Epilog (TAMAT)

13.8K 265 12
                                    

"Ibu! Ibu!" Mikayla menjerit sambil berlari ke arah Ulya di dapur.

"Eh, eh ye sayang. Kenapa ni?" Ulya menoleh.

Mikayla terus memeluk kaki Ulya dan bersembunyi ke belakang sedikit.

"Hei, kenapa ni? Abang kacau ya?" Ulya menarik Mikayla ke hadapannya dan dia mencangkung di hadapan Mikayla.

Waktu-waktu petang begini memang riuh rendah rumahnya kerana anak-anaknya akan bermain tak ingat dunia.

"Ibu abang tarik tocang Kayla. Dia kata tocang Kayla macam ekor kuda!" Muncung mulut Kayla.

"Alalaaa anak ibu ni. Kesian dia. Mana abang? Meh ibu puk dia. Berani dia kacau puteri ibu!" Ulya cuba memujuk.

Mikayla apa lagi terus menarik tangan Ulya ke ruang tamu. Dah dapat backup besarlah katakan.

"Pelan-pelan sayang. Nanti jatuh. Kalau ibu jatuh baby dalam perut ibu sakit tau." Ulya mengusap-ngusap perutnya. Laju pula si anak daranya itu berjalan.

Perutnya yang sudah mencecah 7 bulan itu kelihatan begitu sarat. Tak larat rasanya dia nak berjalan selaju itu.

"Ops! Sorry ibu, sorry baby. Kakak Kayla takut abang Mika lari. Jadi kita kena cepat." Kata Mikayla tegas.

"Abang Mika tu tak boleh lari jauhlah. Berani dia lari dari ibu. Nanti ibu rotan dia." Ulya menenangkan hati Mikayla.

Haih nilah kerenah anaknya. Hari-hari asyik nak bercakar saja. Kadang-kadang naik pening Ulya mahu leraikan.

"Abang! Ibu panggil." Sampai saja di ruang tamu Mikayla terus memanggil Mikail.

Puas hatinya. Sekejap lagi abangnya itu akan mendapat balasan.

"Er, ye ibu?" Mikail cuak. Dia tahu apa kesalahannya.

"Mika nak ibu cakap salah Mika apa ke, atau Mika nak mengaku sendiri." Ujar Ulya lembut tetapi tetap ada nada ketegasan di situ.

"Ibu, Mika saja je kacau Kayla. Mika bosan. Mika suka tengok Kayla marah. Comel! Kan ibu kan?" Jawab Mikail sambil tangnnya laju mencubit pipi Mikayla.

"Ibu! Tengok ni. Abang cubit Kayla!" Mikayla mengadu. Merah pipinya dicubit Mikail.

"Mika! Mana boleh buat orang marah. Tak baik tau. Lain kali ibu tak mahu tengok Mika kacau Kayla lagi. Faham?" Tegas Ulya menasihati Mikail.

"Mika abang Kayla. Jadi Mika sepatutnya lindungi Kayla. Jangan buat Kayla sedih." Ulya menyambung lagi.

"Ibu, kata nak cubit abang?" Mikayla masih tidak berpuas hati.

"Mika minta maaf dekat Kayla sekarang. Kalau Mika tak mahu mintak maaf ibu rotan Mika."

"Em... baik! Abang minta maaf adik Kayla!" Tangan comelnya itu dihulukan kepada Mikayla.

Mikayla hanya diam. Dia masih tidak berpuas hati selagi Mikail tidak dihukum.

"Kayla sayang. Abangkan dah minta maaf tu. Kalau tak Kayla berdosa tau taknak maafkan orang yang minta maaf kat kita. Allah marah."

Kayla cuak. Dia menyambut salam Mikail. Mikail terus menolak tangannya ke muka Mikayla.

"Eee...kan baba ajar Kayla kena cium tangan abang. Kaylakan adik."

Mikayla hanya akur. Dalam hatinya memberontak geram akan Mikail.

"Assalamualaikumm... baba dah balik!" Tiba-tiba kedengaran suara Aryan Haikal dari pintu utama.

"Yeay! Baba dah balik! Kayla nak ngadu kat baba! Ibu tak nak geng dengan Kayla." Mikayla terus berlari menuju ke arah Aryan Haikal.

Aryan Haikal mendukung puterinya itu. Semangat sungguh. Mana tidaknya Mikayla sudah berumur 4 tahun.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now