Bab 10

8.6K 232 2
                                    

"Ulya bangun sayang." Puan Dahlia menyapu lembut pipi anaknya. Menyesal sungguh dia menyetujui rancangan Aryan Haikal untuk merahsiakan hal peminangan Aryan itu daripada pengetahuan Ulya. Dia betul-betul tidak menyangka akibatnya akan seburuk ini.

"Ulya, maafkan mama sayang. Mama tak patut berahsia dengan Ulya." Tersenggut-senggut badan Puan Dahlia manahan tangis. Air mata di pipi segera diseka.

"Ma, sudahlah tu. Jangan salahkan diri mama. Ini semua salah Ryan mama." Aryan memeluk bahu Puan Dahlia erat. Dia cuba menenangkan bakal mertuanya itu.

"Betul tu Dee. Awak ni cuba bertenang sikit. Ulya tu cuma kena demam panas saja." Encik Rahman juga mahu isterinya itu bertenang.

Tok! Tok!

Masing-masing menoleh ke arah pintu. Kelihatan seorang lelaki berseragam putih melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Maaf mengganggu. Saya Dr. Imran." Tuturnya lembut. Salam dihulurkan kepada kepada Encik Rahman, Aryan dan Syed.

"Saya ditugaskan untuk menggantikan Dr. Alia untuk merawat Cik Ulya Kaisara. Emm, boleh saya tahu siapa penjaga dia?" Dr. Imran memandang muka setiap orang yang berada di hadapannya dan mengharapkan jawapan.

"Saya ayah dia Dr." Encik Rahman bersuara."

"Boleh saya jumpa encik sebentar? Di luar."

"Oh, baiklah boleh dr." Encik Rahman mengikuti langkah Dr. Imran keluar dari bilik itu.

Puan Dahlia pula hanya memandang. Selepas dua susuk tubuh itu hilang dari pandangannya dia tertunduk. Masih tidak boleh terima atas apa yang terjadi.

Teringat dia akan kata-kata Dr. Alia. "Nasib baik Cik Aqilah cepat menghantar Cik Ulya ke hospital. Kalau lambat sikit dalam beberapa jam, mungkin suhu badan Cik Ulya akan naik lebih tinggi dan akan membawa maut." Tergeleng-geleng Puan Dahlia mengingatkan hal itu.

"Mama Dee.. Dahlah tu. Sekarang Ulya dah selamatkna? Dr. pun tinggal pantau rawatan Ulya je. Tak lama lagi baiklah tu." Tidak sanggup Aqilah untuk melihat ibu rakannya itu bersedih. Ya, dia juga turut menyesali atas apa yang telah terjadi. Apakan daya nasi sudah menjadi bubur.

"Mama, Ryan minta maaf ye mama. Ryan janji bila Ulya sedar je Ryan cerita semuanya pada Ulya. Ryan nak tengok dia senyum kembali ma." Aryan Haikal mendekati Puan Dahlia.

Tidak lama kemudian Encik Rahman muncul dan memberitahu keadaan terkini Ulya. "Sekarang kita jangan putus berdoa ya supaya Ulya cepat sedarkan diri. Dr. Imran akan cuba sebaik mungkin untuk selamatkan Ulya.

***

Tiga hari kemudian Puan Dahlia menerima panggilan daripada Aqilah. Aqilah memberitahu bahawa Ulya telah sedar dari koma. Dia terus bergegas ke Kuala Lumpur bersama suaminya.

Apabila sampai di hospital Aqilah terus menuju ka arah Puan Dahlia dengan tangisan yang teresak-resak. "Mama Dee, Ulyaa Mana Dee."

"Ulya kenapa sayang? Bertenang, cerita satu persatu pada mama. Mana Ulya? Aryan mana anak mama?" Puan Dahlia memandang Aryan yang berwajah sugul iti untuk meminta kepastian. Tanpa menunggu jawapan Puan Dahlia terus menarik suaminya memasuki bilik yang menempatkan Ulya itu.

Kosong! Katilnya kosong. Melilau mata Puan Dahlia membcari kelibat anaknya. Dia keluar dan meminta jawapan kepada semua orang.

Puan Munira dan Encik Khalid ayah Aryan yang baru saja sampai juga turut bingung akan apa yang berlaku.

"Ma, Ulya hilang ma. Tadi Qila keluar kejap nak beli makanan sementara tunggu Ryan datang. Balik saja dari kantin Ulya dah hilang. Ryan pun tak sempat nak jumpa Ulya. Kami dah cari keliling hospital tapi tak jumpa. Sekarang pihak hospital pun berusaha mencari dia." Terang Aryan panjang lebar.

"Allah, anakku!" Puan Dahlia terus terduduk longgar lututnya. Mujur sempat ditahan oleh suaminya.

"Semua bawak bertenang. Sekarang kita cuba cari dia dekat kawasan terdekat dengan hospital ni dulu ya. Semua boleh bergerak sekarang." Encik Rahman memberi arahan tegas kepada semua.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now