah. Kedinginan Aryan Haikal terhadapnya sudah membawa kepada sebulan lamanya.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now