Terjingkit-jingkit kaki si kecil Mikail mengendap ibunya yang ralit menyisir rambut di hadapan meja solek.
Niat di hati mahu menyergah ibunya. Perlahan-lahan dia menapak. Jari telunjuk tangan kanannya diletakkan di dibibirnya sendiri. Seperti memberitahu perabot, permaidani kipas dan yang lain-lain untuk senyap dan bersubahat untuk plannya itu. Tangan kirinya pula mengheret teddy bear besar kesayangannya. Comel benar!
"Atu, wa, iga..."
"Haaaaahhhhhh!!!" Ulya berpaling dan terus menyergah Mikail.
Terlompat Mikail terperanjat. Aduhlah plannya tidak menjadi. Tak apa boleh cuba lain kali.
"Hahaha... nak terperanjatkan ibu ya? Ohh nakal eh!" Mikail ditangkap Ulya lalu diletakkan di atas katil.
"Ni nak kena geletek ke nak kena cubit ni?" Ulya acah-cah berfikir. Melihat si anak sudah mula membuat muka cuak. Dua-dua menyeksakan!
"Bu! Anak anak!" Mikail tidak mahu digeletek mahupun dicubit.
Ulya mula mengacah-mengacah mendekati Mikail, lalu digeletek Mikail. Mengekek-ngekek dia ketawa kegelian.
"Bu! Bu! Hahahahah bu! Setoop setopp!" Dalam pelat Mikail minta Ulya berhenti menggeletekknya.
"Tak mahu!! Minta maaf dulu dengan ibu!"
"OK OK... bu orii." Mikail membuat muka kesiannya tangannya dicabtumkan memohon ampun.
"Aduhlahh mana kuat ibu tengok muka tempoyak basi anak ibu ni. Eeee!" Pipi Mikail dicubit geram. Bahagia Ulya melayan keletahan Mikail.
"Tok ma mana sayang?"
"Ngok tv." Jawab Mikail pendek.
"Oh jomlah kita turun bawah tengok tv dengan tok ma." Ulya bangkit perlahan-lahan untuk menggayakan perutnya yang semakin membuncit itu. Kini kandungannya sudah mencecah hampir lima bulan.
Mikail cuba menolong ibunya bangun. "Pelan-pelan Mika tari ibu. Nanti adik sakit."
"OK ori oriee.." cepat-cepat Mikail menggosok perut Ulya. Sayang benar dia akan adiknya yang bakal lahir itu. Mula-mula dia tidak mengerti lama- kelamaan apabila diajar oleh Ulya dan mama dan papanya, Mikail semakin faham tentang keadaan Ulya.
"Pandai anak ibu." Terhibur Ulya melihat keletah Mikail. Ubun-ubun si kecil itu diusapnya lembut. Lalu mereka beriringan menunu ke tingkat bawah.
*****
"Ma... Qila kata dia nak datang petang ni. Dia ada bagitahu mama?" Ulya membuka bicara selepas melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Dahlia.
"Tahu.. awal-awal lagi dia dah bagitahu mama. Siap request puding kastad lagi." Ujar Puan Dahlia sambil tersenyum. Aqilah memang sukakan puding kastad. Lagi-lagi puding yang dibuat oleh Puan Dahlia. Kalau boleh satu loyang puding tu dia boleh habiskan.
"Oh! Patutlah banyak benar mama buat puding kastad tu malam tadi. Untuk si jemah tu rupanya."
"Siapa lagi..." Mereka sama-sama tergelak.
"Ma... sebenarnya." Kata-kata Ulya mati di situ. Ayat seterusnya itu bagai tersekat di kerongkongnya.
"Ulya rindu Ryan?" Puan Dahlia memotong. Dia tahu isi hati anaknya itu.
"Mama dah tahu Ulya.."
"Mama dah lama tahu. Sejak mama tengok Ulya asyik bersedih. Ulya tak lagi bertanyakan apa-apa tentang masa lampau Ulya. Tiap malam Ulya meracau panggil Ryan. Gambar Ryan yang Ulya jumpa dalam laci almari tu Ulya letak bawah bantalkan?" Puan Dahlia menatap wajah anaknya. Sayu. Hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan wajah anaknya yang begitu.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...