Bab 36

7.8K 223 16
                                    

Terkocoh-kocoh Laila berlari menuruni anak tangga dan terus menuju ke ruang tamu. Turun naik nafasnya kerana penat berlari.

"Aunty! Nak tahu tak apa yang jadi kat atas?" Kelihatan bersinar-sinar muka Laila.

Baru saja Puan Munirah mahu bersuara terus membatalkan niatnya apabila melihat Aryan Haikal menuju ke arah mereka. Terus Puan Munirah membuat isyarat tangan kepada Laila agar cerita hangat itu disimpan dahulu.

"Hah, Ryan mana isteri kamu? Tak bangun lagi?" Terus Puan Munira menyapa Aryan Haikal.

Aryan Haikal mengambil tempat duduk di sebelah ibunya dan juga meriba Mikail.

"Dah bangun, ada kat atas. Macam tak sihat je." Ujar Aryan Haikal acuh tak acuh.

"Tak sihat? Pergilah hantar ke klinik Ryan. Kesian dia." Sampuk Laila konon risau.

"Betul tu Ryan nanti karang makin melarat demam bini kamu tu. Pergilah, jangan risau mama ada jaga Mika." Puan Munirah menambah.

"Em, yelah. Mama tolong tengok-tengok Mika kejap ya ma. Ntahlah Ulya tu demam betul-betul ke tak." Aryan Haikal bingkas bangun terus menapak ke biliknya.

"Tak baik kata kat bini macam tu Ryan. Dah dia demam betullah tu demam. Takkanlah nak buat-buat sebab nak perhatian." Puan Munira berbalas senyuman dengan Laila. Ya! Mereka tersenyum menang melihat respon acuh tak acuh daripada Aryan Haikal tentang keadaan Ulya.

*****

Pintu bilik dibuka perlahan. Kelihatan Ulya sedang tidur di atas katil. Aryan Haikal perlahan-lahan mendekati isterinya. Berkerut-kerut muka Ulya serta berkeringat mungkin dia sedang bermimpi ngeri. Desis hati Aryan Haikal.

"Ehem! Ulya bangun!" Aryan Haikal meninggikan nada suaranya sedikit.

Tiba-tiba kederangan bunyi sesuatu jatuh dari arah pintu. Aryan Haikal menoleh sekilas tetapi tiada apa pula.

Nama Ulya dipanggil lagi dengan nada yang lebih keras.

Ulya tersentak. Cemas mukanya seperti disergah sesuatu yang menakutkan. Rupanya yang menyergahnya kini lebih menakutkan. Suaminya sendiri. Suami yang kini dingin sedinginnya terhadap dirinya.

Ulya bangun perlahan dan memandang wajah suami. Walaupun tidak punya keberanian untuk menatap wajah dingin itu namun dikeraskan hati agar tidak nampak lemah.

"Dah cepat bersiap. Kita pergi klinik." Aryan Haikal memberi arahan. 

Ulya hanya diam. Di dalam hatinya menyoal sendirian kerana Aryan Haikal masih peduli akan dirinya.

"Saya kata cepat bersiapkan. Termenung apa lagi? Kalau nak ikutkan hati malas tau nak layan kerenah mengada awak ni tau. Tapi nasiblah mama beria suruh bawak awak ke klinik." Selamba Aryan Haikal menuturkan ayat itu.

Bam! Bagai nak runtuh dan luluh hati Ulya mendengar ayat yang keluar dari mulut suaminya itu.

Sangkanya Aryan Haikal masih peduli akan dirinya tetapi sangkaan itu jauh meleset.

"Tak apalah. Saya boleh pergi sendiri. Nanti tak ada siapa pula nak jaga Mika." Ulya cuba mengawal perasaan.

"Mama ada. Dia boleh jaga Mika."

Ulya yang perlahan-lahan mahu menuju ke bilik air terus terhenti apabila mendengar kata-kata Aryan Haikal itu.

Ulya menoleh ke arah Aryan Haikal meminta kepastian. Di dalam hatinya sangat meragui niat sebenar ibu mertuanya itu.  Sedangkan dirinya dibenci apalagi anaknya sendiri lebih-lebih lagi anak itu bukan darah daging Aryan Haikal. Sudah pasti jijik untuk tangan Puan Munirah itu mahu menyentuh Mikail.

"Sudah-sudahlah tu Ulya. Kenapa ni tak habis-habis nak bersangka buruk pada mama ni? Saya penatlah. Pergi mandi cepat. Nak ke tak nak, awak kena dengar cakap saya ni. Pergi siap and saya hantar awak pergi klinik."

Ulya hanya diam tidak membantah. Baru saja dia mahu melangkah masuk ke dalam bilik air tekaknya terasa mual. Tidak sempat dia mahu menuju ke sinki terus saja dia termuntah di hadapan pintu bilik air.

Bukan setakat sekali dua tiga kali dia termuntah sehinggakan dia benar-benar hilang tenaga untuk berdiri.

Aryan Haikal panik hanya mampu membantu menggosok belakang badan isterinya itu.

"Ya Allah, sayang. Awak salah makan ke apa ni sampai muntah-muntah."

Ulya hanya menggeleng dia tidak mampu lagi bersuara. Badannya betul-betul lemah.

"Mari saya bersihkan badan awak. Kita tak payah pergi klinik. Saya call je doktor datang sini." Aryan Haikal segera membantu Ulya membersihkan diri.

*****

Setelah doktor memeriksa Ulya. Ulya meminta Aryan Haikal menunggu di luar bilik. Dia tidak mahu orang yang sudah tidak kisah tentang dirinya sibuk mendengar apa yang ingin doktor sampaikan.

Aryan Haikal hanya akur dan menunggu di luar bilik. Kelihatan mukanya keruh dan risau akan keadaan Ulya.

"Puan, tahu tak yang puan mengandung?" Soal doktor Mariah. Daripada awal lagi dia melihat Aryan Haikal dan Ulya seperti tidak mengetahui yang Ulya sebenarnya mengandung.

"Mengandung? Saya mengandung ke doktor?" Ulya seakan tidak percaya.

"Ya, awak mengandung. Saya dah agak dah awak mesti tak tahu lagi ni sebab kandungan awak pun masih awal baru dua minggu."

"Patutlah saya rasa penat semacam je dua tiga menjak ni. Tapi saya abaikan je." Bibir Ulya tidak lekang dari senyuman. Dia benar-benar tidak menyangka yang di dalam rahimnya ada nyawa dari benih suaminya.

"Jadi sekarang awak kena banyakkan berehat dan jaga pemakanan awak tau. And yang paling penting awak jangan stress-stress. Tak bagus untuk baby. Oh lupa saya ni bagitahu macam-macam ni macam awak tak ada pengalaman pula."

"Eh tak apa doktor. Saya memang tak ada pengalaman. Ni first time saya mengandung."

"Oh yeke. Saya ingat yang Encik Aryan dukung tu anak awak berdua. Maafkan saya ya." Doktor Mariah tersipu kerana cepat sangat membuat andaian.

"Oh! Itu anak angkat saya. Mikail nama dia. Em doktor boleh tolong saya?" Senyuman Ulya terus hilang. Wajahnya kini serius.

"Jangan bagitahu suami saya ya tentang kandungan saya ni. Saya nak buat suprise kat dia." Ulya berdalih. Sebenarnya dia belum bersedia untuk memaklumkan perkara itu. Risau akan penerimaan suaminya lebih-lebih lagi mertuanya. Risau akan keselamatan anak dalam kandungannya.

"Oh yelah. Bagi dia rasa dialah ayah yang paling beruntung. Oh ya, puan jangan lupa buat pemeriksaan lanjut ya di klinik." Pesan doktor Mariah sebelum beredar keluar dari bilik Ulya.

Tidak lama kemudian Aryan Haikal masuk ke dalam bilik. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Ulya.

"Doktor cakap apa je tadi? Saya tanya dia tadi dia tak jawab pula." Aryan Haikal kelihatan risau benar akan keadaan isterinya itu.

"Tak ada apa cuma demam biasa. Dia kata kalau dalam nanti tak baik juga saya kena pergi klinik." Mendatar saja suara Ulya.

"Oh kalau macam tu awak rehatlah. Makan ubat tu nanti cepat sikit baik. Tak adalah mama kena buat kerja semua sorang-sorang. Awak tahukan mama tu dah tak larat." Tiba-tiba nada suara Aryan Haikal berubah. Ke mana pergi kerisauannya yang menggunung sebentar tadi pun tidak tahu.

"Yelah. Tak lama lagi baiklah ni. Jangan risau saya tahu tanggungjawab saya." Terasa dihiris-hiris hatinya Ulya. Aryan Haikal hanya mahu dia sembuh kerana risaukan tiada siapa mahu menguruskan rumah saja.

Kini dia yakin dengan keputusannya. Lebih baik hal kandungannya disorokkan buat sementara waktu. Aryan Haikal tidak layak untuk mengetahui soal kandungannya.

Buat sementara waktu Ulya terpaksa berdikari menjalani hari-harinya sebagai seorang ibu yang mengandung sendirian.











Ok new update!

Kesian pula Ulya dah lah mengandung tapi Aryan Haikal buat perangai pula. Harap-harap perangai Aryan Haikal ni tak lamalah. Kesian Ulya. 😭

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now