Telefon bimbit Aryan Haikal berdering mengganggu lenanya. Tertera nama Syed Mukhris di skrin telefonnya. Dalam keadaan mamai Aryan Haikal menjawab panggilan telefon itu.
"Hmm... hello kau nak apa?" Kedengaran malas suara Aryan Haikal.
"Sorry pengantin baru kacau kau malam-malam buta ni. Aku just nak ingatkan esok jangan lupa mandi wajib." Syed Mukhris menahan gelak.
"Mandi wajib?" Aryan Haikal diam membisu.
"Yelah... takkan dah lupa cara mandi wajib kot."
"Apa benda kau cakap ni?" Aryan Haikal blur kerana masih mamai.
Tiba-tiba dia tersedar sesuatu apabila melihat Ulya Kaisara disebelahnya. Sambil menepuk dahi dia ketawa sendirian.
"Oi! Kau dah kenapa? Lupa dah diri tu dah jadi laki orang?" Kedengaran suara gelak tawa Syed Mukhris dan Aqilah.
"Ya Allah korang ni telefon aku sebab nak kenakan aku je? Aku betul-betul lupa weh. Tengok sebelah ada bini aku baru aku ingat. Hahahaha." Bederai ketawa Aryan Haikal.
"Teruk betullah kau ni. Sebelum kahwin bukan main menggatal lagi kau. Ni dah kahwin boleh pula kau lupa bini kau eh. Ish ish ish." Telefon Syed Mukhris bertukar tangan kepada Aqilah pula.
"Aduh kau ni Qila malu aku. Dah lah aku nak sambung tidur. Tengah syok-syok ada orang peluk ni ada pula orang kacau!" Aryan Haikal berseloroh.
"Hahaha. Kami ni sekadar nak ingatkan je. OK lah selamat beradu wahai sahabatku. Kami di sini mendoakanmu agar Mika cepat dapat adik. OK bye!" Talian terus dimatikan oleh Aqilah sebelum sempat Aryan Haikal menjawab.
"Hai lah apalah nasib aku dapat kawan masuk air ni. Gigih call aku pagi-pagi." Aryan Haikal ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Macam-macam ragam kawannya itu.
"Awak! Awak kenapa tak tidur lagi ni?" Ulya menenyeh-nenyeh matanya melihat Aryan Haikal yang sedang tergelak memandang telefonnya.
"Eh! Sayang, tak ada apa. Ni hah kawan kesayangan awak tulah kacau saya konon nak ingatkan esok mandi wajib. Adoilahh."
"Ya Allah. Tak ada kerja betullah budak berdua tu." Ulya tergelak kecil.
"Dah lah sayang jom sambung tidur. Esok nak kena bangun awal." Ujar Aryan Haikal sambil mengusap ubun-ubun isterinya tetapi tiada jawapan.
Ulya Kaisara diam membisu.
"Sayang, kenapa ni?" Aryan Haikal mula risau dengan riak wajah isterinya.
Dagu Ulya ditarik menghala ke arah Aryan Haikal. Wajah isteri ditenung lama. Dia cuba membaca apa yang bermain difikiran isterinya itu.
"Sayang! Kanapa ni? Abang ada buat salah ke?" Aryan semakin risau.
Ulya merenung ke dalam anak mata Aryan Haikal. Dia mengeluh lemah.
"Saya minta maaf." Ulya menunduk.
"Sebab?" Soal Aryan Haikal pelik.
"Sebab tak dapat jadi isteri yang sempurna macam perempuan lain." Air mata Ulya mula mengalir.
Aryan Haikal tersenyum. Dia menarik kembali dagu isterinya agar memandang ke arahnya.
"Sayang. Kesempurnaan tu bukan dari fizikal tau. Kesempurnaan tu dari hati." Ujar Aryan Haikal lalu tangannya diletakkan di dada Ulya.
"Pada saya awak dah sangat sempurna. Saya tak perlukan kesempurnaan yang awak maksudkan tu pun. Tiada siapa kat dunia ni yang sempurna. Kalau kita asyik hendak mencari kesempurnaan sampai ke sudah kita tak akan dapat cari."
![](https://img.wattpad.com/cover/93635133-288-k25711.jpg)
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...