4 tahun kemudianDari jauh kelihatan Aqilah sedang menghendap Ulya yang termenung jauh di meja kerjanya. 'Haih Ulya2 dah pukul 1 pun kau sibuk nak termenung? Tak reti lapar dah ke?' Aqilah menggelang2 kepala sambil bercekak pinggang. Kalah mak nak marahkan anak gayanya.
"Hoi! Ha, termenung apa tu ha? Termenung kahwin dengan anak raja ke?" Terpelanting pen yang dipegang Ulya melayang tepat ke muka Aqilah. "Aduh! Parah aku dapat balasan on the spot! Tobat la nak aku tanak terperanjatkan kau lagi. Aduhhh." Aqilah menggosok2 dahinya yang memerah kesan pen Ulya itu.
"Hahahah, haa sape suruh! Ish kau ni buat lemah jantung je tau." Ulya mengurut2 dadanya. 'Si Aqilah ni nasib baik pen yang terpelanting kalau aku pegang pisau tak naya?' Ulya menggeleng2 kepalanya.
"Ha, kau tergeleng2 ni dah kenapa? Tak nak pergi lunch ke cik Ulya oi? Ke perut tu dah kebal sangat?" Si Aqilah ni kalau tak perli tak sah!
"Eh, dah sampai waktu lunch ke? Ya rab! Patutlah perut aku menyanyi je lagi tadi. Heheh" Ulya tersengih bagai kerang busuk menayangkan barisan giginya yang putih itu. 'Ha, tulah kau Ulya berangan lagi, kan dah waktu lunch pun tak perasan. Tapi peristiwa tu memang aku tak boleh lupa. Arghh! Potong mood betullah!'
Aqilah bercekik pinggang. "Hoi, kau ni berangan lagi! Jomlah pergi lunch! Sumpah wei aku dah tak larat dah ni. Perut aku ni bukan dah takat nyanyi lagi dah dia dah buat nasyid, berzanji segala bagai dah tau!" Si Ulya ni kalau tak termenung atau berangan tak sah! 'Macam manalah aku nak buat kawan aku ni lupakan je kisah hitam dia tu! Asyik termenung je. Hmm.'
"Ye, aku nak bangun lah ni. Kau ni tak reti sabarlah. Baru pukul 1.10 ada banyak masa lagi weh." Ulya cepat2 mengemas kertas2 dan fail yang berselerakan di atas meja kerjanya. Haih memang tiap hari macam itulah rupa meja yang dia kena hadap.
*****
Ketukan pintu kedengaran dari luar bilik Ulya. Zati, pembantunya masuk lalu menyerahkan fail kepada Ulya. "Cik Ulya, nanti cik Ulya check email ya, saya ada email artikel yang terbaru untuk cik Ulya semak. Lagi satu ni ada bunga, coklat dan hadiah untuk cik Ulya. Oh, ya. Sebelum cik Ulya tanya. Semua ni saya tak tahu dari siapa sebab orang kedai bunga yang hantar. Cuba cik check kat kad tu dari siapa. Oklah, kalau tak ada apa2 lagi, saya keluar dulu ya.""Er, baiklah awak boleh keluar. Terima kasih Zati." Ulya terus mencapai bunga-bunga dah hadiah2 itu. Dibaca satu persatu kad daripada si pemberi.
"Aduh, rimasnya! Dia orang ni fikir aku ni apa? Dah banyak kali aku reject masih juga hantar semua ni. Dato', anak Dato', tokeh kedai makan semua sama je! Tak guna! Pandang perempuan semua pada rupa je. Lepastu nak lepaskan nafsu dia orang je. Dah dapat blah! Dasar lelaki!" Ulya menumbuk mejanya.
Geram dan sakit hati benar dia terhadap lelaki. Peristiwa yang terjadi 4 tahun lepas benar2 meninggalkan kesan kepadanya. Sukar untuk dia melupakan perkara itu. Dan disebabkan peristiwa itu jugalah dia membekukan hatinya untuk semua lelaki yang melamarnya. Hatinya betul2 terkunci rapat untuk mana2 lelaki!
Kesemua bunga dan hadiah itu Ulya ambil dan membawanya keluar dari biliknya. Dia berjalan laju menuju ke arah Zati. "Zati, ni semua saya hadiahkan pada awak. Lepas ni kalau ada lagi bunga or apa-apa hadiah awak ambil saja ya." Senyuman dilemparkan lalu Ulya terus meninggalkan Zati terpinga2 di situ.
"Er, tapi... hmm rejeki jangan ditolak loh jati oi! Dapat coklat mahal bukan selalu. Huhuhu." Makin gedempol lah kau Zati. Sememangnga Zati mempunyai saiz badan yang agak gempal dan memang terkenal dengan hobinya yang kuat makan. Bagilah apa saja dia pasti tidak akan menolak.
*****
Tepat pukul 5.30 petang muka Aqilah dah berdiri terpacak depan pintu bilik Ulya. Apa lagi yang dia mahukan selain mahu mengajak kawannya pulang.
Lepas sahaja Aqilah dan Ulya menamatkan pengajian mereka telah menerima tawaran bekerja di satu tempat yang sama cuma bidang kerja saja yang berlainan. Memang dah jodoh betul."Ehem, cik akak oi! Dah tak reti nak berhenti buat kerja ke?" Aqilah berdehem sambil membuat muka toyanya memerli Ulya. Ulya ni kalau tak disonsonh memang sampai ke malamlah baru dia berhenti buat kerja.
"Hmm, jap jap. Sikit lagi. Kau tunggu kat bawah dululah. Nanti aku turun ya makcik." Ulya terus menaip tanpa henti walaupun mulutnya membalas kata2 Aqilah.
"Kau save benda tu sekarang! Ish budak nilah. Life kita ni bukan untuk kerj je tau! Kerja tu esok boleh sambung. Sekarang masa untuk balik dan rehat." Aqilah mengomel, geram benar dia dengan perangai si Ulya ni. Selepas kejadian 4 tahun lepas itu, hidup Ulya langsung tiada perketaan berseronok.
'Macammana lah aku boleh tahan kawan dengan orang hati beku macam kau ni Ulya." Aqilah menyambung omelannya di dalam hati.
"Ok! Baik! Aku kemas. Dah, tak payah nak membebellah. Penatlah hari2 aku kena dengar kau membebel." Cepat2 Ulya mengemas meja kerjanya. Beg tangan segera dicapai lalu terus dia menarik lengan Aqilah untuk pulang.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...