Sebulan telah berlalu. Selama sebulan Aryan Haikal tidak dibenarkan untuk berjumpa Ulya. Setiap kali Aryan Haikal datang melawat Ulya ke hospital hanya Mikail saja yang dibenarkan masuk.
Kini Ulya sudah tiga minggu berada di rumah Puan Dahlia dan sudah tiga minggu jugalah Aryan Haikal terpaksa menahan derita hatinya tidak dapat berjumpa Ulya. Mikail juga telah diambil oleh Aqilah atas permintaan Puan Dahlia. Alasannya hanya Mikail saja yang mampu membantu memulihkan ingatan Ulya.
"Kamu nak apa ke sini?" Soal Puan Dahlia. Langsung wajah tua itu tidak memandang menantunya.
"Ryan datang nak melawat isteri Ryan ma. Ryan bawa Mika. Mika rindu ibu dia." Jawab Aryan Haikal perlahan, lembut dan sopan.
"Tinggalkan Mika kat sini. Kamu boleh balik."
"Tapi ma... Ryan pun nak tengok Ulya."
"Kau nak buat apa tengok Ulya? Nak bagi Ulya ingat balik kenangan pahit dia dengan kau? Nak buat anak aku menderita lagi?"
"Ma... Ryan tak sengaja ma. Ryan buat semua tu bersebab. Ryan tak sangka semua benda jadi semakin rumit macam ni." Aryan Haikal menunduk. Kesal dengan apa yang telah berlaku.
"Heh! Semua yang jadi ni sebab Ryan tak pandai nak kawal keadaan! Jadi lelaki dayus!"
"Dee! Apa awak cakap ni? Awak sedar tak apa yang awak cakap ni? Setan apalah yang merasuk awak ni Dee. Istighfar Dee." Encik Rahman menegur perbuatan isterinya. Itupun nasib baik dia sampai di lobi itu tepat pada waktunya. Kalau tidak entah apalah yang akan berlaku.
"Kalau abang tak mahu tengok saya jadi macam ni lagi baik abang suruh menantu kesayangan abang ni balik. Saya tak nak tengok muka dia!" Ujar Puan Dahlia dengan suara yang agak keras dan tegas. Dia sememangnya tidak main-main kali ini.
"Papa... tak apalah. Biar hati mama lembut dulu. Nanti Ryan datang lagi ya pa. Papa tolong tengok-tengok Ulya dan Mika untuk Ryan ya pa." Aryan Haikal mengundur diri. Dia terpaksa mengalah. Bukan mudah untuk meredakan kemarahan ibu mertuanya itu. Nampak saja lembut dari luaran.
*****
"Mama... Mika mana ya ma?" Ulya bertanyakan tentang si kecil yang dikatakan anaknya. Sukar untuk dirinya percaya tetapi entah bagaimana dia dapat rasakan Maikail seperti mempunyai sesuatu keserasian dengan dirinya. Semakin lama dia semakin sayang dengan Mikail.
"Ada tengah main dengan papa dekat bawah. Ulya mama nak tanya sikit boleh?" Puan Dahlia melabuhkan punggung duduk di sebelah Ulya di birai katil.
"Ye ma. Tanyalah."
"Ada kamu teringat apa-apa?" Soal Puan Dahlia pendek.
"Em, ada. Tapi Ulya tak pasti ma sebab Ulya tak pernah lagi pergi tempat tu." Berkerut-kerut dahi Ulya mengingatkan kembali memori yang tiba-tiba datang menerpa di ingatannya tempoh hari.
"Tempat apa itu Ulya?" Puan Dahlia berdebar. Kalau boleh dia mahu memadamkan terus ingatan Ulya terhadap Aryan Haikal. Dia tidak mahu Ulya sakit Ulya sedih dan menderita lagi mengingatkan tentang lelaki itu.
"Entahlah ma. Tapi yang penting dalam rumah tu ada seorang lelaki. Lelaki tu sama macam lelaki yang ada masa Ulya di hospital tempoh hari." Ya sehingga kini Ulya masih lagi tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki itu. Kehadirannya begitu sekejap selepas dia sedarkan diri. Selepas dia mengajak Puan Dahlia dan yang lainnya keluar untuk menerangkan seuatu lelaki itu hilang dan tidak muncul-muncul lagi sehingga kini.
"Siapa dia ya ma?"
Puan Dahlia hilang akal untuk menjawab. Sebelum ini ada juga Ulya bertanyakan soal Aryan Haikal tetapi pantas saja dia menukar topik. Tentang bapa Mikail dan anak dalam kandunganya pula masih tidak dijawab. Kali ini dia betul-betul buntu.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...