Bab 34

7.7K 211 6
                                    

"Awak betul ke ni nak tinggal kat rumah mama? Awak tahu kan mama tu macam mana dengan awak?" Aryan Haikal benar-benar tidak setuju dengan keputusan isterinya itu.

"Iye awak. Jangan risau ya. Saya nak cuba ambil hati mama. Mana tahu sepanjang saya dekat sini saya boleh tawan hati mama awak tu." Jawab Ulya sambil mengangkat-ngangkat keningnya.

"Tapi tiga bulan tu lama tau. Saya takut si Laila tu hasut mama then jadi benda yang bukan-bukan pula pada sayang saya ni."

Ulya tidak menjawab malah memberikan Aryan Haikal senyuman. Dia mendekati Aryan Haikal sambil membetulkan tali tie suaminya itu.

"Sayang..." Aryan Haikal menginginkan kepastian daripada isterinya.

"Iye awak. Saya yakin dengan keputusan saya. Please kita duduk sini untuk tiga bulan je." Ulya memandang Aryan Haikal sambil membuat muka simpatinya.

Mulanya Aryan Haikal malas mahu melayan. Tapi akhirnya dia kalah juga dengan kecomelan isterinya itu. Rasa macam nak cubit-cubit saja pipi isterinya saat itu.

"Iyalah. Tapi apa-apa hal ingat! Report kat saya tau. Lagi-lagi kalau pasal si Laila tu. Dia tu bukan boleh percaya." Bebel Aryan Haikal.

"Iya sayangku. Jangan risau ya. Dah cepat turun bawah breakfast. Nanti lambat pula sampai ofis." Ulya memimpin tangan suaminya ke tingkat bawah.

Apabila sampai di ruangan bawah Aryan Haikal tertinjau-tinjau mencari Mikail.

"Sayang Mika mana?" Soal Aryan Haikal apabila mendapati Mikail tiada di ruang tamu.

"Ada dengan papa kat gazebo depan. Suka betul dia ada orang nak layan." Tangan Ulya laju menyapu kaya pada roti.

"Saya panggil dorang kejap eh." Aryan Haikal berlalu ke hadapan rumah untuk memanggil dua orang kesayangannya itu.

Ulya meneruskan lagi sapuan kaya pada roti. Asyik benar dia.

Tiba-tiba kedengaran suara Puan Munira.

"Mana anak dengan laki aku?"

"Eh! Mama. Dorang ada dekat depan. Ryan tengah panggil dorang breakfast." Jawab Ulya lembut. Yelah api mana boleh lawan dengan api kan. So kenalah lawan dengan air.

"Mama mehlah duduk. Ulya dah siapkan breakfast ni. Ada mee goreng dengan roti kaya. Mama nak yang mana?" Lembut Ulya mempelawa ibu mertuanya itu.

"Bagi aku roti kaya je. Tak ingin aku rasa masakan kau. Nanti cirit birit pula aku." Sinis kata-kata Puan Munira.

"Eh! Dah-dahlah tu sapu kaya kat roti tu. Mari duduk makan." Serta-merta intonasi dan percakapan Puan Munira berubah apabila melihat Aryan Haikal dan suaminya menghampiri mereka di meja makan.

Ulya yang menyedari perubahan itu hanya menurut dan tersenyum. Dia beriak seperti tiada apa yang berlaku walhal di dalam hatinya tuhan sajalah yang tahu.

*****

Kedengaran suara gelak ketawa di dapur membuatkan Ulya terpanggil untuk menjengah ke dapur.

"Laila tahu tak tadi aunty tak rasa sikit pun mi goreng dia tau. Aunty cakap kalau aunty rasa nanti aunty kena cirit birit."

"Yeke aunty? Habis tu apa reaksi dia?"

"Hmmm... buat selamba je dia Laila. Eee perempuan tu memang muka tak malu tau. Tak sedar-sedar diri lagi yang aunty ni tak pernah suka dia dan tak akan terima dia dalam keluarga aunty."

"Perempuan macam dia tu memang muka tak malu pun aunty. Kalau Laila yang jadi menantu aunty mesti aunty tak payah sakit-sakit hati tiap hari kan. Ni tak, hari-hari mengahadap muka perempuan tu boleh berkedut muka. Habis muka aunty yang cantik ni." Laila membodek.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now