"Alhamdulillah, sedap makcik masak. Kalau hari-hari dapat makan macam ni fuh boleh gemuk saya. Hahha." Puji Raziq sambil menggosok-gosok perutnya. Betul-betul kenyang dia hari ni.
"Alhamdulillah. Kalau nak hari-hari kenalah datang sini hari-hari." Puan Dahlia berseloroh.
Tersipu malu Raziq dibuatnya.
"Raziq terima kasih banyak-banyak sebab temankan Ulya. Menyusahkan betul makcik ni kan." Puan Dahlia menyambung lagi.
"Eh, takda susahnya makcik! Ulya ni saya dah anggap macam keluarga sendiri dah. Tak ada istilah menyusahkan pun. Sampai ada orang tu prank saya pun, saya tak sampai hati nak marah." Raziq melirikkan matanya ke arah Ulya.
"Uhuk! Uhuk!" Tiba-tiba Ulya tersedak nasi.
Cepat-cepat Puan Dahlia menyuakan segelas air kepadanya. Digosok-gosok belakang badan Ulya.
"Kamu ni! Makan elok-eloklah sikit." Tegur Puan Dahlia.
Raziq hanya mampu gelak saja melihat Ulya begitu.
"Bu! Bu! Tok pa anggil." Mikail menarik-narik hujung baju Ulya.
"Baba.. baba." Sambung Mikail lagi.
"Baba?" Ulya dan Puan Dahlia saling berpandangan.
Raziq pula terpinga-pinga. Tidak dapat mencerna apa terjadi ketika itu.
"Suami Ulya ke?" Desis hati Raziq. Dia tidak mengetahui banyak perkara tentang suami Ulya tetapi dia hanya tahu sedikit tentang keretakan rumah tangga Ulya sahaja.
"Mama..." Ulya memberikan isyarat kepada Puan Dahlia agar melihat siapa yang datang.
Tanpa berlengah lagi Puan Dahlia terus mengdukung Mikail dan membawanya ke ruang tamu.
Ketika Puan Dahlia tiba di ruang tamu dia mengendap-ngendap di balik langsir pintu utamanya rumahnya. Kedengaran suara orang sedang rancak berborak.
"Suara tu... suara... Ar... Aryannn!" Puan Dahlia mula merengus geram.
"Berani dia jejakkan kaki ke sini lagi?" Turun naik nafas Puan Dahlia.
"Mika, Mika pergi duduk dengan ibu ya dekat meja makan. Tok ma nak jumpa tok ba kejap." Puan Dahlia menurunkan Mikail dan menyuruhnya pergi ke meja makan.
Tanpa berlengah lagi dia terus keluar dan menuju ke gazebo.
"Kamu nak apa lagi datang ke sini? Nak ambil Ulya? Jangan bermimpi!" Tinggi nada suara Puan Dahlia.
"Mama." Aryan Haikal senyum dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu mertuanya.
Salam tidak disambut malah dijeling.
"Dee.. apa awak ni. Dia masih menantu awak tau." Tegur Encik Rahman.
Aryan Haikal hanya menunduk. Remuk hatinya bila dilayan sebegitu.
Tidak lama kemudian kedengaran sapaan dari seseorang.
"Baba!" Masing-masing menoleh. Suara itu datang dari Mikail.
Mikail didukung oleh Raziq. Dan dia berjalan beriringan dengan Ulya.
Hancur hati Aryan Haikal melihat adengan itu. Raziq, Ulya dan Mikail bagaikan sebuah keluarga yang bahagia dan dia hanya tetamu yang singgah di villa itu.
"Siapa yang datang ma?" Ulya berpura-pura tidak mengenali suaminya.
"Tak ada siapa-siapa. Anak kawan papa datang jenguk papa." Jawab Puan Dahlia selamba.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...