Lima bulan kemudian~
Telefon ditenung lama Ulya. Menanti seseorang untuk membuatkan telefon itu menjerit namun hampa sejak dari petang tadi telefon itu membisu.
"Mana dia pergi ni? Selalunya time-time macam ni dah sibuk kacau aku."
Resah hati Ulya memikirkan ke mana hilangnya Aryan Haikal malam itu. Ya, Aryan Haikal pengacau hidupnya selama lima bulan ini.Ulya sudah terbiasa dengan kehadiran Aryan datang menganggunya. Walaupun tidak dilayan tapi dalam hati bukan main suka lagi.
Orang kata jangan benci-benci nanti hujung-hujung itulah jodoh kita. Sah! Terkena kat batang hidung sendiri. Hati Ulya sudah terbuka kembali untuk insan yang bernama Aryan Haikal.
"Chop-chop! Ulya kau ni dah kenapa? Selalu dia cari kau, kau marah-marah. Ni, dia tak cari kau pulak macam kucing hilang anak." Monolognya sendirian.
Memang macam kucing hilang anak pun gayanya Ulya. Resah memandang telefonnya. Televisyen yang dipasangnya langsung tidak diendahkan.
"Takkan aku yang nak mulakan mesej kot. No! Cannot-cannot! Jatuh laa reputasi kalau macam ni!" Sekejap ke kiri sekejap ke kanan Ulya berkawad di hadapan sofa rumahnya.
"Tapi..." Belum sempat dia berfikir lagi tiba-tiba telefonnya berbunyi.
Beep!!
Pantas bapak segala pantas Ulya menyambar telefonnya di atas meja. Kalau nak dibandingkan dengan Usain Bolt pon kalah agaknya. Huhu.
Ryan: Hye my princess 😘
"Oh my! Rindunya. Eh asal nak rindu eh? Bukan kau benci dia ke?"
Ulya: Hye Ryan
"Eh kenapa reply????? Aduh tangan ni! Kenapa gatal sangat ni?" Ulya mengetuk-ngetuk tangannya. Tangan pula yang disalahkan.
Kalau tak kerana keinginan sendiri yang mahu membalas mesej Aryan takkan lah tangan mahu bergerak sendiri.
Ryan: Eh! Belum tidur lagi? Rindu Ryan ke tu? What a coincidence! I miss you too honey. 👉🏻👈🏻
"Lak! Err suka-suka hati jiran dia punya laki je nak kata aku rindu dia. Tapi.. emm memang pun. Arghh! Ulya mengaku jelah."
Ulya: Tak pun. Ulya baru je nak terlelap ni. Oklah, chat lain nanti ya. Goodnight.
Ryan: Ala, baru nak chat sekejap. Nak lepas rindu. Ok lah, tidur elok-elok. Goodnight sweetheart 😘
"Sweetheart? Oh gosh! Ok aku boleh tidur nyenyak malam ni. Em dah lama tak rasa macam ni kan." Tergolek-golek Ulya di atas sofa. Kalau jatuh pun tak sakit agaknya.
***
Pagi itu Ulya terlewat bangun kelam kabut dia bersiap. Kali ni bapak segala Usain Bolt semua kalah. Semua segera dan pantas.
Mandi 5 minit
Pakai baju 3 minit
Bersolek 10 minit
Makan skip!
Panaskan enjin kereta, no! Terus jalan.9.05 pagi sampai ofis. Lambat lima minit sampai ofis. Pecah rekod seorang Ulya Kaisara datang lewat walaupun lima minit ke ofis.
"Semua ni gara-gara Ryan! Kalau dia tak mesej aku malam tadi takda lah aku bangun lambat! Huh!" Sepanjang perjalanannya menuju ke biliknya tidak henti-henti mulut comelnya itu mengomel tentang Aryan.
"Amboi cik akak kita ni. Dah lah lambat lepas tu muka masam je dah kenapa?" Tegur Aqilah.
"Argh! Sibuklah kau. Jangan kacau aku hari ni ok!" Pantas Ulya menjawab lalu terus masuk ke biliknya.
Pintu terus ditutup lalu dia nafas dihembuskan perlahan-lahan. Fuh! Semput.
Tiba-tiba
Tuk! Tuk!
"Siapa pula yang kacau ni! Aku baru nak bernafas. Tak kasi chance langsung." Ulya mengeluh panjang
"Hmm, masuk." Kedengaran tegas suara Ulya.
Pintu dikuak dari luar perlahan-lahan. Aqilah terus masuk lalu cepat-cepat melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Aku suruh masuk, belum lagi suruh duduk." Perli Ulya.
Aqilah hanya tersenyum macam kerang busuk di hadapan Ulya.
"Ala dengan aku pun nak berkira ke? Em, ni nak story ni. Dengar cerita Aryan nak kahwin eh?"
Berderau darah Ulya. Baru semalam mesej kata rindu hari ni dah nak kahwin?
"Wait! Aryan Haikal or Aryan Daniel?" Ulya meminta kepastian.
"AH" Simple jawapan dari Aqilah tetapi mampu dihadam oleh Ulya. A untuk Aryan H untuk Haikal.
"No! He can't! He texted me last night. He told me, he missed me!" Mata Ulya mula berair.
"I don't know Ulya. Syed bagi aku semalam. Ryan dah minta family dia masuk meminang perempuan tu dah. Mungkin dia dah penat tunggu kau kot Ulya." Aqilah menggengam erat tangan Ulya yang sudah mulai sejuk itu.
"Tap... tapi kenapa malam tadi dia still mesej aku? Dia nak main-main aku ke babe?" Setitis demi setitis air mata Ulya mulai jatuh
"Aku tak tahu Ulya. Apa niat dia. Yang penting dia memang nak kahwin. Dengan siapa tu aku tak tahu la pula. Aku harap kau bersabarlah ye." Semakin kejap genggaman tangan Aqilah kepada Ulya.
"Kejamnya dia. Kenapa dia buat aku macam ni?"
"Kejam Ulya? Siapa yang kejam babe? Kau yang hukum dia. Kau kata dia kejam? Dia tunggu kau lima bulan Ulya, kejar kau tapi kau? Bila dah jadi macam ni kau nak kata dia kejam?" Aqilah terus bangun dan beredar meninggalkan bilik Ulya.
"Maafkan aku Ulya. Aku terpaksa." Aqilah bermonolog dalam hatinya.
Ops! AH nak kahwin? Kejamnya
Ulya pulak macam mana?
Takpe nanti sambung lagi ye. Author nak tidur dulu.😘😘😘
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...