Bab 27

8.2K 209 5
                                    

Lampu ruang tamu rumah Aryan Haikal dinyalakan. Sudah lama dia tidak balik ke rumah itu kerana mengenangkan sikap Laila yang suka main redah saja rumahnya. Satu malapetaka pula dia kena hadap pula kalau kena tangkap basah dengan Laila.

Keadaan perabot di ruang tamu itu kelihatan seperti biasa cuma sedikit berhabuk. Aryan Haikal terus melangkah memasuki bilik tidur. Rasanya cadar, sarung bantal dan langsir perlu ditukar kerana berhabuk.

"Haih! Banyaklah kerja aku hari ni. Call maid jela suruh dorang kemas." Aryan bercekak pinggang di hadapan pintu biliknya.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Nama Laila tertera di skrin telefonnya.

"Hello! Ye Laila, you nak apa?" Jawab Aryan Haikal lemah. Malas sungguh dia mahu melayan Laila.

"You free tak? Teman I boleh? Nope! You kena teman I!" Laila memaksa.

"I baru sampai rumah I Laila. I ada kerja sikit ni. Sorry I tak boleh teman you. OK got to go. Bye." Aryan Haikal terus mematikan talian telefon.

"Tak habis-habis nak mengendeng kat akulah perempuan ni. Rimas betul!" Dia mendengus. Rimas dengan perangai gedik Laila itu.

Namun dengusan Aryan Haikal bertukar menjadi senyuman apabila dia teringatkan Ulya Kaisara buah hati pengarang jantungnya.

Dengan pantas dia mendail nombor telefon Ulya.

Tut! Tut!

"Hello! Assalamualaikum." Ulya memberi salam.

"Walaikumsalam. Ulya Ryan ni."

Jeda~ Ulya terdiam.

"Ulya?"

"Er... ye. Mana kau dapat nombor telefon aku ni?"

"Masih marahkan Ryan ke ni? Ulya kan saya dah terangkan segalanya haritu."

"Aku tak ada masa lah untuk semua lakonan kau dengan Laila. Oh by the way macam mana persiapan wedding kau lusa?" Ulya memerli.

"Mana awak tahu ni?" Aryan Haikal terkejut apabila Ulya mengetahui tentang majlis perkhawinannya.

"Terkejut? Heh! Bakal bini kesayangan kau lah yang bagitahu  aku."

"What? Macam mana dia tahu rumah awak? Ulya kita kena jumpa. Ada banyak benda saya kena terangkan pada awak."

"Jumpa? Nak buat apa? Nak bodohkan aku lagi? Cukuplah Ryan."

"No! Awak dah salah faham sangat dah ni. Laila tu dia tak tahu apa-apa. Yang tahu mama dengan saya je."

"Tahu pasal apa ni Ryan?"

"Pasal saya nak cancelkan wedding kami. Saya tak cintakan dia Ulya."  Suara Aryan Haikal mengendur.

"Ha? Kau dah gila ke? Wedding korang tinggal dua hari je lagi tau. Jangan jadi bodoh Ryan. Kesian keluaga kau nanti tanggung malu!"

"Biar malu sekarang menderitanya kejap je. Jangan menderita nanti, sakit nak tanggung Ulya. Saya setuju bertunang dengan Laila pun sebab mama yang paksa saya Ulya. Saya tak rela. Awak tinggalkan saya dua tahun. Dua tahun! Mama tak nak tengok saya sakit dan Laila pula cucuk jarum buruk-burukkan awak. Mama jadi benci kat awak." Aryan Haikal mula memegang kepalanya. Terasa berat.

"Ulya please kita jumpa dulu. Saya nak clearkan semuanya. Hmm." Aryan Haikal memujuk. Mengharapkan kali ini Ulya akan berlembut hati dengannya.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now