Bab 11 Hati yang tersakiti

10.1K 239 1
                                    

Ulya memasuki perkarangan rumahnya. Dengan hanya berselipar dan berpakaian hospital dia melulu masuk ke rumahnya. Dia tahu Aqilah dan keluarganya kini sibuk mencarinya.

Nasib baik sebelum keluar melarikan diri tadi dia dapat mencari beg tangannya di dalam laci. Sudah dapat diteka Puan Dahlia akan meletakkannya di situ. Segala kelengkapan seperti kad pengenalan, duit serta kunci rumah lengkap di dalamnya memudahkan Ulya untuk lari.

Setibanya Ulya di dalam biliknya dia terus menurunkan bagasinya dari atas almari. Terbersin-bersin Ulya apabila habuk dari bagasi itu terkena rongga pernafasannya.

Dengan cepat dia mengambil semua baju dan memasukannya ke dalam bagasi itu. Laci almari solek dibuka lalu dia mengambil passportnya. Tidak sampai 30 minit semuanya sudah siap.

Sebelum melangkah keluar dari rumah Ulya berkira-kira apakah betul keputusan yang dia akan lakukan ini. Apabila teringat kembali apa yang didengarinya semalam membuatkan dia semakin kuat untuk pergi.

Hendak ikutkan hatinya dari semalam dia mahu lari. Tapi keadaan tidak mengizinkan dia terpaksa berpura-pura untuk koma lagi sehingga ke hari ini.

"Aku nekad! Apa nak jadi, jadilah. Dari aku kena kahwin dengan Aryan. Dia bukan ikhlas nak kahwin dengan aku!" Ulya mendengus kasar.

Perbualan Aryan menerusi telefon bimbitnya masih segar terngiang-ngiang di telinga Ulya. Sakitnya tidak terkata.

"Jangan risau Laila, nanti dia sedar I bagitahu la dia. You ni tak sabar-sabarlah. Yang nak kahwin dengan dia bukan you tapi I. I yang kena hadap semua."

"Manalah I tahu benda nak jadi macam ni. Mama Dee pun sedih semalam. I tak sampai hati tengok dia. I'm sorry Laila I kena tangguhkan dulu plan kita."

Ulya menyeka air matanya. Dia sudah tahu segalanya. Memang Aryan mahu berkahwin. Berkahwin dengan perempuan yang bernama Laila. Segala rancangannya terbatal kerana dia jatuh sakit.

"Sebab dia kesiankan aku, sebab dia kesiankan mama dia setuju kahwin dengan aku. Mesti mama yang merayu pada dia. Mama taknak tengok aku sakit lagi." Ulya memegang dadanya. Sakit sungguh hatinya bila memikirkan iu.

Kali ini biarlah dia pergi. Beralah untuk kebaikan semua orang. Kesian perempuan yang bernama Laila itu jika Aryan Haikal berkahwin dengannya.

Lamunannya tersedar apabila mendengar hon dari sebuah teksi yang berhenti di hadapan rumahnya. Segera Ulya menarik bagasinya keluar rumah. Pemandu teksi tersebut membantu Ulya memasukan bagasinya ke dalam bonet kereta.

Ulya memandang rumahnya sekilas sebelum meminta pemandu teksi itu memulakan pemanduannya.

Jika ada yang hilang
Biarlah hilang
Akan ku cari ia di negara orang.
Cinta yang datang
Tidak dipandang
Kerana kasih tidak lagi bertandang.

Air mata disapu perlahan. Telefon bimbit dikeluarkan. Ulya menghantar pesanan ringkas kepada Mama dan Aqilah.

Assalamualaikum, Ulya nak tenangkan diri buat seketika. Ulya akan pergi jauh. Ulya akan baik-baik saja. Jangan risau dan jangan cari Ulya sampai Ulya kembali semula. Ulya sayang semua. Izinkan Ulya untuk mencari ketenangan.

Ulya Kaisara

Pesanan terakhir Ulya dihantar. Dia melelapkan matanya. Terasa mahu memadam semua memorinya agar dia tidak sesakit ini. Kenapa ujian yang diberikan terlalu berat.

"Aryan begitu kejam ke atas dirinya. Dendam lama ingin dibalas. Ya, dia sudah berjaya. Aku sudah terduduk kini. Hati aku hancur!" Ulya terus terlena diulit kenangan hitamnya.

***

"Cik, oh cik. Kita sudah sampai. Saya turunkan beg cik ya." Sopan tutur kata pemandu teksi itu.

Ulya mamai dalam keadaan separuh sedar segera mengangguk apabila otaknya dapat mencerna apa yang dikatakan oleh pemandu teksi itu.

Dia membuka pintu kereta. Hatinya terasa berat namun apakan daya. Keputusan yang dibuat tidak dapat ditarik kembali. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya sebelum mengatur langkah memasuki KLIA.

Tepat jam 2.30 petang Ulya berlepas ke   Kemboja.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now