Bab 43

8.8K 239 10
                                    

Riuh rendah rumah Encik Rahman malam itu dipenuhi dengan gelak ketawa anak-anaknya. Terasa bagai lengkap sudah keluarga itu walaupun Aryan Haikal tiada.

Sedang asyik bersembang. Mata Puan Dahlia asyik melirik ke arah anak perempuannya, Ulya. Dia bahagia melihat Ulya tersenyum. Dia harap tiada siapalah yang akan membuka cerita tentang Aryan Haikal. Dia tidak mahu merosakkan mood malam itu.

"Lama dah kan kita tak gelak-gelak macam ni. Macam-macam dah berlaku.   Tapi Qilah bersyukur kita masih lagi diberi peluang untuk berkumpul macam ni." Ujar Aqilah sambil mengukir senyuman.  Jari jemarinya menggenggam tangan Ulya.

"Ulya pun bersyukur walaupun kelurga kecil Ulya tak sempurna." Ulya tersenyum hambar.

"Ulya... bila tiba masanya keluarga kecil Ulya akan lebih sempurna dari orang lain. Orang yang sabar ni banyak kelebihan dia. Allah uji kita mengikut kemampuan kita sayang. Dia tak akan uji kita melebihi dari kemampuan kita." Kali ini giliran Puan Dahlia menenangkan kesedihan hati anaknya.

"Tak apalah Ulya kamikan ada." Celah Aqilah sambil menggosok perutnya dan perut Ulya.

Terhambur ketawa Ulya dan yang lain.

"Pandai kau buat lawak eh makcik!" Ulya mencuit pinggang Aqilah. Dah tak tahu dah kat mana pinggangnya. Haha!

"Aku suka tengok kau senyum macam ni. Manis je. Kau kena ingat satu benda. Walauapapun yang jadi lepas ni. Ingat! Aku sentiasa untuk kau. Walaupun masa tu aku tengah meneran nak beranak! Kau ada problem kau rempuh je masuk labor room tu OK!" Usik Aqilah.

"Amboi-amboi makcik ni. Entah-entah nanti dah ada baby sibuk jaga baby dia je. Kita ni hah nak manja dengan dia dengan dia pun dia dah tak layan." Ulya ketawa kecil.

"Ish kau ni. Janganlah fikir sampai ke situ. Doa yang baik-baiklah kan awak kan." Lengan Syed Mukhris di peluk kasih.

"Betul tu Ulya. Kalau ada apa-apa jangan segan cari kami. Kita ni dah macam adik beradik dah." Syed Mukhris menambah.

"Korang memang sahabat aku yang terbaik. Aku sayang korang sangat-sangat tau!" Jelas pada raut wajah Ulya dia terharu. Air mata pula mula bertakungan.

"Eh! Shh shhh.. janganlah nangis. Eee cengengnya mak buyung niii." Air mata Ulya diseka lembut oleh Aqilah.

"So Syed sampai bila cuti ni?" Soal Encik Rahman menukar topik. Dia tidak mahu mood saat itu bertukar menjadi sedih.

"Sampai Rabu ni. Esok kami nak pergi ke Melaka dalam dua hari sebelum balik KL. Mummy to be ni nak jalan-jalan kat Melaka."

"Banyak-banyak tempat yang best. Melaka juga kau nak pergi ya makcik? Kenapa tak pergi Cameron ke Langkawi ke Sabah ke. Kan best sikit tu." Ulya mencelah.

"Melaka best apa? Aku nak tengok tempat-tempat bersejarah. Mana tahu anak aku nanti jadi sejarawan ke archeologist ke. Haaa sejuk sikit perut aku ngandungkan dia. Kat Klebang pula aku boleh minum coconut shake. Em dapnyaaa." Teruja benar muka Aqilah saat mebayangkan coconut shake kegemarannya itu.

"Macam-macam betul bini kamu ni mengidam ya Syed. Nasib kamu lahh." Puan Munirah berseloroh.

"Nasib aku tak mengidam macam kau babe! Haha." Ulya menambah.

Aqilah pula mencebik. Semua orang mengenakan dirinya.

*****

"Babe! Jaga diri tau. Soal kau nak cerai tu fikir masak-masak ya. Aku faham apa yang mama Dee rasa. Tapi aku nak kau siasat betul-betul gambar tu. Ingat tak dulu aku pernah pesan jangan buat keputusan mengikut emosi?" Panjang lebar nasihat Aqilah.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now