Sejadah baldu bercorak bunga yang mengelilingi Ka'abah ditenung Ulya. Hujung kain telekungnya pula dipintal-pintal. Ulya mengeluh, "Apalah nasib aku ni. Kenapa dalam ramai-ramai lelaki dia juga yang aku cinta?"
"Ya Allah apa salah aku Ya Allah sampai aku diduga sebegini? Aku tak kuat ya Allah. Sudah lebih lima tahun aku terseksa dengan perasan ini ya Allah." Ulya menyeka air mata yang mengalir di pipinya. Terasa matanya mula berpinar. Kepalanya juga seakan-akan memberat. Lelah dirasakan tak dapat lagi dihadap.
Ulya merebahkam badannya di atas sejadah. Dalam beberapa saat matanya sudah tertutup. Masih kelihatan kesan air mata di kelopak matanya. Begitu berat ujian yang dia hadapi kini.
***
Sudah lebih 20 kali Aqilah menelefon Ulya. Kerisauan mula hadir di benaknya. Ulya tak datang kerja tanpa sebab. Sudah tiga hari dia tidak muncul.Satu penyesalan mula muncul dalam kepalanya. "Kalaulah aku tak ikut rancangan kau, Ulya mesti takkan jadi macam ni. Ni mana nak cari ni? Ahh, aku kena pergi rumah dia hari ni juga."
Beep! Beep!
Langkah Aqilah terhenti apabila terasa getaran di poket seluar slacknya."Mama Dee? Alamak! Mesti dia nak tanya pasal Ulya. Ehem.. Assalamualaikum! Mama Dee." Aqilah cuba mencari nafas yang hilang agar dia dapat bertenang.
"Walaikumsalam! Qila, apa khabar sihat?"
"Baik Mama Dee. Mama Dee sihat? Lama dah tak dengar khabar Mama Dee ni tau."
Jeda~
Satu keluhan keluar. "Mama sihat je Qila tapi mama risau ni. Dah tiga hari mama call Ulya dia tak angkat. Call balik pun tak ada. Emm, Qila tahu mana dia pergi?"
Aqilah mula buntu. Diapun tidak tahu mana pergi temannya itu. Tapi dia belum mencarinya di rumah. "Em, sebenarnya Qila pun tengah cari dia ni Mama Dee. Dia tak masuk ofis dah 3 hari. Kejap lagi Qila nak cari dia kat rumah sewa kami. Apa-apa hal nanti Qila call Mama Dee ya."
"Iyelah. Nanti jangan lupa tau bagitahu mama. Assalamualaikum."
"Walaikumsalam." Talian diputuskan.
Beg tangan segera dicapai Aqilah. Dia bergegas keluar dari ofis. Tanpa melihat kiri dan kanan terus sahaja dia memboloskan diri ke dalam perut kereta Honda Jazznya.
Tidak jauh dari situ Aryan Haikal terpinga-terpinga memerhatikan tingkah laku teman rapat Ulya itu. Niatnya untuk ke situ untuk mengintip Ulya. Tapi lain pula yang dilihat kini.
Nombor telefon Aqilah segera didailnya.
Tuttt~
Aqilah memandang skrin telefonnya yang sedang bercahaya itu. Tertera nama Aryan Haikal. Dia hanya mengabaikan panggilan tersebut dan meneruskan pemanduannya.
***
"Assalamualaikum, Ulya! Oh, Ulya!" Puas benar dia memberi salam di luar rumah Ulya namun hampa Tiada siapa yang menyahut.
"Mana pergi si Ulya ni? Kereta ada je kat sini. Ntah-ntah dia ke overseas. Pergi sana naik taxi." Macam-macam perkara terlintas di fikiran Aqilah. Kerisauan mula melandanya kini.
Aqilah mengeluarkan gugusan kunci rumah sewa Ulya. Dan membuka pagar rumah terseburt. "Nasib baiklah aku tak pulang lagi kunci ni pada Ulya."
Pintu rumah itu dibuka perlahan-lahan. Lampu ruang tamu terbuka. Langkahnya mula menuju ke kamar Ulya di tingkat atas. Nama Ulya dipanggil lagi. Namun hampa.
Sunyi rumah itu. Tombol pintu bilik Ulya dipulas perlahan. "Ulya?" Nama itu diseru lagi. Melilau matanya mencari kelibat Ulya. Tiba-tiba, matanya tertancap pada suatu susuk tubuh berbalut kain putih di sebelah katil.
"Ya, Allah! Ulya! Weh! Bangun!!!"
Aqilah segera menyelongkar beg tangannya lalu mengambil telefon bimbitnya.Nombor kecemasan hospital segera didail.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...