"Sayang! Jom keluar beli barang kahwin kita." Laila menerjah ke arah Aryan Haikal yang baru saja turun dari biliknya di tingkat atas.
"Ya Allah! Perempuan ni kalau tak buat aku sakit jantung tak sahlah. Cubalah bagi aku ni aman sikit duduk kat rumah ni santai-santai." Aryan Haikal menyumpah Laila di dalam hati.
Geram sungguh dia dengan Laila kerana tidak pernah berinya ruang untuk berehat di rumah mamanya. Jika dia berada di rumahnya sendiri lagilah. Asyik diganggu saja. Sungguh dia tidak tahan dengan perangai manja dan mengada-ngada Laila itu.
"Hello! You kenapa senyap je ni? Jomlah kita keluar. Majlis dah nak dekat sayang. Banyak lagi barang kita tak beli." Laila cuba memujuk Aryan Haikal. Tangannya mula memeluk lengan Aryan Haikal.
"Eh! Apa ni Laila! Lepaslah! You tak malu ke dengan mama tu?" Aryan Haikal cepat-cepat menarik lengannya. Rimas sungguh dia.
"Ryan, pergilah teman Laila tu. Majlis korang pun dah tak lama lagi dah." Puan Munira yang sedang menjadi penonton setia sesi pujuk memujuk Laila itu akhirnya bersuara.
Kesian dia melihat Laila yang bersungguh-sungguh mengajak anaknya keluar. Mungkin Laila cuba untuk mengambil hati Aryan Haikal. Padanya Laila merupakan calon yang tepat untuk anaknya itu. Kesungguhannya untuk memikat Aryan Haikal begitu kuat tidak seperti Ulya Kaisara yang hanya tahu melarikan diri dan membuat anaknya menderita saja.
"Hari ni I malas nak keluar. I penat I nak rehat. So, please sangat give me some space ok Laila." Aryan Haikal malas melayan dan berura-ura untuk melangkah dari situ tetapi dihalang oleh Laila.
Laila yang menyedari Aryan Haikal mahu meninggalkannya terus menarik tangan lelaki itu, "Alaa, sayang tak apa hari ni you teman je I. Kereta pun biar I yang drive ok. Please sayang." Tangan Aryan digenggam erat mengharapkan Tunangnya itu berbaik hati untuk menemannya.
"Ish! You ni langsung tak nak bagi I rehatkan. Yelah tunggu sekejap I nak siap-siap dulu." Aryan Haikal dengan langkah yang malas terus mengubah langkahnya berpatah balik ke tingkat atas.
Dalam hatinya menyumpah-nyumpah Laila yang mengganggu hari cutinya. Mamanya juga turut menyokong perempuan itu. Tiada siapa yang mahu menyokongnya. Malang sungguh nasibnya.
*****
Di dalam kereta Aryan yang duduk di kerusi penumpang hanya memejamkan matanya saja. Dia sudah begitu arif dengan perangai Laila yang banyak cakap dan manja terlebih itu. Jika dia tidak berpura-pura tidur sudah pasti dia terpaksa untuk melayan si Laila itu.
Dalam lebih kurang setengah jam perjalanan mereka, kereta mewah Laila itu berhenti. Aryan Haikal mula membuka matanya mengagak bahawa mereka sudah sampai ke destinasi yang dituju tetapi sangkaannya meleset. Mereka berada di pam minyak.
"Sayang kejap ya, I nak shishi jap tak tahan. Hehe." Laila terus keluar dari keretanya dan berlari ke arah tandas pam minyak itu.
Aryan Haikal hanya mendiamkan diri. Malas dia hendak melayan.
Beep!
Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
Pesanan ringkas daripada Roslan. Cepat-cepat dia membukanya. Dia tahu sudah pasti ia berkenaan dengan Ulya Kaisara.
Roslan: Boss ada news! Budak-budak aku bagitahu yang Ulya dah balik KL hari empat yang lepas. Dia kerja kat area company lama dia kerja dulu.
Roslan memberikan maklumat tempat kerja Ulya serta alamat rumahnya.
Aryan Haikal: Empat hari lepas dah ada kat sini tapi baru sekarang kau nak inform aku??
Roslan: Maaf boss aku mintak budak-budak aku cari details pasal dia betul-betul dulu boss.
Aryan Haikal: Hah. Yela, thanks for the info. Apa-apa hal bagitahu aku.
Senyuman terus tidak lekang dari bibirnya selepas mendapat tahu tentang keberadaan Ulya kini. Dia bagaikan bermimpi bahawa bidadarinya telah kembali. Dia harus berjumpa dengan Ulya segera. Terasa membuak-buak rindunya pada wanita itu.
Sedang asyik Aryan Haikal berangan dan tersenyum sendirian tiba-tiba dia disergah Laila.
"Hah! Senyum sorang-sorang nampak. Ni mesti tengah berangankan I ni kan? Hehehe." Laila tersengih-sengih memandang Aryan.
"Kalau bukan berangankan aku siapa lagikan. Nak berangankan Ulya? Entah dah berkubur agaknya perempuan tu dalam ingatan Aryan Haikal." Desis hati Laila.
Yakin sungguh dia bahawa Aryan Haikal sudah melupakan Ulya Kaisara.
Terus mati senyuman Aryan Haikal disergah Laila. Dia mendengus geram dan memejamkan semula matanya.
Laila mengeluh lemah. Dia menghidupkan enjin keretanya dan menyambung kembali perjalanannya.
*****
Ulya Kaisara menyorong stroller menuju ke butik pakaian kanak-kanak. Dia berkira-kira hendak masuk atau tidak ke dalam butik itu. Jam tangannya dijeling.
"Alaa, dah pukul empat. Jap lagi nak jumpa Si Qila lah pula. Kalau lambat membebel karang makcik tu." Ulya hanya mampu mengeluh.
"Nanti sajalah singgah sini lagi." Mikail yang sedang nyenyak tidur di dalam stroller diintainya sekejap dan menyambung lagkahnya kembali.
Dia bergegas pergi dari situ risau terlambat jumpa Aqilah. Tanpa melihat kiri dan kanan dia meluncur laju menolak stroller keluar dari pusat membeli belah itu tanpa dia sedar seseorang sedang memerhatikannya dari jauh.
#siapa ye yang perhatikan Ulya tu? 🤔
Ok guys kalau nak tahu siapa tunggu next chapter ok.. 😉
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...