Bab 46

9K 205 8
                                    

"Tak! I tak OK! Raziq please help me, ada orang follow kereta I." Ujar Ulya sambil matanya yang mulai berair masih lagi melirik pada cermin sisi dan cermin tengah keretanya.
Tiba-tiba kedengaran gelak ketawa Raziq dihujung talian.

"Raziq? You dah kenapa? I serious ni!" Ulya sedikit bengang.

"Ya ya... you tu yang dah kenapa? You tak cam ke kereta I? Yang belakang you ni kereta I lah." Ujar Raziq dengan gelak tawanya yang masih berbaki.

"Ya Allah seriouslah? Sumpah I tak ingat. You! Bodohnya I!" Ulya menepuk-nepuk dahinya. Malu tujuh keturunan mak oi!

"I just nak bagitahu je yang I follow you. Aunty Dee minta I teman you. Risau benar dia you pergi pasar sorang-sorang." Raziq memperbetulkan earphonenya. Matanya terus difokuskan pada pemanduannya.

"Mama I suruh? Ish dia mama ni. Menyusahkan you pula. I OK je ni pergi pasar sorang-sorang." Ulya berbahasa basi. Dalam hati tuhan saja yang tahu betapa kecut jantungnya mengenangkan peristiwa sebentar tadi.

"Are you sure? I don't think so. Ulya berapa kali I nak remind you, kalau nak pergi mana-mana please don't go alone. Kalau tak ada yang teman bagitahu I. I boleh teman. Atleast kalau jadi apa-apa ada orang yang boleh bantu you." Sedikit tazkirah daripada Raziq.

Ulya mengeluh. Dia rimas kerana pergerakannya terbatas. Tidak boleh ke mana-mana sendirian.

"Haa yela tuan. Lain kali apa-apa saya report ya. OK lah Assalamualaikum."

Tut~

Talian terus dimatikan. Malas mahu dengar bebelan Raziq.

"Hah! Nak ikut sangat kan. Tahulah dia aku nak buli." Segaris senyuman sinis terbit di bibir Ulya.

*****

Ulya memarkir keretanya di kawasan parkir yang agak redup dilindungo oleh pokok yang rendang dan diikuti oleh Raziq yang memarkir bersebelah dengan keretanya.

"Puas hati you gelakkan I?" Merah padam muka Ulya geram.

Pintu kereta ditutup kuat.

"Hahaha...jap jap belum puas. Alaa kalau you buat muka macam ni lagilah I gelak. Hahaha." Raziq tidak henti-henti mentertawakan Ulya sambil tanggan memegang perut tidak tahan kegelian.

"Eee! Dah lah! Tak apa. Nak ikut sangatkan? You kena jadi babu I hari ni." Ulya tersenyum sinis. Bersinar-sinar matanya. Sinaran pembalasan dendam mungkin.

Raziq terdiam. Tertelan liur.

"Er... I tak kisah nak jadi apa sekalipun untuk you. Tapi kenapa I macam dapat rasa aura kejahatan eh?" Raziq tersengih-sengih.

"Ikut jela. Jom!" Ulya berlalu mendahului Raziq.

"Yela. Jangan laju-laju sangat mak buyung oi." Pesan Raziq kerisauan.

Ulya kalau berjalan laju saja langkahnya. Orang lain yang memerhati pula yang ngeri takut-takut tersadung.

Dari jauh Aryan memerhatikan Ulya dan Raziq. Terbit rasa cemburu dalam hati.

"Dia masih isteri aku!" Stering keretanya digenggam kuat.

*****

"Ulya, er you nak beli apa lagi je ni?" Plastik beg yang dijinjing Raziq dikerling. Sudah naik merah tangannya menjinjing barang yang banyak itu.

"Sekejap I fikir. Hah! Kita patah balik boleh? I terlupa beli tauhu keping kat kedai hujung tu." Ulya menyuakan muka seposennya. Dalam hati sudah bersorak kegirangan.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now