"Ulya, betul ke taknak duduk kat rumah dulu seminggu dua ni nak?" Puan Dahlia cuba memujuk anaknya itu.
Ulya menunduk. Dia bukan tidak betah duduk di rumah orang tuanya cuma dia rindu akan Kuala Lumpur. Sudah terlalu lama dia tidak menjejakkan kaki ke sana.
"Ma, Ulya janji Ulya akan selalu balik sini jenguk mama dengan papa ya. Lusa Ulya dah kena start kerja dah itu yang Ulya tak boleh nak tangguh lagi balik KL tu."
Puan Dahlia mengeluh mendengar jawapan dari anaknya itu. Dia belum puas lagi melepaskan rindu juga belum puas menikmati suasana bercucu bak kata orang.
"Hmm... lepas ni Tok Ma rindu Mika lah ni. Tiap malam Tok Ma kena peluk bantal Mika." Puan Dahlia memeluk Mikail yang sedang ralit bermain di hadapannya.
Mika pula hanya melihat wajah tua Puan Dahlia dengan mata yang terkebil-kebil. Belum pandai untuk memahami hati dan perasaan orang dewasa.
Melihat Puan Dahlia berwajah muram Mikail membalas pelukan Puan Dahlia. Mungkin itu saja yang dia tahu untuk buat orang lain tersenyum.
Ulya hanya memandang perlakuan mamanya dan Mikail. Tidak sampai hati pula hendak menisahkan mereka. Apakan daya Mika adalah tanggungjawabnya.
"Ma, dahlah tu janganlah sedih-sedih. Nanti kalau cuti Ulya balik sini ya. Mika ni pun nanti mesti rindu punya dekat Tok Ma dia ni." Ulya mengusap lembut ubun-ubun Mikail.
Ulya memandang wajah Puan Dahlia. Dua tahun dia tidak dapat menatap wajah itu. Kali ini dia juga tidak dapat berlama-lamaan di situ. Risau juga dia jika Mikail menjadi manja dan tidak mahu berpisah dengan mamanya.
"Hmm... ma, nanti kalau Ulya dah ke KL nanti mama ingat tau jangan cerita dekat sesiapa pun pasal Mika. Tentang Mika biarlah Ulya sendiri yang buka mulut cerita." Ulya mengingatkan mamanya tentang apa yang diceritakan kepada mamanya tempoh hari.
"Iyelah. Mama ingat tu. Tapi kamu tu kena ingat jangan sampai perkara ni jadi makin teruk. Mama tak mahu anak mama ni dijadikan bahan fitnah orang." Puan Dahlia risau benar akan perkara itu terjadi.
"Doa-doa taklah sampai jadi ke situ ma. Tapi kalau jadi Ulya dah fikir dulu dah kebarangkaliannya tu."
Ulya tidak mahu mamanya banyak berfikir risau itu dah ini. Kesihatan mamanya perlu dijaga. Pekara-perkara seperti ini sangatlah ingin dijauhi oleh Ulya. Risau mamanya akan runsing lalu memudaratkan kesihatannya.
*****
"Babe! Kau betul ni nak ikut aku dengan Syed balik KL? Kau tahukan nanti kat sana peratusan kau nak terserempak dengan Ryan tu besar." Aqilah mengingatkan Ulya seperkara yang sememangnya dia tahu temannya itu ingin elakkan.
"Iye! Kau ni aku dah nak kena naik kerja lusa dah kot. Takkan aku nak main-main, nak gurau-gurau, nak klentong-klentong. Alaaa aku ni sampai bila lagi nak lari dari dia. Nak tak nak aku kenalah juga berdepan dengan dia Qila." Ulya mengambil bagasinya dan bagasi Mikail untuk dibawa masuk ke dalam kereta.
"Habis nanti kalau dia pujuk kau, kau nak dia baliklah? Aku no hal. Ryan tu lama gila kot tunggu kau. Tapi..." Kata-kata Aqilah terbehenti.
Tapi Aryan baru saja bertunang dengan Laila si gedik tu atas keterpaksaan.
Ulya yang sedang sibuk mengeluarkan bagasinya terhenti juga. Wajah teman baiknya itu dipandang. "Tapi apa? Alaa... lantaklah aku malas nak fikir. Walau apa pun aku tetap takkan berbalik semula dengan dia."
"Marah sungguh Ulya ni dengan Ryan. Takkanlah sebab Ryan merisik Ulya tanpa pengatuan dia tu pun sampai sekarang rajuknya." Aqilah bermonolog dalam hatinya.
Berkerut-kerut muka Aqilah bermonolog sendirian.
"Oi! Kau kan dari sibuk tanya aku itu ini baik kau tolong aku angkat barang-barang ni. Tak kesian ke dekat aku ni ha?" Ulya mendengus geram.
"Err.. hehe terlupa pula aku nak tolong kau. Hah! Meh-meh aku tolong ye. Kesian kawan aku ni angkat semua ni sorang-sorang. Haih, kalaulah ada suami kan senang tak payahlah kau kena angkat semua ni sendiri." Aqilah memerli.
Ulya terus bercekak pinggang. Aqilah kalau bab-bab memerli memang nombor satu. Naik panas telinganya mendengar perlian Aqilah itu.
"Kau kalau taknak tolong aku pergi main jauh-jauh tak payah nak perli-perli aku. Mika ni dah ada pun aku dah rasa cukup dah. Aku tak perlukan sesiapa lagi dah selain Mika dan mama papa aku." Ulya seakan berjauh hati.
Mendengar jawapan dari mulut Ulya membuatkan Aqilah tersedar dia dah terlalu jauh memerli kawannya itu. Niatnya pada mula hanyalah untuk bergurau.
"Err... babe! Aku gurau je. Janganlah ambil hati. Eh aku tolong ni ikhlaslah. Tapi kau tahu jelakan mulut aku ni manalah reti duduk diam. Jahat mulut aku ni ha." Aqilah menampar-nampar mulutnya sendiri.
"Dahlah... tak payah nak tampar mulut tu. Ni Syed dengan papa ni mana? Lagi tadi keluar tak balik-balik." Ulya cuba untuk menukar topik perbualan.
"Ntahlah dorang tu, kalau dah jumpa berdua ada saja plan dorang. Sampai aku dengan Mama Dee ni dah malas nak layan. Takpelah nanti aku call Syed suruh balik cepat sebab kita pun nak gerak balik cepatkan."
"Hah! Baik kau call cepat. Nanti ntah mana-mana lagilah dorang berdua tu merewang." Ulya berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Aqilah.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romansa"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...