"Ryan! Cubalah tebas jambang you tu rimas la I tengok." Laila geram.
"Nantilah, I malas nak cukur. Takda mood!" Aryan membalas dengan nada malas.
Sofa empuk di ruang tamu rumahnya dia tepuk-tepuk. Aryan terus merebahkan dirinya di atas sofa itu.
Laila menggeleng, "Ish! Degil tak sudah si Ryan nilah. Aku bagi kasut tumit tiga inci aku kat luar tu kang baru tahu." Bebel Laila dalam hatinya.
Kedengaran dengusan kasar dari mulut Laila.
"Apa yang you nak geram sangat. Ni muka I bukan muka you." Satu jelingan diberikan khas buat Laila.
Terbeliak mata Laila dibuatnya.
"Oh! Berani you jelinga I eh. Dah lah I nak balik. Pergilah you bela jambang you tu panjang-panjang sampai boleh buat jambatan buat jumpa buah hati you tu nanti." Laila mendengus lagi. Dia terus melulu ke pintu.
Aryan hanya menoleh sekilas, "Jangan lupa tutup pintu tu!"
Laila hanya menjelirkan lidah, "Wekkk! Tutup sendiri." Dia cepat-cepat berlari memboloskan diri ke dalam keretanya.
Di dalam kereta dia memukul-mukul stering. "Tak guna! Dulu bukan main lagi kau nak balas dendam. Sekarang kau pulak yang angau!"
*****
Dari jauh kedengaran keluhan panjang. Aryan Haikal mengeluh memikirkan hubungan dia dan Ulya juga hubungan dia dan Laila.
Kalau tidak bukan kerana Mamanya dia tidak perlu berbohong. Yang menjadi mangsa Ulya dan dirinya sendiri kerana perlu berlakon di hadapan dua manusia itu.
Sesak kepalanya memikirkan hal yang satu itu. Niatnya untuk membetulkan keadaan terus menjadi kucar-kacir. "Kenapa aku ni bodoh sangat. Bagitahu hal yang sebenarnya dekat semua orang je kan senang."
Aryan meraup mukanya. Semak dengan semua benda yang terjadi akhir-akhir ini. Jika dia tidak berahsia sudah pasti Ulya sudah menjadi tunangnya kini.
Ya Aryan Haikal sedang meratapi kesilapannya sendiri.
*****
Puan Munira menenung lama jam di pergelangan tangannya. Dua tiga minit kemudian matanya dialihkan kembali ke arah luar restoran itu. Mana tidaknya orang yang ditunggu tidak kunjung tiba.
"Manalah si Laila ni. Kata nak datang pukul 3 ni dah nak pukul 4 tak sampai-sampai lagi." Riak kerisauan mula terpancar di wajahnya.
Wajahnya masih nampak muda walaupun usianya sudah mencecah angka lima puluhan tahun. Mana tidaknya kesihatan dan kecantikan dirinya sering dijadikan fokus utama rutin hariannya. Takut suami lari!
Tidak lama kemudian sesosok tubuh wanita tinggi lampai masuk ke dalam restoran itu. Terjadi sedikit kekecohan apabila dia terlanggar seorang pelayan yang sedang membawa sup cendawan yang masih panas lagi.
"Oi! Tak nampak orang ke? Tu! Pegang elok-elok sup tu, nasib baik tak kena kat aku." Laila menengking pelayan tersebut. Merah mukanya.
Rambutnya yang agak tidak terurus ketika itu dikemaskan sedikit apabila melihat Puan Munira menoleh kearahnya. Lekas-lekas dia menukar ekspresi mukanya daripada marah kepada senyuman lebar seolah-olah dialah orang yang paling pemurah dengan senyuman pada abad ini.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...