"Kak Ulya, kak Ulya Mak Ngah kita suruh bawa Kak Ila turun bawah. Pengantin lelaki dah sampai." Mia sepupu Aqilah memberitahu Ulya lalu keluar semula dari bilik itu.
"Hah, kau dah ready belum? Jom turun bakal laki kau dah sampai dah tu." Ulya menyengol Aqilah yang sedari tadi tidak keruan di sebelahnya.
"Hah, dah sampai ke? Ulya, ok tak muka aku? Hah ni baju aku ok tak? Aku nampak gemuk tak?" Aqilah berdiri sambil berpusing ke kiri dan ke kanan. Risau benar dia. Yela nak kahwin mestilah nak nampak sempurna kat depan suami kan?
"Alahai, kau ni dah cantik sangat dah ni. Ni kalau laki kau tak terbeliak tak tau lah wei. Dah pakai kasut ni, jom kita turun." Ulya menghulurkan kasut untuk disarungkan oleh kaki Aqilah.
Setelah itu, mereka pun turun diiringi oleh sepupu2 Aqilah yang lain sehinggalah sampai di tingkat bawah. Aqilah melabuhkan punggungnya di atas kusyen bulat putih yang disediakan untuk pengantin perempuan. Sungguh dia sangat berdebar ketika itu. Dengan perlahan2 dia mengangkat wajahnya untuk melihat bakal suaminya Syed Mukhris. Auch tampannya dia.Ulya, memandang bakal suami Aqilah yang tampan berpakaian sedondon warnanya dengan Aqilah. 'Aku harap kau bukan macam jantan keparat yang lain.' Hanya itu saja yang mampu Ulya harapkan.
Sedang asyik menenangkan Aqilah Ulya merasakan seperti ada dia seperti diperhatikan seseorang. Apabila dia menoleh. Alangkah kecilnya dunia. Segera dia menundukkan kembali mukanya.
"Aryan Haikal! Macam mana dia boleh ada dekat sini?" Suara Ulya seakan berbisik.
"Hah, apa dia babe?" Berkerut dahi Aqilah apabila gagal menangkap kata2 rakannya itu.
"Er, tak ada apa2lah. Kau tu fokus kejap lagi Syed nak angkat lafaz akad tu." Ulya berdalih.
"Ok2, aku fokus. Fuh, nervous gila nak mati ni. Ulya nak tisu aku dah berpeluh2 dah ni." Pantas Ulya menghulurkan kotak tisu kepada Aqilah.
Sekali lafaz saja Aqilah sudah sah bergelar isteri kepada Syed Mukhris. "Alhamdulillah." Masing2 mengucapkan syukur dan menadah tangan mengaminkan bacaan doa.
Selepas selesai kesemuanya. Ulya meninggalkan Aqilah dengan suaminya. Taknak kacau daunlah katakan. Pantas kakinya melangkah ke maha buffet. Seksa rasanya menahan lapar.Sedang asyik memilih lauk. Seorang lelaki datang menyapa. "Ehem, sikitnya makan. Diet ke?" Lantas mencapai pinggan dan mencedok nasi.
Spontan saja Ulya memandang terus terhendi dia menyenduk lauk. Masa dirasakan seolah2 berhenti berjalan. Suasana menjadi sunyi tiada sebaranv bunyi pun kecuali bunyi jantungnya yang berdegup lagu bagai nak tercabut rasanya.
"Aik, dah tak kenal Ryan dah ke? Or Ulya terkejut Ryan dah makin handsome!" Ryan mengangkat2 keningnya apabila melihat Ulya diam tak berkutik memandangnya.
"Er, hmm ha hai Ryan. Lama tak jumpa. Sihat?" Ulya terus kembali kepada normal.
"Sihat, Ulya sihat? Lama tak jumpa Ulya. Rindu tau!" Aryan menghadiahkan senyuman kepada Ulya.
'Erk, dia rindu aku? Serius? Aku mimpi ke? Dah kenapa dia nak rindu aku? Kan dia dah tak suka aku!' Ulya berteka-teki di dalam hati. 'Dasar jantan!' Dia mula marah apabila teringatkan peristiwa dulu.
"Lah, diam je kenapa? Patutnya dah lama tak jumpa banyaklah benda nak borak. Ni tak diam je lah pula?" Teguran Aryan mematikan lamunan Ulya.
"Er, Ryan Ulya masuk dulu eh. Aqilah dah tunggu kat dalam." Ulya memulakan langkah untuk melarikan diri namun dihalang Aryan.
"Eh, sekalilah kita, Ryan pun nak pergi kat tempat Syed ni. Tunggu Ryan ambil lauk kejap ya." Aryan terus mencedok lauk dengan pantas lalu mengejar Ulya yang tidak mengendahkan permintaannya.
"Ulya, janganlah cepat sangat jalan tu. Kain awak tu dah lah labuh nanti kang jatuh saya juga yang susah." Risau benar Aryan melihat kain Ulya yang labuh itu. 'Kenapalah perlu pakai kain labuh2 menyusahkan diri je.' Gumam Aryan.
"Ulya jatuh tertonggeng pun takda kena mengena dengan Ryan lah. Ok jap!" Ulya tiba2 berhenti.
Aryan yang mengekori Ulya terus terlanggar Ulya. Habis pinggan nasi yang dibawanya terlangkup mencium baju Ulya. "Alamak, kenapa Ulya berhenti tiba2?" Hanya soalan tu yang terkeluar dari mulutnya.
Suasana yang sedari tadi riuh terus senyap sunyi. Semua mata tertumpu pada pasangan yang satu ini. Aqilah dan Syed yang sibuk melayan tetamu terus menuju ke arah Ulya dan Aryan."Apa kau dah buat ni?" Tiba2 Ulya menukar bahasa panggilannya daripada bahasa nama kepada aku kau.
Aryan langsung tidak menyangka Ulya akan menukar panggilan bahasa mereka melopong terkejut.
"Ulya, kau tak apa2? Eh, babe kotornya baju kau." Aqilah terus mengangkat mukanya untuk melihat siapakah gerangan yang telag melanggar rakannya itu.
Baru saja dia hentak marah tiba2. "Aryan haikal? Aryan Haikal kan?" Tidak dia sangka akan berjumpa dengan orang yang mematahkan hati rakannya itu.
"Yup! Akulah. Lama tak jumpa kau. Selamat pengantin baru." Aryan menghadiahkan senyuman kepada Aqilah.
"Terima kasih, by the way apa kau buat dekat sini? I means kau ada kenal dengan abang2 or sesiapa keluarga aku ke?" Aqilah kehairanan kerana setahu dia, dia tidak menjemput lelaki itu ke majlisnya.
"Jap2 korang berdua ni dah kenallah ya? Wow! What a small world lah kan. Ila Ryan ni kawan saya. Dia engineer dekat syarikat saya dan merangkap kawan baik saya." Syed Mukhris mencelah.
"So, tak perlulah aku terangkan kan?" Aryan menambah.
"Hello, aku ni patung ke kat sini? Boleh pula korang berjejak kasih kat sini ya? Dah lah aku nak naik atas nak bersihkan baju aku ni." Berang Ulya kerana dirinya seolah2 dilupakan. Laju kakinya melangkah menaiki tangga ke tingkat atas.
Aryan pula mengejar Ulya. "Ulya Ryan minta maaf. Tulah siapa suruh Ulya berhenti mengejut."
"Dah lah, jangan ikut aku. Takkan kau nak ikut aku sampai toilet kot." Ulya mula rimas.
"Er, taklah. Ulya jap berhenti kejap." Aryan menarik lengan Ulya supaya Ulya berhenti. Mereka berdiri ditengah2 tangga.
"Ish, lepaslah Ryan. Apa orang kata nanti. Ulya manarik lengannya. Bukan dia risau sangat punkata orang tapi dia menyampah nak menghadap muka lelaki yang berada di hadapannya ini.
"Kejaplah, Ryan nak cakap something ni. Hmm, boleh tak Ryan nak nombor telefon Ulya. Lepas ni boleh kita lepak2 sama." Aryan berharap agar Ulya mahu memberikannya. Dia nekad untuk menebus kembali kesilapannya dahulu.
"Boleh, boleh blah!" Ulya terus minggalkan Aryan terpinga2 di situ.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romansa"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...