Bab 7

9.1K 234 2
                                    

Sunyi betul rumahnya kini semenjak Aqilah berkahwin. Terpaksalah dia duduk di situ seorang2. 'Nak cari housemate baru malas. Bukan senang zaman sekarang nak cari housemate yang satu kepala.'

Beep!

Lamunan Ulya terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Unknown: hai Ulya 😘

"Siapalah yang mesej aku ni? Siap ada bagi emoji kiss lagi tu. Err seram!" Tapi ni bukan kali pertama Ulya dapat mesej sebegitu malah dah banyak kali. Almaklumlah ramai peminat. Huhu

Ulya: Siapa ni?

Selepas membalas mesej itu Ulya terus ke dapur untuk membancuh segelas air koko. Setelah beberapa minit kemudian dia kembali dengan segelas air di tangannya. Ulya memandang skrin di telefon bimbitnya. 'Cepatnya reply, ni mesti kaki phone ni.' Ulya membuat serkap jarang.

Unknown: Cuba teka, ok saya bagi klu. Saya dulu pernah buatkan hari2 awak ceria dan bahagia. 😆

'Dah kenapa? Psychonya dia ni! Ok takpa aku layan dulu, apa dia nak sebenarnya ni.'

Ulya: I'm a busy woman and I don't have so much time to play a stupid game like this ok. Just straight to the point please.

'Haha, bagi dia fikir aku ni tak sporting and tak jadi kacau aku.'

Unknown: Oh I see. Ok sorry. But I think you need to spend your time to play this STUPID game. I'm sure it'll be fun. 😏

'Oh, nak mencabar aku ya? Tapi jap siapa dia eh? Ahh dah kenapa aku perlu layan mangkuk hayun ni?' Ulya terus mencampak telefon bimbitnya ke sisi sofa jauh sedikit daripadanya. Matanya dialihkan kepada skrin televisyen.

Beep!

"Ahh, apa lagi dia nak?" Ulya berang dan hanya menjeling telefon bimbitnya itu lalu menonton televisyen kembali.

Beep! Beep! Beep!

Kali ini panggikan daripada entah siapa pula masuk.

"Aduh! Ganggu jela." Ulya segera menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, siapa ni?" Terus saja Ulya memberi salam.

"Walaikumsalam, Ulya" suara itu berhenti. Suara si pemanggil itu membuatkan Ulya hampir nak pengsan, hampir saja telefon bimbitnya terlepas dari tangannya. Namun segera dia sedarkan dirinya kembali normal.

"Kau? Kau nak apa? Mana kau dapat nombor aku ni?" Getaran suara cuba disembunyikan.

"Penting ke nak tahu semua tu? Kau marah aku lagi ke Ulya? Kau marah sebab aku tak terima kau balik dulu?" Aryan tertunduk bila memikirkan hal itu.

"Dah geharu cendana pula, dah lah Ryan aku taknak ada pape lagi dengan kau." Air mata mula bergenang, getaran suaranya tak dapat lagi di sembunyikan.

Aryan menarik nafas panjang. Lama mereka membisu. Putus ideanya mahu memujuk Ulya. Bukan dia tidak mahu menerima kembali Ulya tetapi dia begitu takut untuk terluka lagi. Kenapa Ulya tak pernah memikirkan hal itu? Dan sekarang dia yang dipersalahkan. Tuhan.

"Kau tak ada apa nak cakap lagi kan? Jangan buang masa aku. Assalamualaikum." Panggillan terus diputuskan.

"Walaikumsalam." Aryan mengeluh. 'Aku akan pastikan kau jadi milik aku semula Ulya. Walau apa cara sekalipun.' Tekad Aryan.

***

"Babe, ada bunga untuk kau ni." Aqilah melangkah masuk ke ruangan kerja Ulya tanpa dipinta. Bunga di tangannya bertukar tangan.
"Kenapa kau pula yang bagi bunga ni kat aku? Mana Zati? Dah banyak kali aku pes..." Belum sempat Ulya menghabiskan kata-kata Aqilah pantas memotong.

"Bunga tu bukan abang postmanlah yang hantar. So si Zati tu tak tahu apa-apa."

"Lah, habis tu macam mana pula kau boleh dapat bunga ni?" Ulya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. "Ke kau yang nak sweet-sweet dengan aku? Er, dah kahwin kan? Ke baru terfikir dah jadi bengkok? Hahahha." Mengekek-ngekek Ulya ketawa.

Aqilah mendengus geram. "Kita ni tak pernah pun terfikir nak bagi orang bunga lagilah pula nak bagi kau? Hey kirim salamlah Senah hoi!" Tangan kanan dihayun lagak mamu jarum aja. "Ni hah, pagi tadi Ryan datang jumpa aku. Dia mintak tolong sampaikan bunga tu kat kau. Hmm, try lah baca kad dia tu."

"What? A-R-Y-A-N?" Terperanjat beruk Ulya dibuatnya. Kus semangat, nasib tak ada sakit jantung. Kalau tidak masa tu juga jalan.

"Ye, tak payah nak eja-eja bagailah perempuan!" Aqilah sudah sememangnya dapaf meneka reaksi Ulya.

"Dah kenapa dia tu? Asal nak bagi aku bunga segala eh?" Pantas Ulya mengambil sekeping kad yang tersisip rapi di jambakan bunga itu.

"Ulya, awak comel hari nilah. Bergetar tulang rusuk saya tau, hehe.
Btw, have a nice day :)"

Dengan pantas kad itu dikoyakkan Ulya. Melopong mulut Aqilah melihat aksi temannya itu. "Wei, kau asal koyakkan kad tu?"

"No reason." Balas Ulya pendek, lalu mencampakkan bunga itu ke dalam tong sampah.

"Nonsense!" Sambungnya lagi.

"Okay, fine. Aku tahu kau tak suka. Tapi janganlah sampai kau buat macam tu sekali. Look, dah lama sebenarnya aku cakap kat kau benda ni. Apa yang jadi kat kau dengan Ryan bukan salah dia hundred percent tau. Kau pun ada salah, so you can't do this to him. Bila kau buat macam ni seolah-olah kau salahkan dia atas apa yang dah jadi. Kira bersyukurlah wei dia nak cari kau balik." Aqilah mengeluh. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Mata Ulya di tatap dalam-dalam. Mencari diri Ulya yang sebenar, yang tiada ego.

Keluhan demi keluhan dari Ulya kedengaran. Ulya membuat keputusan untuk tidak membalas apa-apa yang diperkatakan temannya itu.

"Aku bukan nak sebelahkan dia babe. Tapi kau fikirlah baik-baik. Sampai bila kau nak bermusuh dengan dia? Buka buku baru please Ulya. Aku tak minta pun kau terima dia as boyfriend kau semula but aku minta kau maafkan dia. Selagi kau tak maafkan dia selagi tu hati kau penuh dengan dendam. Hati kau tak akan tenang." Tangan Ulya dicapai dan digenggam erat seolah-olah memberi semangat baru kepada Ulya.

Ulya masih diam. Berfikir dan berfikir. Segala nasihat Aqilah cuba dihadamnya dengan baik, namun hasilnya kosong. "Ahh, kalau dia menyesal kenapa tak lagi dulu lagi dia cari aku, dia minta maaf? Kenapa baru sekarang bila dia terserempak dengan aku baru terhegeh-hegeh nak minta maaf segala?" Monolognya di dalam hati.

Keluhan Ulya kedengaran lagi. Dia mengambil nafas sebelum memulakan bicaranya, "Aku rasa baik kau balik bilik kau dulu. Aku tengah serabut ni. Aku tak boleh nak hadam apa yang kau cakap. Please leave me alone. I need rest." Ulya menundukkan kepalanya. Dia meraup mukanya. Sungguh dia letih.

"Hmm, aku balik bilik aku dulu. Tapi, promise me you will think about it?" Aqilah memandang Ulya dengan penuh harapan.

"About what?" Ulya mengangkat kepalanya.

"To forgive Ryan? He deserve it Ulya." Aqilah terus melangkah meninggalkan ruangan kerja Ulya. Meninggalkan ruang untuk Ulya berfikir tentang Aryan Haikal.

Hanya pandangan yang kosong Ulya berikan sehingga Aqilah hilang daripada pandangannya, "I will forgive him. Yes, he need my fogiveness. But not now."











#Hello guys, sorry lambat update. Busy sikit lately ni. hope uguys suka cerita ni :)
#btw ada uguys rasa ulya maafkan Ryan tak?
#Uguys ada idea tak macam mana Ryan nak pujuk Ulya? idea yang paling sweet untuk pujuk Ulya.
#nanti ai akan masukkan idea tu dalam cerita ni untuk bagi lagi menarik. :)
#Ok thanks tau sbb sudi baca.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now