Kedinginan mula menjalar sampai ke tulang membuatkan Ulya terjaga dari lenanya yang panjang.
Apabila Ulya membuka mata, kelihatan beberapa susunan kerusi dan sebuah meja berada di hadapannya. Keadaan sekeliling yang dilimpahi cahaya lampu kalimantang menyakitkan mata Ulya.
"Aku kat mana ni?" Perlahan suara Ulya kedengaran.
Ulya melihat sekeliling. Dia mahu berdiri namun terbatas. Kaki dan tangan Ulya telah diikat. Puas dia mencuba untuk membuka ikatan itu tapi gagal.
"Aku kat mana ni??? lepaskan aku!!" Ulya menjerit sekuat hatinya.
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang memakai baju serba hitam menutup mulutnya.
"Diamlah!" Lelaki itu mengambil sehelai kain dan menutup mulut Ulya.
Ulya terpaku. Lelaki itu adalah Aryan Danial. Lelaki psycho!
Mata Ulya bergerak-gerak mahu berkata-kata tetapi terbatas kerana mulutnya ditutup.
"Kau nak cakap apa? Kuat sikit. Aku tak dengar. Apa??" Aryan Danial mengacah-ngacah Ulya.
Ulya mendengus geram. Akhirnya dia mengalah. Keadaan sekeliling dipandang. Tiba-tiba Ulya teringatkan sesuatu. "Mika... mana Mika?" Ulya berteka-teki sendirian.
"Kau nak cakap apa? Haih susahlah cakap dengan orang bisu ni... tapi kan nak pula kau bercakap dengan aku. Pandang muka aku. Sebelum ni bukan main menyampah lagi kan kau dengan aku?"
Aryan Danial berjalan mendekati Ulya. Dia menyandarkan badannya di sebelah Ulya. "Hmm... sayang nak cakap apa? Abang tak faham sayang."
Wajah Ulya dipandang. "Sayang~ abang minta maaf. Abang bukan nak sangat buat sayang macam. Tapi... sayang tu lah siapa suruh tak nak layan abang."
Tangan Aryan Danial mula meliar ke seluruh badan Ulya. Ulya cuba untuk mengelak tetapi tidak terdaya kerana tangan dan kaki diikat kuat.
"Sayang kenapa? Tak suka ya? Alaaaa nanti mesti sayang suka. Oh ya! Baby yang ada dengan sayang tadi baby siapa? Baby sayang ke? Sayang curang dengan abang? Mesti tak kan? Sayangkan sayang abang sorang je." Aryan Danial bermain dengan soalan sendiri.
Ulya meronta sekuat hati apabila mendengar Aryan Danial menyebut tentang bayi yang bersamanya.
"Sayang kenapa? Sayang nak cakap? OK sayang kena janji jangan jerit tau. Kalau sayang jerit sayang tahukan apa abang boleh buat kat sayang?" Aryan Danial mengugut.
Ulya mengangguk tanda setuju. Selepas ikatan kain di mulut Ulya dibuka terus Ulya meludah muka Aryan Danial. Baru puas hatinya dapat meludah muka jantan seperti Aryan Danial itu.
"Mana anak aku Mika?"
Aryan Danial yang menahan geram diludah Ulya terus menampar Ulya sekuat hati.
"Anak kau? Tak guna! Kenapa kau curang? Dasar perempuan murahan!"
Pang!
Sekali lagi Ulya ditampar.
Ulya tersandar lemah pada dinding. Dia meraba bibirnya. Darah mengalir. Bibirnya pecah akibat ditampar oleh Aryan Danial.
"Aku tak pernah curang! Kau yang tinggalkan aku! Dah lama kau tinggalkan aku setan!" Suara Ulya meninggi.
"Dulu kau bodohkan aku. Kau ragut kesucian aku! Lepas tu kau tinggalkan aku macam anjing kurap! Aku merayu pada kau. Tapi kau? Kau buat aku macam sampah! Aku hilang arah sebab kau tapi aku bangun semula! Then sekarang kau datang balik. Kau nak apa? Aku tak ada apa-apa Ryan."
"Tolonglahh... tolong
"Sekarang ni mana anak aku?"
Aryan Danial cepat-cepat menutup telinganya. Dia tidak mahu mendengar suara Ulya. "Cukup! Aku tak pernah tinggalkan kau. Kau yang tinggalkan aku. Semua orang tinggalkan aku! Tak ada siapa yang nak hidup dengan aku! Termasuk kau!"
Ulya terdiam seakan menyedari sesuatu. Aryan Danial kelihatan tertekan. Ulya cuba mencerna apa yang telah terjadi.
"Ryan, sayang! Maafkan Sara. Sara tak bermaksud nak tinggalkan Ryan. Sara sayang Ryan." Ulya cuba melembutkan Aryan Danial.
Aryan Danial menurunkan tangannya perlahan-lahan. Dia menoleh ke arah Ulya.
"Kau ingat aku bodoh nak percaya lakonan kau? Manusia kalau dah curang memang jadi bodohkan?" Merah menyinga muka Aryan Danial.
Pang!
Muka Ulya ditampar kuat.
"Ryan! Sakit Ryan! Apa salah Sara?"
"Kau tanya apa salah kau? Kau curang dengan aku! Kau pergi dengan lelaki tu. Kau tinggalkan aku selepas 6 bulan kita kahwin. Kau tahu tak betapa menderitanya aku? Kau memang perempuan tak guna! Arghh!" Aryan Danial menolak semua kerusi yang ada di situ. Amukannya semakin menjadi-jadi.
Ulya mengesot ke bucu dinding. Ketakutan menyelubungi dirinya kini. Puas dia fikir punca hal ini berlaku tetapi yang dia temui hanyalah kebuntuan.
"Ryan kita tak pernah berkahwin Ryan. Sara tak pernah jadi isteri Ryan apatah lagi curang dengan Ryan." Tersedu-sedan Ulya.
"Apa kau kata? Kau ni kan memang perempuan sundal! Murahan!" Aryan Danial terus merapati Ulya dan menarik rambut Ulya.
"Kau dengar sini. Selagi kau tak sedar apa yang kau buat selagi tulah aku akan seksa kau dan selagi tulah anak kau tu kau jumpa dia!" Aryan Danial melepaskan rambut Ulya dan terus keluar dari ruangan itu.
"Ryan! Jangan apa-apakan anak aku! Ryan... aku mohonnn." Suara Ulya mengendur dan dia rebah ke lantai. Tidak terdaya untuk semua itu.
*****
"Ryan bawak mengucap nak. Biar polis yang selesaikan. Mereka pun tengah siasat tu." Encik Rahman cuba menenangkan Aryan Haikal.
"Ryan tak boleh nak tenang. Ryan tak tahu siapa yang culik Ulya. Mika pula dia kecil lagi. Mesti penculik tu buat benda yang bukan-bukan nanti. Ya Allah lindungilah Ulya dan Mikail Ya Allah."
"Kita sama-sama berdoa ya supaya Ulya dan Mikail selamat." Encik Rahmam menggosok-gosok belakang badan Aryan Haikal untuk menenangkannya.
Aryan Haikal hanya mengangguk. Dia menoleh ke arah Puan Dahlia.
"Mama..." Aryan memanggil Puan Dahlia. Dia bimbang kerana Puan Dahlia sedari tadi mendiamkan diri dan menangis.
Puan Dahlia memandang Aryan Haikal dengan pandangan yang lemah kemudian menundukkan semula wajahnya.
"Mama tengah risau sangat tu. Sebab itu dia jadi macam tu. Dari dalam kereta lagi dia macam tu Ryan." Encik Rahman menerangkan keadaan Puan Dahlia kepada Aryan Haikal.
"Assalamualaikum~" Kedengaran suara lelaki dan wanita dari luar rumah memberi salam.
Aryan Haikal bergegas menjengah ke luar rumah.
"Qila, Syed! Masuk-masuk." Aryan Haikal menjemput Aqilah dan Syed Mukhris masuk ke dalam rumah.
"Ryan aku ada benda nak cerita pada kau ni." Aqilah mula bersuara sejurus dia memasuki rumah Aryan Haikal.
"Apa dia? Pasal Ulya ke?" Soal Aryan Haikal dengan penuh debaran.
Aqilah mengangguk.
"Sebenarnya, aku rasa aku tahu siapa yang culik Ulya."
"Siapa?" Semua yang ada di situ terus memandangkan Aqilah. Kini Aqilah menjadi tumpuan di situ.
"Aryan Danial." Jawab Aqilah pendek.
"Kenapa dia?" Aryan Haikal cuba mencerna nama lelaki itu.
Aqilah memulakan cerita tentang gangguan yang Aryan Danial lakukan kepada Ulya sejak kebelakangan ini.
Informasi itu juga telah diberikan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...