Sebulan berlalu majlis pernikahan Aryan Haikal dan Laila tinggal hanya seminggu saja lagi.
Selama sebulan Aryan Haikal kelihatan murung. Dia tidak dapat membayangkan kehidupannya selepas dia berkahwin dengan Laila iaitu wanita yang tidak dia cintai.
Adakah dia akan dapat mengecapi bahagia itu bersama Laila? Sungguh dia buntu.
Meninggalkan Ulya bukan pilihannya. Apakan daya keputusan sudah dibuat walaupun hatinya tidak rela.
"Ryan kau yakin ke dengan keputusan kau ni?" Syed Mukhris bersuara mengganggu lamunan Aryan Haikal.
Aryan Haikal hanya senyum. Dia menunduk dan menghirup air kopi yang masih panas itu.
Pandangannya dilarikan ke arah luar kafe. Tiada berdaya mahu menjawab soalan daripada Syed Mukhris.
"Sayang! Sorry I lambat tadi traffic jem." Sapa Aqilah termengah-mengah dan terus duduk di sebelah Syed Mukhris.
"Itulah I suruh saing sekali tadi tak nak. Nak juga singgah rumah Ulya dulu." Balas Syed Mukhris.
"Ala sorrylah sayang. Tadi Ulya minta tolong I jagakan Mikail sekejap. Dia nak pergi klinik." Ujar Aqilah.
"Klinik?" Tanya Syed Mukhris dan Aryan Haikal serentak.
"Er... korang dah kenapa? Ye klinik. Ulya nak ke klinik tadi." Jawab Aqilah pelik. Pelik kerana kedua-dua makhluk di hadapannya begitu pelik dengan "KLINIK".
"Ulya sakit apa Qila?" Aryan Haikal panik.
"Dia demam dah seminggu dah tak baik-baik. Kau tahu jelah kan si Ulya tu manalah nak pergi klinik. Ni dah seminggu tak baik-baik demam dia tu barulah nak pergi. Hmm..." Bebel Aqilah yang sedia maklum dengan perangai temannya yang satu itu.
"Habis tu doktor cakap apa je? Ni dia dah ok belum?" Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Aryan Haikal.
Aqilah dan Syed Mukhris saling berpandangan. Mereka mengukir senyuman.
"Korang dah kenapa? Aku tanya keadaan Ulya macam mana sekarang?" Aryan Haikal pelik. Pertanyaannya dijawab dengan senyuman.
"Ulya OK Ryan." Akhirnya Aqilah menjawab. Tidak sampai hati ingin membiarkan Aryan Haikal tertanya-tanya.
"Kau ni masih sayang kat Ulya lagi ni. Hmm.. betul ke kau nak kahwin dengan si Laila tu?" Syed Mukhris menanyakan soalan yang mungkin Aryan Haikal tidak mampu menjawabnya.
Aryan Haikal terdiam. Dia berfikir sejenak.
"Masih sayang lagikah aku pada Ulya? Kalau tak sayang kenapa aku perlu kisah lagi pada dia?" Monolog hati Aryan Haikal.
"Hoi! Termenung pula kau ni. OK macam nilah. Aku nak kau fikir baik-baik pasal keputusan kau ni. Aku tak nak kau menyesal." Aqilah memgejutkan Aryan Haikal dari menungannya.
"Apa maksud korang ni?" Aryan Haikal pelik.
"Fuh! Bismillah ~~ maafkan aku ye Ulya. Macam ni Ryan. Sebenarnya kami tak nak lagi dah simpan rahsia ni. Kami tak sampai hati nak biar korang terus menerus melayan ego masing-masing." Aqilah mula membuka cerita.
"Hah! Aku dah agak dah korang mesti ada rahsiakan sesuatu daripada aku." Aryan Haikal menyampuk.
"Sebernarnya Mikail tu anak..." Terbantut Aqilah mahu membuka cerita tiba-tiba telefonnya berbunyi.
Nama Ulya terpampang di skrin telefonnya.
"Kejap eh Ulya call nanti aku sambung cerita. Dia ni macam tau-tau je aku nak buka rahsia kesumat dia ni." Aqilah terus mengangkat panggilan telefon daripada Ulya itu.
"Hello, Assalamualaikum. Ye babe." Aqilah mendahului memberi salam.
Dirinya kini menjadi bahan pemerhatian oleh dua pasang mata manusia di hadapannya kini. Naik rimas Aqilah dibuatnya.
Tiba-tiba riak muka Aqilah berubah dan membuatkan Aryan Haikal dan Syed Mukhris menjadi panik.
"Oh! Ha OK babe. Nanti aku tanya Syed ye. OK Assalamualaikum." Aqilah meletakkan telefonnya di atas meja.
Dengan selamba dia menghirup air jus tembikai suaminya tanpa menghiraukan dua pasang mata yang tidak berganjak lagi tadi dan masih memandang ke arahnya.
Mereka begitu setia menanti cerita daripada Aqilah tentang tujuan Ulya menelefonnya.
Aqilah masih lagi buat tidak tahu kerana saja mahu mengenakan suaminya dan Aryan Haikal.
"Hoi! Apa cerita?" Akhirnya Aryan Haikal bersuara setelah terlalu lama menanti Aqilah bercerita.
"Ntah you ni. I pun penat tunggu. Ada apa Ulya call?" Syed Mukhris bertanya.
"Oh! Lah sebab tu ke I diperhatikan lagi tadi oleh dua orang jejaka hensem ni? I ingat korang pandang I sebab I cantik sangat hari ni. Huhu." Aqilah menayang muka seposennya.
Tetapi tiada langsung respon dari dua orang manusia di hadapannya itu. Ibarat hanya bunyi cengkerik-cengkerik saja yang kedengaran.
OK lawak yang sangat hambar ya Aqilah!
"Tak lawak lah! Cepatlah! Apa cerita?" Aryan Haikal malas hendak melayan lawak hambar Aqilah. Hatinya kini hanya mahu mengetahui tentang perkara yang dirahsiakan Ulya selama ini saja. Buatlah lawak antarabangsa sekalipun ia tetap akan menjadi hambar padanya.
"Yelah. Tak ada apa-apa pun Ulya beritahu aku yang Mama Dee dengan Papa Man nak datang. So, dia nak ajak aku dengan my hubby ni join sekali dinner. Boleh sayang?" Aqilah terus memandang muka suaminya untuk meminta jawapan daripada suaminya itu.
"Boleh je. Lepas ni kita balik terus siap-siap then terus pergi sana." Balas Syed Mukhris.
"Oh. Hah! Sambung cerita tadi." Aryan Haikal menagih cerita yang tegantung sebentar tadi.
"Oh ya! Aku lupa. Sebenarnya Mikail tu anak Hadif. Kawan Ulya masa dekat Kemboja dulu. Dia dengan isteri dia meninggal 7 bulan lepas kerana terlibat dengan sebuah kemalangam jalan raya. Oleh kerana Hadif ni kahwin dengan seorang doktor yang sebatang kara juga sama dengannya, jadi Ulya pun dengan rela hati ambil Mikail sebagai anak angkat dia. Itu saja ceritanya." Cerita Aqilah dengan panjang lebar.
"Doktor Hadif tu bukan ke suka dekat Ulya? Kenapa dia kahwin dengan orang lain?" Aryan Haikal masih lagi ragu-ragu.
"Tu senang je jawapan dia. Sebab bukan jodohlah. Hahahaha." Syed Mukhris mencelah.
Secara automatik Aqilah dan Aryan Haikal memandang Syed Mukhris.
"Err.. OK tak lawak." Syed Mukhris mengangkat tangan tanda "surrender".
"Sebab kena rejectlah. Dia patah hati then terus kahwin dengan wife dia tu. Eh! Jap mana kau tahu Hadif tu doktor? Tak silap aku tadi aku mention wife dia je yang doktor." Aqilah kehairanan.
Air muka Aryan serta merta berubah. Dia baru menyedari ketelanjurannya berkata-kata sehingga terbuka rahsia sendiri.
"Kau upah orang intip Ulya ye?" Pancing Aqilah.
Aryan mengeluh berat. "Dah itu saja yang aku mampu buat." Pendek jawapannya.
"Kalau macam tu kau sepatutnya dah tahu benda ni awal-awal." Hairan Aqilah dibuatnnya.
Orang lain pasang pengintip segala benda dapat dibongkar tetapi Aryan Haikal banyak benda yang dia tidak tahu.
"Ala, tak kisahlah yang penting sekarang ni Ulya. Aku dah tuduh dia bukan-bukan Qila, Syed." Aryan serba salah.
Orang yang dia sayang dituduh dan dihina oleh dirinya sendiri. Penyesalan yang tidak terhingga kini beraja di dalam hatinya.
"Pergilah pujuk dia. Minta maaf dan jernihkan balik keadaan Ryan." Syed memberi nasihat kepada sahabatnya.
"Dia nak maafkan aku ke. Aku dah hina dia dan jatuhkan maruah dia Syed." Aryan Haikal menunduk. Dia sangat malu dengan dirinya sendiri.
"Belum cuba belum tahu." Pendek balas Syed Mukhris.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...