Setelah beberapa bulan perkenalannya dengan Aryan Daniel Ulya mula cuba untuk membuka hatinya untuk lelaki itu. Setiap hari Aryan akan membawa Ulya keluar makan dan bersiar-siar. Indah sungguh Ulya rasakan setiap hari yang berlalu kerana dia dilayan seperti puteri raja. Aryan Daniel, orangnya berkulit sawo matang, tinggi 170cm, berkumis tipis, bermata sepet kerana mempunyai darah campuran cina di sebelah moyangnya dan mempunyai lesung pipit.
'Alahai semuanya perfect! Tang lesung pipit ni aku tak tahan, macam ada keserasian pulak kita sama la Ryan. Huhu.' Ulya tersengih-sengih memandang muka Aryan Daniel sesekali dia menggeleng sesekali dia mengangguk. Sebijik macam orang tidak betul lagaknya.
"Hello, Sara. Sara dengar tak apa Ryan cakap ni?" Aryan melambai-lambai tangan di hadapan muka Ulya.
"Eh, ha apa dia Ryan. Sorry Sara tak dengar tadi." Ulya menggigit bibir bawahnya kerana terasa bodoh pula dia berangan pada waktu-waktu sebegitu.
"Lah, lagi tadi Ryan cakap Sara tak dengar ke? Sara ni nak kena piat telinga dia ni!!" Aryan Daniel menjegilkan mata kepada Ulya.
"Ala, sorry Ryan Sara ter..berangan sekejap tadi. Hehe. Okay, okay I promise I will focus on our conversation. Please keep my words!" Ulya mengangkat tangan kanannya seperti orang berikrar.
"Ish Sara nilah. Nasib baik comel kalau tak malas Ryan nak ulang balik tau. Ryan cakap tadi, Ryan nak kita serius. Kalau Sara setuju Ryan nak kita tunang tahun depan. I really love you Sara. I don't want to lose you. Ryan nak bawa Sara jumpa dengan mama. Kebetulan mama ada kat sini dia datang rumah Kak Kieysha. Bolehkan Sara?" Aryan bersungguh-sungguh mengulang kembali kata-katanya. Menunggu dengan penuh sabar jawapan daripada Ulya.
'Harap, kau percayalah yang aku bersungguh-sungguh nak kat kau.' Monolog Aryan sendirian.
Ulya yang sedang menghirup air milo ais yang panas itu terus tersedak. Ditepuk-tepuk dadanya. 'EH, biar betul mamat ni. Baru je kenal aku berapa bulan takkan nak terus ajak jumpa mama dia kot.'
"Em, Sara okay tak ni? Minum air elok-eloklah. Kan dah tersedak. Sara Ryan serius tau ni. Ryan malas nak main-main dah. Ryan malas dah nak sibuk-sibuk cari calon isteri sebab Ryan dah jumpa yang Ryan berkenan." Senyuman dilemparkan mengharap pancingannya terkena kali ini.
"Ryan, Sara bukan tak mahu. Tapi Sara belum bersedia nak jumpa mama Ryan. Em, kalau kita kenal-kenal dulu lebih dalam bolehkan?" Ujar Sara sambil mengelap mulutnya.
"Tapi, Sara boleh terima Ryankan? Sara, kalau taknak jumpa mama dulu pun tak apa. Ryan tak kisah, tapi Sara terima tak kalau Sara jadi girlfriend Ryan?" Aryan bersungguh.
'Patutkah kau terima Ulya? Tapi dia ni macam bersungguh-sungguh nak kat kau. Orang macam nilah yang kau cari selama ni kan Ulya? Apa lagi terima jelah.' Ulya berperang dengan akalnya.
"Em Ryan, Sara boleh terima Ryan tapi Sara harap Ryan faham kalau Sara belum dapat sayang Ryan betul-betul. Sebab kita baru je kan kenal?" Akhirnya Ulya menerima Aryan.
"Really? So you wanna be my girlfriend? Oh god! I'm so thankfull. Sara thank you Sara, i really love you!" Riak muka Aryan terus berubah daripada risau kepada gembira. 'Akhirnya, kau makan juga umpan Sara.'
*Guys Sorry sangat2 bab 3 ni pendek sikit idea untuk bab ni taknak keluar pulak hehe. and one more thing untuk bab yang seterusnya mungkin ada banyak singkatan perkataan. hope youguys tak kisah. btw thanks sudi baca and please continue baca sebab banyak lagi part2 yang korang tak jangka akan jadi pada Ulya. so keep reading okay. :)
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...