Bab 48

10.8K 226 12
                                    

Aryan Haikal duduk bersandar di kepala katil sambil melunjurkan kakinya. Fikirannya sudah jauh melayang entah ke mana. Badannya penat dah perlukan rehat. Tetapi otaknya masih lagi ligat memikirkan benda yang tidak-tidak.

Krek!

Pintu bilik dibuka daripada luar. Tiba-tiba pintu itu tertutup semula.

Aryan Haikal sedar akan itu. Segaris senyuman terbit di bibirnya. Pantas dia bangun dari katil dan perlahan-lahan menuju ke pintu bilik.

Pintu dibuka sedikit oleh Aryan Haikal. Dia menjengah keluar.

"Mundar-mandir depan bilik ni dah kenapa? Dah tak kenal bilik sendiri kat mana ke?" Aryan Haikal mengusik Ulya yang sedang berjalan mundar-mandir bagai orang hilang anak di depan bilik.

"Mak!" Ulya cepat-cepat menutup mulutnya. Mana tidak terkejut sedang asyik berteka teki dengan diri sendiri samaada mahu masuk ke biliknya ataupun tidak tiba-tiba suara Aryan Haikal menjengah ke telinganya.

"Ish!" Ulya mendengus geram. Dia terus berlalu turun. Nak masuk ke bilik itu memang dikerat jari pun dia tidak mahu.

Aryan Haikal hanya tergelak melihat gelagat Ulya. Dia menutup kembali pintu bilik. Malas mahu menambah geram di hati kesayangannya itu.

Dengan perasan geram Ulya mengomel, "Ish, siapalah yang benarkan dia masuk bilik aku ni! Aduh! Nak tidur mana malam ni?"

"Tidur bilik kamulah. Em, papa yang suruh dia masuk bilik tu. Ada masalah?" Encik Rahman sengaja menanyakan soalan itu. Dia tahu memang banyak masalahnya.

"Er, papa tahukan Ulya..."

"Tahu, tapi kamu sebagai seorang isteri tempat kamu di mana?"

Diam.

"Dah pergi naik bilik kamu tu. Mika dah tidur kan?"

"Dah. Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Kamu ke mama kamu ke kena dengar cakap papa kali ni. Faham?" Tegas Encik Rahman bersuara. Dia mahu mendidik anaknya.

"Em, baiklah..." Ulya melangkah semula naik ke bilik. Lambat-lambat dia melangkah. Betapa berat hatinya untuk memasuki bilik itu.

"Tahu tak aku sakit hati tengok muka dia! Benci tahu? Benci!" Omel Ulya sendirian.

Apabila tiba saja di hadapan pintu dia berhenti.

"Err... ahh tidur bilik Mika jela. Papa bukan tahu." Idea bernas muncul dalam kepalanya. Lalu cepat-cepat dia melangkah ke bilik Mikail.

Pintu bilik Mikail dibuka perlahan-lahan lalu ditutup rapat. Ulya memandang Mikail. Mikail sedang nyenyak dibuai mimpi. Terbit segaris senyuman dia bibir Ulya.

"Anak ibu tidur comelnyaaaa. Macam ayah dia juga. Hadif..." Ulya mengeluh sendirian.

"Kalaulah kau ada kat sini mesti Mika tak perlu lalui semua ni. Pindah sana pindah sini."

Pipi Mikail di usap dengan penuh kasih sayang. Ulya mencium ubun-ubun Mikail lama. "Ya Allah berilah aku kekuatan untuk bertahan demi membesarkan anak-anakku ini Ya Allah." Mata Ulya dipejamkan. Mengalir air matanya.

Tok! Tok!

Tiba-tiba kedengan ketukan pintu dari luar bilik Mikail.

Pantas Ulya menyeka air mata di pipinya. Dia turun daripada katil dan berjalan menuju ke arah pintu bilik. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas. Pintu dikuaknya sedikit untuk melihat siapakah gerangan yang mengganggunya itu.

"Sayang..." Aryan Haikal cuba menolak pintu bilik itu. Tetapi dihalang oleh Ulya.

"Awak nak apa?" Soalan bengap dikeluarkan oleh Ulya. "Mestilah dia nak kau." Desis hati Ulya.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now