Bab 29

7.7K 200 4
                                    

"Makin cantik kan kau sekarang Sara. Geram aku! Body kau tu. Umph!" Aryan Danial bermonolog sambil berjalan ke hulu ke hilir depan katilnya.

"Tapi sayang kau sombong. Alaa sombong kau tak bawa ke mana Sara. Kau tu dah kena tebuk. Hahahaha."

"Kau ingat kau boleh lari macam tu je ke dari aku? Kau tu aku punya! Selamanya aku punya!" Suara Aryan Danial meninggi. Dia nekad untuk mendapatkan Ulya kembali walau apa cara sekalipun.

"Tunggu abang datang ye sayang. Nanti abang akan bagi sepenuh kasih sayang abang pada sayang."

Aryan Danial merebahkan badannya di atas katil. Dia bergolek ke sisi katil. Sebuah frame gambar diambil dari laci meja.

Dia menatap dengan penuh senyuman dan mengusap-ngusap frame gambar itu. Gambar dia dan Ulya beberapa tahun yang lalu.

Kelihatan Ulya tersenyum bahagia ketika gambar itu diambil. Sangat berbeza dengan raut Ulya yang dia lihat semalam. Sugul! Cemas! Dan penuh dengan perasaan benci!

"Tak apa sayang nanti abang bagi balik senyuman sayang tu ye." Aryan Danial menatap raut wajah Ulya di dalam gambar itu dan mengukir senyuman dan tiba-tiba senyuman itu bertukar kepada renungan tajam yang penuh dengan perasaan benci dan amarah.

Aryan Danial bangun dari pembaringannya. Dia berteleku sejenak. Frame gambar dicapai lalu dilemparkan ke lantai.

Lama Aryan Danial mendiamkan diri. Dia merenung kaca yang tersepai di atas lantai. Satu persatu kaca itu dikutip dan digenggam sekuat hati seakan-akan tiada langsung rasa kesakitan pada dirinya ketika itu.

Darah yang meleleh daripada celahan jari semakin banyak. Aryan Danial hanya merenung saja kaca yang digenggamnya itu.

"Kalaulah dulu aku tak buat kau macam tu mesti kau dengan aku dah bahagia kan? Tap..tapi kau tu bodoh! Kalau kau tak dengar cakap aku, rayuan aku, benda tak akan jadi macam ni!"

"Hai sayang tak apalah kau tu memang untuk aku. Diciptakan untuk aku. Kau tak akan dapat lari ke mana-mana sebab... sebab aku sayang kau. Mana pun kau lari aku tetap aku dapat cari kau. Hahahaha Ulya sayang~." Aryan Danial bagai berkhayal lagaknya seperti orang gila sekejap marah sekejap tersenyum-senyum. Keadaan sekeliling dilihatnya semakin pudar dan terus menggelap.

*****

Setelah tiga hari berada di hospital akhirnya Aryan Haikal dibenarkan pulang ke rumah. Betapa indah suasana di luar hospital dia rasakan kini.

"Huarghh! Bestnya dah dapat balik." Jerit Aryan Haikal di hadapan pintu utama hospital.

"Amboi sukanya anak mama ni. Ryan ingat Ryan dah boleh discharge tu Ryan boleh skip makan ubat ke? No, no, no!" Puan Munira memberi amaran.

"Alaa... mama Ryan dah tiga hari dah tau kena hadap ubat segala bagai. Ni dah discharge takkanlah kena makan ubat lagi."

"Siapa suruh sakit. Ryan tahu tak Ryan sakit ni segala benda tertangguh tau. And yang paling penting wedding Ryan. Kesian Laila tu kena call saudara mara semua bagitahu wedding kena postpone."

Bebelan Puan Munira membuatkan Aryan Haikal melopong mendengarnya. Terkejut!

"Ma! Ryan kan dah cakap Ryan nak cancelkan wedding tu. Ryan tak nak kahwin dengan Laila ma." Riak muka Aryan Haikal terus berubah. Mood bahagianya terus hilang entah ke mana.

"Kalau Ryan tak nak kahwin dengan Laila Ryan nak kahwin dengan siapa? Ulya tu?" Ujar Puan Munira sinis.

"Yes! Ulya. Mama tak boleh halang Ryan kali ni. Ni hidup Ryan ma. Ryan ada hak nak tentukan siapa yang Ryan akan kahwin."

"Dulu mama dah pernah bagi Ryan peluang kahwin dengan Ulya, then apa dia buat? Dia lari. Perempuan macam tu ke yang Ryan nak buat isteri??"

"Ma, Ulya lari bersebab ma. Semuanya sebab salah faham. Percayalah ma Ulya tu seratus kali ganda lebih baik dari Laila."

"Salah faham? See! Dari situ pun mama dah tahu dia tu tak boleh jaga anak mama ni. Kalau betul dia tu boleh jaga Ryan dia tak akan tinggalkan Ryan. Kenapa dia tak siasat? Kenapa tak dia tanya Ryan dulu. Ni tidak, terus lari." Berombak dada Puan Munira.

"Kalau dah kahwin nanti ada salah faham takkan nak tinggal suami? Lari jauh-jauh lepastu dua tiga tahun baru balik. Nasib baiklah kuasa talak tu pada tangan lelaki." Sambung Puan Munira lagi.

Pada Puan Munira Ulya sememangnya tidak layak untuk anak lelakinya. Sukar baginya untuk memaafkan gadis yang telah membuatkan anaknnya itu menderita.

Aryan Haikal terdiam. Ada betulnya juga kata-kata ibunya itu. Namun, bukanlah kudratnya untuk membenci gadis yang bernama Ulya Kaisara.

*****

Terpisat-pisat mata Aryan Haikal memandang wajah yang berada di sebelahnya kini. Rambutnya diusap lembut.

"Apa perempuan ni buat dalam bilik aku pagi-pagi ni?" Monolog hatinya.

"Sayang kenapa pandang I macam tu? Cantik sangat eh I pagi ni?" Pipi
Aryan Haikal diusap Laila. Dia mengukir senyuman menggoda.

Cepat-cepat Aryan Haikal menepis jejari runcing Laila yang menyentuh mukanya. Aryan Haikal terus menjarakkan dirinya daripada Laila. Turun naik dadanya geram dengan tindakan Laila itu.

"You buat apa kat sini Laila?"

"I buat apa kat sini? Takkan you tak nampak? I tengah duduk bersimpuh sambil tunggu kesayangan I ni bangun." Laila ketawa kecil.

"I tanya you betul-betul Laila." Aryan Haikal malas untuk melayan Laila.

"You ni tak best betullah. Serius je memanjang. I datang sini and masuk bilik you ni sebab I nak jaga you."

Aryan Haikal baru saja mahu membuka mulut Laila kembali bersuara.

"Mulai hari ini, I akan jaga you sampai you sihat and then kita boleh ehem-ehem. Hihi." Miang mata Laila memandang Aryan Haikal dari atas ke bawah.

Baru Aryan Haikal sedar yang dirinya kini tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Pantas dia menarik selimut dari katil untuk menutupi badannya.

"You.. you keluar dari bilik I sekarang! I tak nak you jaga I. I boleh jaga diri I sendiri. You keluar sekarang!" Pantas Aryan Haikal membuka pintu biliknya seluas-luasnya.

Laila masih lagi tidak mahu berganjak. Dia membatukan diri di atas katil Aryan Haikal.

Aryan Haikal mendengus kasar. Lantas dia mendekati Laila. Tangan Laila ditarik kasar dan diheret Laila sampai ke pintu biliknya.

"Apa you buat ni Ryan? Sakitlah!" Laila menarik tangannya. Merah dan berbekas.

"You ni apa lagi yang I kena buat untuk dapatkan hati you Ryan? I ni dah banyak tau berkorban untuk you. Apa lagi yang tak cukup pada diri I ni?" Suara Laila meninggi.

"Banyak yang tak cukup! You tak ada maruah! You tak tahu malu and you tak faham bahasa yang I ni tak pernah sukakan you. Kalau orang yang faham bahasa dah lama dah angkat kaki berambus!"

"Sampai hati you Ryan. Sampai hati you! I takkan maafkan you! And you ingat I takkan tinggal diam I takkan biarkan you bahagia!" Laila bingkas bangun dan pergi dari situ membawa seribu dendam yang bakalan dia lunasnya nanti.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now