Bab 45

8.7K 188 5
                                    

Pagi-pagi lagi Ulya sudah bersiap-siap untuk ke pasar pagi. Banyak bahan-bahan basah untuk dimasak sudah habis. Puan Dahlia pula tidak dapat ke pasar kerana kakinya terseliuh beberapa hari lepas. Mahu tak mahu terpaksalah Ulya yang keluar ke pasar. Segala risiko terpaksa dia tanggung.

"Hati-hati Ulya. Jalan kat pasar jalan nak laju sangat, lantai pasar tu licin! Nanti tergelincir pula!" Pesan Puan Dahlia. Risau benar hatinya mahu melepaskan anaknya itu pergi ke pasar sendirian. Lagi pula dengan keadaan Ulya yang sedang berbadan dua itu.

"Iya ma. Pandailah Ulya jaga diri. Ni ada apa-apa lagi yang mama nak tambah tak?" Ulya menyoal. Dia kena buat double check takut ada yang tercicir.

"Tak ada dah. Mama dah double check dah tadi. Hati-hati tau! Ee risaulah mama." Riak muka Puan Dahlia ketara benar dia begitu risaukan Ulya.

"Ya Allah.. tak ada apalah ma. InsyaAllah tak ada apa. Doa yang baik-baik ye. Ulya pergi duluuuu." Ulya terus mencapai kunci kereta Puan Dahlia dan keluar rumah. Kereta Ulya berada di rumah Aryan Haikal. Sejak Ulya hilang ingatan tidak pernah lagi Ulya menjejakkan kaki ke rumah itu.

Enjin kereta dihidupkan. Sementara menunggu enjin kereta panas Ulya mencapai telefonnya. Instagram miliknya dibelek. Sudah lama dia tidak post apa-apa gambar di situ. Sejak berbulan-bulan lamanya dia hanya membelek-belek saja instagram itu. Risau akan keadaan dirinya yang sudah kembali pulih itu diketahui oleh Aryan Haikal.

Dalam keasyikan Ulya membelek instagram miliknya, terdapat sepasang mata yang memerhatikannya daripada jauh. Melihat Ulya daripada jauh sangat menyeksakan jiwa dan raganya. Jika tidak ditahan kehendak hati memang dia akan merempuh pagar villa itu dan mendakap kesayangannya itu. Hanya air mata saja yang sudi menemaninya saat ini.

Tidak lama kemudian kelihatan kereta yang dipandu Ulya bergerak keluar daripada kawasan pagar rumahnya. Si pemerhati terus menghidupkan enjin keretanya dan mengikut kereta Ulya daripada jarak jauh.

*****

"Abang bila nak bawa saya jumpa Ulya? Saya banyak buat salah dengan dia. Saya nak minta maaf." Ujar Puan Munirah sayu.

"Abang bukan tak mahu bawa awak jumpa dia. Kondisi awak sekarang ni yang tak mengizinkan. Awak lemah Mun." Balas Encik Khalid. Jari jemari isterinya digenggam erat. Sesekali diciumnya dengan penuh kasih sayang.

Puan Munirah memejamkan matanya. Terasa pedih. Air matanya mula mengalir.

Uhuk! Uhuk!

Pantas Encik Khalid menggosok-gosok belakang badan Puan Munirah. Kesihatannya semakin merosot. Selera makan Puan Munirah juga semakin hilang. Demam panas yang dialaminya seakan-akan tidak jemu-jemu menjengah. Sekejap saja baiknya. Seminggu kemudian suhu badannya meninggi semula.

"Mun awak tidur ya. Rehat. Jangan fikirkan sangat tentang Ulya tu. Kan Ryan dah janji nak pujuk Ulya untuk datang sini." Encik Khalid menyedapkan hati isterinya.

"Cepat atau lambat dia pasti akan ke sini. Walau macam mana sekalipun, dia masih lagi isteri Ryan yang sah. Mahu tak mahu dia kena dengar cakap Ryan." Sambung Encik Khalid lagi sambil mengusap-ngusap ubun-ubun isterinya.

"Jangan hampakan saya ya bang. Saya nak minta maaf sangat dengan dia. Nak jumpa dia. Nak peluk cium dia. Nak jumpa cucu saya sebelum saya menutup mata." Sekali lagi air mata Puan Munirah berjuraian.

"Iya Mun, abang dengan Ryan janji. Dah dah! Tak baik cakap macam tu. Tidur ya." Sebak dada Encik Khalid mendengar kata-kata isterinya. Sebagai seorang suami dia tidak sanggup untuk menghampakan permintaan isterinya. Dia juga tidak sanggup kehilangan isterinya itu.

Tangis ditahan sehabis mungkin oleh Encik Khalid. Dia tidak mahu isterinya melihat dia dalam keadaan yang sebegitu.

Tidak lama kemudian. Akhirnya Puan Munirah terlena. Pipi yang masih basah dilap oleh Encik Khalid. Selimut ditarik sehingga ke paras dada isterinya. Sebelum keluar dari bilik dia mencium dahi Puan Munirah. Lalu tumpah juga air mata lelakinya. Segera diseka dan pantas berlalu keluar.

Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar Encik Khalid. Nombor telefon Aryan Haikal didail.

Tut~

"Hello, Assalamualaikum!"

"Walaikumsalam! Ya, pa!"

"Ryan, kamu masih di Johor?"

"Ya. Mungkin esok Ryan balik. Kenapa pa? Mama OK kan pa?"

"OK. Tapi kalau boleh cepat-cepatlah kamu pujuk menantu papa tu. Mama kamu nak sangat jumpa dia sampaikan terbawa-bawa dalam tidurnya."

"Ryan usahakan ya pa. Ryan faham keadaan mama. Ryan janji Ryan akan pujuk isteri Ryan."

"Bincang elok-elok dari hati ke hati. Ingat jangan terbawa-bawa emosi. Kawal emosi kamu tu. Jangan terlampau keras. Dia tu terluka. Jadi kamu kena berlembut."

"Baik, pa! Ryan cuba. Terima kasih pa. Papa jaga mama elok-elok ya. Kirim salam mama."

Baiklah. Jaga diri kamu tu. Assalamualaikum."

"Walaikumussalam."

Talian diputuskan.

Satu keluhan berat dilepaskan Encik Khalid.

Dia tidak pasti Aryan Haikal akan berjaya atau tidak memujuk Ulya untuk kembali ke rumahnya itu. Mengingat kembali betapa Ulya menderita semasa berada di rumahnya membuatkan Encik Khalid mengeluh panjang. Dia menyesal kerana hanya berdiam diri dan tidak menegah perbuatan isterinya itu.

*****

Dari jauh Aryan Haikal mengikuti kereta Ulya Kaysara. Dia cukup menjaga jarak keretanya agar tidak diketahui oleh isterinya itu.

Hendak diikutkan hati mahu saja memintas kereta itu. Dia mahu meminta maaf pada waktu itu juga. Dia mahu diberikan kesempatan untuk meperbetulkan keadaan.

Aryan Haikal tahu semua itu tidak semudah yang itu. Hati Ulya begitu terluka. Soal kehilangan ingatan Ulya juga menjadi satu masalah baginya. Bagaimana harus dia lakukan agar Ulya dapat mengingati dirinya kembali? Jika Ulya ingat sudah pasti dirinya akan dibenci dan dibuang jauh daripada hati isterinya itu.

"Ya Allah! Apa yang harus aku lakukan ya Allah? Bantulah hambaMu yang buntu ini ya Allah." Doa Aryan Haikal dalam sayu. Dia buntu!

*****

"Kenapa kereta belakang ni macam follow aku je dari tadi?" Ulya menyedari akan kehadiran kereta Honda Civic yang berwarna hitam yang mengikutinya sedari dia keluar daripada simpang rumahnya.

"Apa aku nak buat ni?" Ulya buntu.

Beep! Beep!

Telefonnya berdering.

"Ya Allah! Terima kasih ya Allah kerana kau hadirkan penyelamat dalam aku kebuntuan dan kesusahan ya Allah." Ulya memanjatkan kesyukuran apabila melihat nama Dr. Raziq yang tertera pada screen telefonnya.

Ya hubungan Ulya dan Raziq sudah mulai rapat sejak beberapa minggu ini. Tetapi Ulya kerap mengingatkan kepada Dr. Raziq yang dia sudah berkahwin dan mahu menjaga batasnya sebagai isteri orang.

"Hello! Raziq! Tolong I Raziq!" Tanpa mendengar mukadimah daripada si pemanggil Ulya terus menerjah.

"Hello! Hei! Kenapa ni Ulya? You OK tak ni?" Raziq panik.

"Tak! I tak OK! Raziq please help me, ada orang follow kereta I." Ujar Ulya sambil matanya yang mulai berair masih lagi melirik pada cermin sisi dan cermin tengah keretanya.





Ops! Siapa yang follow Ulya??? Harap Ulya tak apa-apalah. #siscuak

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now