Ulya tersenyum manja melihat Aryan Haikal di sebelahnya. Segak dan tampan penampilannya. Makin galak senyumannya apabila Aryan menoleh ke arahnya dan membalas senyumannya. 'Alahai kenapalah kacak macam Beto Kusyairi ni Aryan! Sis tak kuat.' Monolog Ulya dalam hatinya. Sungguh imannya tak dapat menahan daripada dia cair di sisi lelaki itu.
"Eh, Ryan nak pergi mana tu? Ryan!" Ulya panik tiba-tiba Aryan Haikal bangun tanpa sepatah kata lalu pergi meninggalkanya.
"Ryan! Ryan nak pergi man tu? Nak tinggalkan Ulya lagi ke? Ryan!!!!!!!" Tangan Ulya tergapai-gapai memanggil Aryan tapi sayang Aryan semakin jauh dan tidak berpaling lagi.
"Uish, apa sejuk-sejuk ni! Eh, eh hujan ke?" Tiba-tiba mukanya terkena titisan air yang entah datangnya dari mana dia pun tak tahu.
Aqilah menggeleng kepala. Tak habis-habis Ulya mengigaukan Aryan. Sudah penat dia melayan igauan temannya itu. Setiap pagi tidurnya diganggu. Setiap pagi juga dia kena renjiskan air ke muka Ulya. Kalau nak ikutkan hatinya mahu saja dia ambil segayung air untuk disiramkan ke badan Ulya tapi apa kan daya kawankan. Hmmm.
"Hoi, cik akak bangunlah! Kau ngigau lagi ni. Ni apa pulaklah yang kau ngigaukan pasal Aryan tu?" Aqilah menolak-nolak bahu Ulya berharap temannya itu cepatlah tersedar dari mimpinya.
'Aik, apasal si Qila ni masuk dalam mimpi aku pulak? Dok terjerit-jerit psaipa?' Ulya menenyeh-nenyeh matanya. Terkebil-kebil melihat Aqilah yang tiba-tiba ada di situ. Pelik tiba-tiba hujan lepas itu tiba-tiba Aqilah ada kat situ. Peningnya.
"Ya, Allah. Ulya yang kau terkebil-kebil tengok aku tu kenapa? Bangunlah mak cik oi! Meena dah call kau banyak kali dah tu. Kau ada kelas kejap lagi kan?" Aqilah mula bangun dari katil Ulya dan menapak ke meja belajarnya. Latihan Ilmiahnya menunggu untuk disiapkan.
"Eh, kejap lah aku kat bilik ke? Kenapa aku kat bilik? Tadi aku kat.. Alaaa mana Ryan pergi? Bencilah asyik mimpi je!" Ulya membaling bantal kecilnya tepat mengenai Aqilah.
"Oi, kau yang mimpi aku pulak yang kena baling apasal? Tak guna punya makcik!" Aqilah mengambil bantal Ulya dan membuat serangan balas tapi tidak mengena kerana Ulya cepat-cepat mengelak dan terus mengambil tuala serta kelengkapan mandinya terus laju menuju ke bilik mandi.
"Pandai eh mengelak. Tahu takut!" Aqilah menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada saja Ulya ni.
*****
Pandangan di alihkan ke arah tingkap bilik kuliah. Dr. Raziq yang sedang mengajar di hadapan langsung tidak menjadi perhatiannya. Sehinggakan Dr. Raziq perasan akan perbuatannya itu. Apa sahaja yang dilakukan Ulya pasti akan menjadi perhatian pensyarah muda itu. Hatinya sudah lama berkenan dengan Ulya sedari dari hari pertama pengkuliahannya bersama pelajar kos Ekonomi itu. Pernah saja dia cuba mengambil berat akan Ulya tetapi langsung tidak terkesan di hati gadis itu mungkin gadis itu menganggap dia hanya seorang pesyarah saja. Haih, susahlah kalau hati dah berkenan dengan pelajar sendiri.
"Ehem, saya paling tak suka kalau ada pelajar yang tak fokus dalam kelas saya ya. Apa tingkap tu lagi menarik ke daripada saya yang kacak ni kelas?" Dr. Raziq cuba memancing semula perhatian Ulya yang entah ke mana itu.
Lengan Ulya segera disiku Meena yang sedar akan sindiran itu menuju tepat ke arah temannya itu. "Oi, Ulya kau ni nak berangan lain kalilah. Ni tak, dalam kelas ni jugalah dia nak berangan."
"Eh, ha mana ada aku berangan. Aku baru je tengok tingkap tulah. Apa Dr. Raziq ni!" malunya bukan kepalang apabila satu kelas kini memandang ke arahnya. Kedengaran ketawa sumbang teman-temanya.
"Lain kali dalam kelas saya pandang depan jangan berangan ya Ulya." Dr. Raziq berjalan mendekati Ulya dan berpusing balik ke hadapan sebelum itu sempat dia mengenyitkan mata kepada Ulya.
"Alahai babe, dia kenyit mata pada kaulah. Aduh, aku pulak yang cair ni kang." Meena mula tidak keruan melihat pesyarah yang kacak itu.
"Apa kau ni. Dia sakit mata kot tu. Dah, dah! Fokus nanti aku pulak lagi yang kena karang." Ulya menolak muka Meena ke hadapan. Malas benar dia mahu melayan.
Ulya tahu Dr. Raziq mempunyai perasaan terhadapnya namun hatinya menolak untuk melayan pensyarah muda itu. Masalah baginya jika menerima pensyarah itu. Dia malas mahu menghadap peminat-peminat fanatik Dr. Raziq itu. Yang lebih malas lagi peminat-peminat itu adalah geng minah mulut longkang Chacha. Walaupun berlainan kos tetapi keglamouran Dr. Raziq telah tersebar di seluruh fakulti dan universiti. Bagi Ulya biarlah dia cair lelaki lain untuk dijadikan teman lelakinya. Jangan sesekali dia mencari bala.
Setelah dua jam berlalu akhirnya kelas Dr. Raziq pun tamat. Keluhan dilepaskan Ulya. Akhirnya habis juga kuliah Dr Raziq. Tidak larat lagi untuk menahan merah muka kerana asyik diperhatikan oleh pensyarah itu. 'Maaflah Dr. Raziq, saya taknak kat awak. Huhu.' Ulya bermonolog di dalam hatinya sambil tersengih-sengih. Laju saja tangannya mengemas buku dan di masukkan ke dalam beg galasnya.
Baru saja dia hendak menapak keluar dari kelasnya namanya serentak dipanggil oleh dua orang lelaki. Aryan Danial dan Dr. Raziq. 'Eh, cop-cop! Mana Aryan tahu kelas aku dekat mana ni? Ha, ni mesti kerja si Qilot tu. Hailah kawan kenapalah kau ni rajin sangat nak bagi tahu dia ni.'
"Ryan, sekejap ya pensyarah Sara panggil kejap. Ryan tunggu Sara kat luar eh." Ujar Ulya dan terus menuju ke arah Dr. Raziq.
"Siapa tu Ulya? Teman lelaki awak ke?" Dr. Raziq mula cuak. 'Kalau betul melepaslah aku'
"Er, tak. Kawan saya je tu. Em, ada apa ya Dr panggil saya tadi?" Ulya terus menukar topik.
"Oh, ha saya nak bagi tahu awak. Kawan saya dia minta tolong saya untuk carikan pelajar practicl. Dia nak offer untuk buat practicle kat syarikat dia and kalau perform dia nak terus serap kerja kat situ. So, I wanna ask you if you want I will suggest your name." Dr. Raziq kembali serius dan menerangkan tujuannya memanggil Ulya.
"Serius ke ni Dr. Raziq? Syarikat apa tu Dr?" Ulya kelihatan teruja. Tidak perlulah dia bersusah payah untuk mencari tempat untuk dia practicle lepas ni.
"Yup, I'm serious. Syarikat Rafael & co. Tak silap saya.kawan saya tu CFO kat sana." Lega dia apabila Ulya kelihatan teruja dengan offernya itu. Kalau Ulya kerja di sana setidak-tidaknya tahulah mana dia mahu mencari Ulya nanti. Untuk menjalankan misi menguratnya. Huhu.
"Oh, syarikat tu. Saya pernah dengar. Baiklah saya setuju kalau Dr. Nak cadangkan nama saya. Terima kasih Dr. Em, kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu ya. Kawan saya dah lama tunggu tu." Ulya bimbang akan Aryan Daniel yang menunggunya di luar.
"Oh, baiklah awak boleh keluar." Hampa Dr. Raziq apabila Ulya hanya berteima kasih saja. Dia ingatkan Ulya akan mnegajaknya makan sebagai tanda terima kasih tetapi sangkaannya jauh meleset.
���5@�j�
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...